holla~
Jam menunjukkan jam 0109 am. Bosan dah tido.miahahaha
So kita rileks-rileks kejap. Syok sangat blogging sampai lupa reply msg encik abang, sudah tertido @ merajuk agaknya. Minggu depan la baru pujuk. :P haha
Facebook mula membosankan aku. Dulu time nak exam, time banyak kerja, time presentation, time itulah sibuk nak main facebook. Main dengan roomate sendiri pulak tuh, teramatlah tak ade keje berfaedah. Sekarang, masa banyak berlambak-lambak, tak ade pulak nak main facebook nya.Bosan macam lalu kat kawasan perkuburan je facebook tu sekarang. Kita tengok final exam next sem, adakah ia masih membosankan? hee~ xD
Bukan nak cerita yang tu. Haha. Ade seorang mamat kat facebook nih, kenal la dengan beliau. Junior jugak. Nama beliau tetttt.... Selalu nampak beliau post2 jiwang. Jiwang sikit-sikit tak ape lagi, almaklumla aku pun pernah berchenta. Tapi mak aihhh..ayat kalah lagu Anuar Zain kau. Nangis Anuar Zain bace..(adakah ini dikategorikan sebagai mengumpat?adesshhh..sket je, sket je.hehe). Beliau adalah lelaki! (clap! clap!). No comment. Haha
|
Sampai ati u tinggalkan i! |
|
Like i care! |
Nak dijadikan cerita, dulu aku pun pernah berchenta kan, dengan my 1st love. Owwh memang tak boleh lupa sampai sekarang. Tetapi hubungan yang kusangka panas sampai aku mati, rupa2nya hujan ditengah jalan. So dulu-dulu aku suka jugak post jiwang2 kat facebook..ala2 caring dan penyayang gitu. Lepas tu, apabila beliau melakukan onar, hmmm kau~ cacian dan makian mula menghiasi wall facebook aku jugak. Haha..
Orang kata apa...
Kalau time sayang, kentut busuk bau bangkai pun cakap bau cam perfume Deep Energy by Adidas. cewah..
Jalan-jalan langgar batu, batu kena marah balik kot!
Lipas dalam mee goreng, kedai mamak korang nak bakar kan.
Tapi lepas tau je beliau curang...
benci tahap gaban la kira..
Kalau jumpa rasa nak tembak dengan m16..
kentut bau bangkai memang bau bangkai!
kutuk, marah,menyampah..huh~
Lam ati sayang kot...muahaha
Facebook tu selalu dijadikan tempat luahan perasaan kan. marah, sedih, suka, gembira, pakai baju sama dengan roomate, roomate pinjam berus, kucing mati, beranda runtuh, kereta masuk bengkel sume nak bagitau kat facebook. Ini menunjukkan apa? Korang kurang kasih sayang? ehehe..Idok ler kan. Ini menunjukkan sebagai manusia kita sentiasa ada keinginan untuk didengari oleh orang lain. Memangla ada membe aku cakap..''alah, update status setahun sekali cukupla kan, xperlu nk exposed diri sendiri over2 kat facebook tuh'', kata beliau. Beliau nak mengata aku la tuh, fine. Thanks sgt. Suka hati engkau, dan suka hati aku la kan. Facebook kegunaan public, kate roomate aku yg kuat main facebook. Hua3
OK jer kalau nk meng'over' dan meng'gedik' kat facebook. Tapi sebenarnya x Ok sgt..wahaha.kenapa? Mari kita lihat...
Lihat siapa FRIENDS kita. Majikan? Ibu saudara? Mak mertua?Penampilan kita di Facebook menggambarkan siapa diri kita. Memang ada orang kata, don't judge me by looking at my wall!! But, that's yours kan!! (pang!~lempang sebijik). You are giving us such impression, so be more responsible to yourself. Jangan tulis bukan-bukan, serta isu sensitif. Kajian menunjukkan FB adalah punca pelbagai pergaduhan serta keretakan rumahtangga tak kurang juga menurunkan peratusan mendapat pekerjaan.
|
U comment kat status Kak Limah jiran sebelah rumah tu kan? ingat i xtaw?? |
ANDA ADD BOS ANDA? Saya tidak melakukan ini ketika saya praktikal dulu, sebab saya kuat main facebook. Jatuh prestasi kalau bos tahu. wahaha. Tapi kalau anda tak kuat main FB, xpe..add la ek. Kalau yang suka mengutuk bos bila lambat gaji, jauhkanlah. Tak pasal2 kena fire.
|
Main facebook tak ajak i!! |
ANDA KUAT MENJIWANG KAT FB? Suka hati anda la kan. eceh. Tapi tak payahla kot menunjuk sangat. Lama-lama orang tengok menyampah pulak. Macam korang je ada makwe and pakwe atau bi and darling..(aku jeles) :P
|
I sayang u sorang je. I tak ada pun cakap dekat Salmah I sayang dia macam I sayang u. I sayang dia sikit-sikit je. |
Sayangi diri anda. Jangan letak gambar posing yang over2. Nanti meleleh lak air liur sesape nengok.
|
Tutup Aurat la uols~ |
Tetiba bunyik something kt bumbung umah. Takot!! Mari tido!!
Lastly, YOU ARE WHAT YOU WROTE. hehe
Add my facebook!!