Le Sponsers

Thursday, December 23, 2010

Say it right!

Kak Limah sedang bermain facebook. Lalu ibu Kak Limah memanggilnya. ''Limah!! Pergi kedai beli tepung beras, tepung jagung, tepung gandum, dan keledek ye!''. Kak Limah seorang anak yang taat. Rambutnya panjang dan beliau suka termenung di tepi tingkap. Sebijik macam Kak Limah dalam cerita Hantu Kak Limah balik rumah tu. ''Baik mak!''.

Kak Limah sampai di kedai. Kerana terlalu memikirkan status facebooknya tadi, Kak Limah terlupa apa yang mak dia suruh beli tadi. Tepung gandum, tepung jagung, tepung beras...lagi ape ekk...?

Kak Limah pun drive balik rumah dengan harapan dapat ingat apa mak dia suruh beli di pertengahan jalan. Sampai di simpang rumahnya, Kak Limah baru teringat. Keledek!! 

Kak Limah pun segera pergi ke kedai berdekatan.

Kak Limah : Kak, keledek ada kak?
Ahkak : Ada... Nak berapa dik? (sambil menuju ke kaunter pembayaran)

Kak Limah hairan. Keledek ni barang kawalan ke ahkak ni simpan bawah kaunter.

Kak Limah : Mana kak? Biar saya ambil sendiri...
Ahkak : Nombor berapa dik?
Kak Limah : Nombor apa? Takpe2, saya ambil sendiri.
Ahkak : Yela, bagi nombor telefon. Nak kredit kan?
Kak Limah : Owhh..bukan kredit kak, keledek.
Ahkak : (blur3~) Owh takde...

Kak Limah berasa tertipu. Kak Limah pergi kedai depan pulak.

Pakcik : Cari apa dik?
Kak Limah : Keledek ada pakcik?
Pakcik : Apa dia?
Kak Limah : Keledek pakcik, keledek...
Pakcik : Owh. Mari la masuk kat sini. (dengan nada saiko)
Kak Limah : Errr..takpe-takpe. Saya nak keledek. Mana pakcik?
Pakcik : Ape dia? Berapa?
Kak Limah : Keledek pakcik, keledek...bukan kredit.
Pakcik : Nombor berapa?
Kak Limah : (sambil menghentak kepala kat tiang kedai) Keledek pakcik, bukan kredit.
Pakcik : Apa dia?
Kak Limah : KELEDEK pakcik.
Pakcik : Owwhh..Tak ada.
Kak Limah : Terima kasih ya. 

Akhirnya Kak Limah pergi semula ke kedai pertama dan mengambil keledek itu sendiri. Ini menunjukkan Kak Limah tahu apa itu keledek. Sekian.


No comments:

SukeLagi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DikuasakanOleh