Le Sponsers

Saturday, December 11, 2010

Resepi Ibu (1) : Lepat Pisang Lalalitamplom

Selamat petang para ibu serta bakal-bakal isteri sekalian.

Episod kali ini saya akan memperkenalkan resepi turun temurun ibu saya yg istimewa, iaitu Lepat Pisang Lalalitamplom. Sebelum kita mulakan sesi kita pada kali ini, tanya dulu kepada diri anda, apekah itu lepat pisang? Kalau tak tahu, ha lempang diri sendiri dengan seliper 18x. Sebab bila mak korang masak korang tengok tv, pemalas punye kaki.hoho

Pada petang yang indah ini ditemani angin sepoi-sepoi bahasa, saya menyahut cabaran akak saya untuk mempersiapkan diri menguasai bidang masakan kuih-muih ibu saya. So, tadaaaaaaaaa...check it ot! ^^

Bahan-bahan yang diperlukan :


Pisang Asam
          
Daun Pisang  

Kelapa Parut

Tepung Gandum cap Sauh (cap kapal api tak bole)
Tepung Beras Cap Teratai

Gula
Garam


Cara-Cara Membuatnya :

Layukan daun pisang untuk mendapat struktur daun yang lebih fleksibal
Koyakkan daun pisang ke bentuk yang lebih kecil.


Suro anak buah anda parut kelapa.eceh!

Parut kelapa
Ramas pisang dan 3 senduk gula sehingga benyek. Gunakan alat jika ada. Tangan pun bole.


  
Hasilnya.. 
Masukkan Tepung Beras (membantu melembutkan lepat)

Masukkan Tepung Gandum (secukupnya)

Kacau sehingga sebati


Campur sedikit air ke dalam kelapa parut.Kemudian, masukkan kelapa parut ke dalam adunan. Kacau sehingga sebati. Tambahkan garam secukup rasa.


Tadaaa...isikan tepung lepat ke dalam daun pisang


Lipat jangan tak lipat


OK.siap untuk dikukus. jangan goreng pulak.. ;p


Sonang cam kacang je rupenye wat lepat ni. Cam lepat lah kire. haha..
So pasni kalau mak mertua suruh wat minum petang, boleh la mencuba resepi lepat mak saya ni ye.Rasanya memang sodap and berlemak. :)


Krew di sebalik tabir 'Lepat Pisang Lalalitamplom'


Alamak senget pulak. Ain Alia si pengacau.

Senget lagi. Lala a.k.a Athirah (sebab tu name die lalalitamplom)

Owh sy memang nk sengetkan sume gamba.hoho..Harith the Mess Maker ;p

Terima kasih kepada Puan Rohani (model tangan), Puan Norsiah mak saya (tukang masak) and Puan Rohana (pemilik kamera)

Pasni kite buat resepi lain pulak!








No comments:

SukeLagi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DikuasakanOleh