Salam sejahtera semua. :)
25 Disember semalam. Ada yang menyambut krismas? Tepuk dada tanya iman. huhu
Sebagai seorang Muslim, ada 2 je perayaan yang kita sambut. Aidiladha dan Aidilfitri. Dua-dua dah lepas dah. Agak-agak yang mana kita sambut penuh meriah? Ngeh3~
Ni haaa...
Jumpa video ni kat facebook. Yusuf Qardawi cerita pasal krismas
Tengok jangan tak tengok.
Sedih, sayu, tersedar jup selepas tengok video ni. Kalau kat Tanah Arab pun benda ni berlaku, apa lagi negara terchenta ku Malaysia ni. 1 Malaysia kan, Deepavali nak sambut sama-sama, Raya Cina nak sambut sama-sama, Gawai nak sambut sama-sama, Krismas pun nak jugak sama-sama? Sape la yang ngajo ni. Salah konsep betul. 1 Malaysia bukan bermaksud 1 Agama. Ada paham?
Kecoh orang cerita pesta buih la, ape la...
Ape ni ape ni.. Yang anjurkan orang melayu pulak tu, sah-sah la Islam. Islam hanya pada nama je, bukan pada amalan, itu ke yang kita bangga-bangga kan selama ni. Pastuh Fasha Sandha menyokong konsep 1 Malaysia, sambut halloween pulak. Fasha Sandha ni pun satu. Apsal time Halloween je ko nak patriotik sangat, tak paham aku. peminat-peminat beliau pun buat page sokong beliau. Peminat-peminat yang sokong tu pun banyak melayu jugak. Adeh...nak aja lempang sensorang. Kalau sayang sangat bintang pujaan hati korang tu ingatkan dia suruh pakai tudung, tutup aurat, jaga sket perangai tu jangan macam-macam. Ini orang tegur melenting pulak. Dah beso panjang macam tu, kalau sayang tangan-tangankan tau? Peringatan buat diri sendiri dan orang lain juga. wuwuwu~
No comments:
Post a Comment