Kehadapan supervisor KFC sebelah pasaraya Ole-Ole seksyen 19 Shah Alam,
Pada hari ini, kali pertama adinda pergi menapak sikit punya jauh dari Puchong ke KFC kanda. Tahukah kanda berbagai rintangan serta cubaan yang menimpa adinda untuk sampai ke KFC tersebut. Adinda bukan idok mahu pergi ke KFC Subang yang sekangkang kera jer dari rumah adinda, adinda datang ke Pasaraya Ole-Ole membawa hajat bonda adinda yang besar menggunung kanda. Bonda menginginkan CD Ketika Cinta Bertasbih tau kanda, dah 2 hari 3 malam bonda tanya mane CD mane CD. Jauh kanda adinda menapak, malang sekali CD tu tak ade. Kecewa-kecewa. Lalu adinda pergi ke Mydin belakang Ole-Ole tu, Adinda hampir terlanggar kereta seorang minah rempit kakanda tahu tak. Lepas tu adinda pergi ke KFC kanda untuk membeli Toasted Twister jerrr pun. Tahukah kanda pekerja kanda tu senyum kambing cam idok ikhlas je kat adinda. Sudahla macam tu, lampi pulak. Kanda tahu tak dia amik masa setengah jam nak siapkan 3 Toasted Twister adinda tu. Ape ke tettttt tettt tettttttttt pekerja kanda tu. Kenapa idok di 'bakar' aje mereka-mereka ini. Udah tau ini hari Saturday, kenapa idok di masak lempeng tu siap-siap. Setakat gulung-gulung lempeng dengan ayam adinda pun boleh buat la kat rumah cuma adinda malas jer. Udah ler lambat, idok dibaginye sos kanda. Astagfirullahalazim...Kalau dekat la KFC kanda tu udoh dinda datang balik lempang-lempang pekerja kanda tu.
Oleh kerana itu ye kakanda, adinda ingin la memesan kepada kakanda. Hantar la sume pekerja kakanda tu pergi kursus bekerja dengan cepat dan pantas. Sila hapuskan pekerja malas serta lampi kanda tu. Menyusahkan orang-orang jelita seperti adinda.
Sekian,
Kak Limah
2 comments:
Lol! Tak faham org yg bekerja tak ikhlas ni. Rezeki tu biar halal, nak masuk perut tu. Dah hantar ke surat ni kat kekanda KFC tu? hehe..
Nice blog u have here. Salam kenal~
Redjambu~
Mrs Djones' Journey
posmen xnak antokan.haha
Post a Comment