Le Sponsers

Monday, December 27, 2010

Shopping at Empire Gallery

What a beautiful day today. Saya merancang untuk keluar membeli-belah bersama anak-anak hari ini. Sudah lama saya tidak menghabiskan masa bersama-sama mereka kerana kesibukan bekerja. Setelah suami saya pergi bekerja mencari rezeki pagi tadi, saya keluar bersama anak-anak untuk menghabiskan duit yang beliau cari. Ngeh3~

Destinasi pilihan saya hari ini ialah Empire Gallery, Subang Jaya. Pusat membeli belah ini baru sahaja dibuka lebih kurang 6 bulan yang lalu. Ia terletak di belakang Subang Parade dan berdekatan dengan Stesen KTM Subang Jaya. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 20 minit dari Puchong dengan melalui Lebuhraya Elite. Saya membawa anak kecil saya, jadi saya tidak mahu ikut jalan biasa yang banyak lampu isyarat dan sibuk. safety First, pesan suami saya. So, let's go!

Bersama anak perempuan saya, Ain Aliaa dan Anak bongsu saya Irham Hakimi. Siap2 mau shopping!





Bibik saya bersama baby Kimi. Over la bibik ni.
Bibik saya bersama anak-anak saya
Menaiki train di Taman Krismas yang disediakan di Empire Gallery
Bibik saya teringin bergambar dengan saya

Family...bibik, ain and me
Sempat kami singgah di beberapa kedai untuk membeli dan belah daripada situ. Kebanyakan barangan yang di beli menjadi hak milik baby Kimi sebab dia baru je lahir, so kena manja-manja kan sikit. Selain daripada itu, saya serta bibik saya juga tidak ketinggalan membeli dan belah dari F.O.S.

Jika anda ke Empire Gallery, jangan lupa singgah membeli roti di Tun Mahathir's The Loaf. Memang best gila la roti dekat situ. Makan dengan penuh rasa kasih sayang. Eceh.
The Loaf, Empire Gallery
Lepas shopping, makan, budak-budak sudah meragam serta mula menunjukkan aksi-aksi nakal terlampau. Maka, mari kita pulang~

Rupa-rupanya saya bermimpi. Saya mana kahwin lagi. 
Ngeh3~
Berangan tak hengat~

2 comments:

alin duan said...

hahaha..cute 'mama'..cet, hidup2 kte kena tipu..

Nur Hidayah Bohari said...

hahaha~
i'm single!

SukeLagi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DikuasakanOleh