Le Sponsers

Tuesday, December 21, 2010

Resepi Ibu (2) : Ayam Masak Lemak Cili Padi

Aku masak kot hari ini. Bangga kan. Haha :P

Orait! Anak-anak dara sekalian mari kita belajar masak untuk memikat hati bakal-bakal suami kita.

Bahan-Bahannya :

1 biji Bawang Merah
1 inci Halia
1 inci Kunyit Hidup
2 batang Serai
7 biji Cili Api (7 biji afdal kn..:P)
Santan Pekat
Santan Cair
10 ketul Ayam
5 biji Kentang
Daun Kunyit
Garam
Gula

Cara-cara memasak :

Hiris dan tumbukkan bawang merah, halia, kunyit hidup, dan cili api sehingga lumat.
Letakkan ayam di dalam periuk. Masukkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi ke dalam periuk bersama ayam. Masukkan kentang. Perahkan santan cair ke dalam periuk. Jerang di atas api. Biarkan ayam dan kentang untuk masak dahulu.

Setelah ayam dan kentang empuk, masukkan santan pekat. Kacau dengan kerap untuk mengelakkan santan untuk pecah dan berketul-ketul. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masukkan daun kunyit untuk mewangikan masakan anda.

Dah siap! senang kan masak~ pejam sebelah mata je tadi. :P

Aku tanya mak, sedap mak? -->tak ada jawapan
Abah, pas tak abah? -->tak ada jawapan gak

Hanya bunyi orang menguyah dan menyeduk lauk je. Faham-faham jelah. :)) wahaha




2 comments:

taz said...

Dah boleh kawen la nii ;)

Nur Hidayah Bohari said...

ui..boleh sangat..mari cuba semua supaya kita boleh kwen. haha

SukeLagi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DikuasakanOleh