Le Sponsers

Sunday, November 25, 2012

Legoland Malaysia

Hai Hai Hai !
Sambil tercungap-cungap. Penat la duduk rumah mak ni, asyik makan makan makan. Macam mana nak mainain body nih. Muahahaha salahkan omak ekau pulak kan.

Last deepavali, aku telah menumpang kedua-dua kaki ke rombongan murid darjah 6 SRAI 19 ke Legoland Malaysia! Tahniah untuk saya huurey! Disebabkan itu, saya tak bayar la tiket. Kakak saya yang bayar. Kih3.

Legoland Malaysia terletak di Nusajaya, JB. Waktu pergi ni pun, aku taktau tempatnya kat mana. Aku guna Waze je. Waze ni sangat bijak! So, first things first aku offer korg, diulangi.. offer korg (mcm waze n aku punya haha) untuk download Waze ke smartphone korg kerana ia sangat berguna di kala korang sesat dan di kala korang berada di dalam jam! 


 Once open apps ni, kena sign in lah dulu. Then, dia automatic detect location kita.

Boleh tengok report sepanjang route navigated by waze like accident, police road block, cameras, hazard on the road etc etc.



Kita pun boleh report traffic, accident or what mentioned above. Boleh chat orang kereta sebelah kalau bosan. Mana tau jodoh LOL. Wakaka

Tapi kalau dari KL, keluar ke exit ... Erm korang bukaklah peta k. haha. Tak ingat jalan. Rule aku senang je. Cari signboard g Nusajaya. Ikut je nanti dah dekat-dekat tu adela signboard ke Legoland. Hah senang! :P



Last time aku pergi, kena bawak budak-budak bersiap and mandi kat Masjid Lapangan Terbang Senai sebab bertolak dari KL jam 12 malam. Then, just ikut highway je ke Nusajaya tu senang sangat. Sebab kalau kita ikut jalan dalam, lalu bandar, alamat nya lambat la kome. Sesat lagik. Waze pun takkan tnjuk la jalan dalam tu hahaha.

Legoland beroperasi 7 hari seminggu dari jam 10 pagi ke 8 malam. Kalau boleh, belila tiket online, beli awal-awal. Sebab kalau beli time tu, pehhh kenala datang awal sebab ramainya orang Subhanallah. Pelik aku. 

Tiket untuk masuk ialah RM140 untuk orang dewasa dan RM110 untuk kanak-kanak. Tapi kalau book onine, dapat RM105 untuk dewasa dan RM85.20 untuk kanak-kanak dan veteran more than 60 years old.  Wooo baru tau.

Tapi kalau buat rombongan sekolah, kakak aku dapat harga RM75/person camtuh, sekali dengan RM15 food voucher. Boleh makan dekat mana-mana restoran yang disediakan di dalam legoland. Emm quite berbaloi la jugak sebab bayar sekali je, dalam tu kau main la sampai muntah.

Untuk Singaporean, don't worry and don't bother to change currency because there, they accept Singapore Dollar.

Just for review, Legoland adalah satu tempat yang PANAS. Sebab pokok dia kecik-kecik lagi. Then, tambah pulak ramai orang. Fuh. Tapi, game dia semua best2. Tinggal tak berani nak naik je sebab cam scary sangat, dah tua kan.. takut kena heart attack plak. Ekekeke. Then, kalau dah sampai lambat tu jenuh jugak la nak beratur everytime nak main kan. Standard Genting Highland lah. Letih gila. Sampai aku and akak aku pergi tido jap dalam surau dr kul 12.30 sampai kul 2. Har3.

Kagum juga dengan binaan dalam tu. Semua buat dari lego. Fulamak gigih-gigih. Selain dari jalan-jalan tengok bangunan yang di buat dari lego, banyak juga permainan yang disediakan. Syok!

Untuk sape-sape nak pergi lepas ni, 1 je pesan aku. Sila bawak ice-box yang penuh dgn air tin ke apa ke. haha. Sebab, barang kat dalam Legoland bagi aku adalah sangat mahal. Air pepsi RM5 sebotol, ribena RM6, makan pun boleh tahan. Souvenir? Hmmm..... mahal nak mampus kot. wakakaka. Paling murah aku jumpa keychain bentuk lego kecik RM12++ satu. Aku plak, bawak anak buah aku sorang. Time tu aku tak cucuk duit sangat sebab memang tak berniat nak beli apa-apa kat dalam. Aku bukan peminat lego. And tak minat barang mainan. FYI! Dia semangat nak cari hadiah untuk adik-adik dia. Fuh jenuh nak mencarik. Nasib aku bawak ko sorang je kak. Kalau bawak adik-adik ko botak dah makcik ko ni.

Anyway, for more information, log on to www.legoland.com.my.


Enjoy your visit to Legoland! Eceh cam Legoland bayo aku plak.



Friday, November 23, 2012

Bengkel Bermasalah-City Hundred Motor

Salam.

Hari ni aku nak buat aduan secara public tentang bengkel yang repair kereta aku time aku accident bulan 4 yang lepas. Nama bengkel tersebut ialah City Hundred Motor, beralamat di Lot 1043, Jalan Cempaka, Kampung, Sungai Kayu Ara, 47400 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Aku hantar kat sini sebab bengkel ni bengkel panel insurans aku. Actually banyak insurans yang endorse bengkel ni (ntah betul ke x ayat aku) wakaka. Time tu, aku yang sengal ter'sign' surat kebenaran untuk membawa kereta aku ke bengkel tu. Oh bengong sungguhla aku. 

Sebelum accident, kereta aku cantik, putih, kalau basuh memang cun melecun habislah. After aku hantar kat bengkel ni, yang katanya menggantikan kerosakan kereta aku dengan barangan Honda yang asli, hm ranap! Penipu besar. Dah la charge aku sampai RM10k++ untuk repair, lepas tu bagi cat cap ayam kat aku. Dalam 3-4 bulan after aku ambil kereta, sikit-sikit cat aku tertanggal kat bahagian hood depan.Semuanya kat parts yang di ganti dan di cat baru. Then, aku tersangatla busy, aku dah start duduk dengan mak aku, so memang limited gila masa nak pergi bengkel sebab pikir 1000 kali nak pergi kerja macam mana. Isk3. Dia bagi warranty kat aku 6 bulan. So, bulan 9 (2 minggu sebelum warranty tamat wakakaka) aku datang bengkel suruh dia betulkan cat aku. Boleh tak dia cakap, ni kena batu kecik ni, bukan sebab cat punya kualiti. Kepala hangguk kau. Apsal bahagian lain tak ape-ape pun? Then aku tak puas hati la, aku suruh dia cat balik.

Dia kata dia nak tampal tampal je. Aku cam..................haromjadah. -__-'
Aku suruh dia cat semua tapi dia macam nak taknak je. Huh membazir je aku bawak abg aku yg muka garang tu. Idoknye menolong aku provoke cine tuh. haha.
Then aku cakap, you buat la macam mana pun, aku tau kereta aku kembali bersinar. Bukan mcm kereta buruk.

2 hari lepas aku hantar, dia cal... Dah siap. EH? Cepat gila. Then, kan aku cakap... Aku takda masa nak delay-delay amek kereta tu sebab aku takda transport nak g kerja. So, Aku terus datang amek tapi aku sampai lambat (6.30 ptg). Bengkel dah tutup, and dia just suruh pekerja dia tunggu aku sampai untuk aku amek kereta. Aku ni pun 1, bengong. Aku malas nak check-check ni. Lagipun datang cam kelam kabut kan. SO, sampai rumah baru aku cek. Jeng2 sila lihat apa dia buat kat kereta aku...


Dia tak cakap pulak boleh cat guna liquid paper je. Kalau boleh takdela aku hantar kat ko sengal! Sakit pula hati kita ni. Aku cam.... -___-' Akanku balas...segala perbuatanmu...
Ko nak tampal pun, ko tampal la elok-elok skit. Camni aku suruh anak buah aku pun boleh.

Dan, setelah 2 minggu.... Aku pun gigih hari tu, basuh kereta sendiri. Busy kot tak sempat hantar bengkel. :P Lihatlahhhhh~






Memang aku tak basuh kereta lagi time nih. Muahahaha tetapi kekotoran di atas adalah kekotoran abadi kot. Hantar carwash pun tak hilang. So, bukan salah aku tak pandai cuci kereta. 

And more!

After like 2 months...



U have no idea how 'happy' I am. Kereta aku baru setahun 2 bulan kot. Dah tau aku claim insurans, bayar kau beriban-riban, kau cat la elok-elok sikit. Aku takda mood betul la nak jumpa apek atau secretary apek tu. I'll definitely make a report to my insurans and padan muka kau!

Kalau insurans aku taknak amek tindakan, aku puas hati jugak sebab dapat sebarkan ketodakprofessionalan kau ni. 

Akhir kata,

Kalau accident, please please and please avoid signing anything. Tolonglah call Honda, Nissan, Proton, Hyundai sendiri and suruh diorang bawak ke centre. Please avoid bengkel ni sebab pekerja dia tak pandai buat kerja! Dia ada sijil mewarna kanak-kanak je kot. Kalau dia kata bawak g centre tu lama, kau terajang je sebab orang Honda cakap kat aku takpun. Hm padan muka aku dan kau! Terpaksa aku liquid paper kan kereta aku sendirik. (Nangeh)

Monday, November 5, 2012

The Important of CPR: Part I

Hai uols. Nak tau tak? Selain dari menjadi engineer berjaya kat company i (aminn), i pun Safety Floor Manager. Gempak kan bunyi dia? Haha. 



Bekerja di Twin Tower adalah satu kelebihan, tetapi jangan lupa, sebenarnya banyak juga kelemahan bangunan tinggi ni. Lagi tinggi ekau, lagi susah ekau nak turun ha den kabo kat ekau ni. KLCC Urusharta perlu memastikan pelan keselamatan efektif di kedua-dua menara Petronas ini kerana ia akan memudahkan proses menyelamatkan diri oleh semua pekerja apabila berlaku kecemasan. So, setiap floor dalam Twin Tower akan ada 4 orang floor manager yang bertugas memastikan semua aspek keselamatan ketika bekerja terjaga. Mereka juga dipertanggungjawabkan untuk membantu proses menyelamatkan diri ketika berlaku kecemasan. Bak kata bos aku, 'you will be the last person to left the floor'. Selain dari itu, kami juga diberi taklimat khas, dan kami dapat melawat Skybridge! Hm, suka tak? Suka kan. Glemer gitu. Kakaka. Batak gila.

So, last week aku dapat emel dari HSSE Department, diorang dah enrolled kan aku dalam 'CPR and First Aid Training'. Aku pun, alahai~  Busy tahap kritikal la pulak sekarang. Report nak submit blablabla tapi, pergi la jugak atas nama tanggungjawab. Hah gituuuu. :P

But actually, when I enter the class, I realized something. CPR and first aid skills is quite important and crucial even in my daily life. Accident happen everywhere, and malang pun tak berbau. So, somehow I feel grateful that I have this opportunity. I'm not attend this training for Murphy. I attend this training for myself, my family, my friends, and for people I love. 

Ok let me tell you what is what and why this is important.

What is CPR?

CPR is Cardio-Pulmonary-Resuscitation. Emm... Aku ni dulu tak belajo bio. So I'll explain in a very simple way, a human language. kikiki. CPR yang aku faham, bantuan pernafasan untuk mengekalkan pernafasan dan membantu jantung mengepam darah. Keep the brain alive!

Why CPR is so important?

Just bayangkan...
You are watching TV, when suddenly your father, or mother, or your kids, collapse. You are on vacation, your kids went swimming, suddenly there are people shouting, somebody is drowning and it is your child. You are alone with your husband, suddenly he got heart attack. You went for dinner with your friends while suddenly she/he collapse. What will you do?

You can seek for help if you are in public area, but just imagine the worse case scenario when you are the only hope. Tak naya ko?

In any case above, timing is very critical. Why? When people collapse and unconscious, they stop breathing, and their heart stop pumping blood. We called this CLINICALLY DEATH and this is reversible and temporary. People still can be save. We breath to get oxygen, and the oxygen will be transfer to the whole body and brain by blood circulation. Getting the oxygen in our body is important but the most crucial part is, the BRAIN. Kalau tangan tak dapat oxygen, tangan mati, potong tangan. Kalau otak mati, nak potong kepala? -__-' 
When the brain stop getting oxygen, the brain will die. When the brain died, the body is permanently died. CPR, helps to keep the brain alive. Thats why la it is very IMPORTANT.

How long it takes for the brain to die?

Without CPR, the brain will start to die after 4 minutes the person is unconscious. Can you wait for ambulance in 4 minutes? Kat Malaysia ni, jangan harap la. -___-'

With CPR, you can helps the person to breath, and circulate the blood to their body parts and BRAIN. At least, until the victim is conscious, or until the ambulance arrive.

Who can do CPR?

Any body can!! 

I want to share how to do CPR, but i'm afraid you will misunderstand the technique. Sebenarnya, practical CPR adalah sangat perlu untuk memastikan teknik yang betul, dan kualiti CPR yang bagus. But still, roughly it was so simple. 

Use the concept of DR CAB

D : Danger. Keep the victim away from danger to avoid you to become a second victim. When everything is clear, proceed to R.

R : Response. Tap their shoulder and ask, are you ok sir? Abang ok abang? Yang, you kenapa yang, you okay tak you okay tak??! *nangeh. wakaka. Calm down je ok. If no response, and there is no pulse, call 999 and ask for ambulance. Or if there is somebody else, ask them to call 999 and return to the victim. Scan their body, whether there is a sign of breathing or not about 10 second. If there is no sign, start C (compression) without further due.




C : Compression. Start to compress their chest. Tetapi, harus pastikan tempat yang betul. The right place is right in the middle between their nipple line. For adult, compress at least 2 inch deep, start count until 30. For kids, compress about 2 inch. For baby, compress about 4 cm. Pump hard and fast for 30 times (about 100 compressions per minute), faster that once per second. Perhatikan kedudukan tangan. Pastikan tangan lurus, 90 degree.





A : Airway. Buka salur pernafasan dengan menolak kepala ke bawah, dagu ke atas. 




B : Blow. Buat pernafasan dari mulut ke mulut sebanyak 2 kali. Pastikan dada mangsa terangkat untuk memastikan udara berjaya masuk. If not, it is because there is no airway sebab wrong technique (please reposition the head), or that is the sign of choking. (assumption kalau anda tak menyaksikan kejadian mengapa dia pengsan).


30 Compression and 2 blow is 1 cycle. Continue until 5 cycle, and check the pulse at the neck. Macam mana nak tau kat mana? Ok, pegang leher masing2. Kalau lelaki ada halkum, pergi about 1-2 inch ke kanan atau kiri leher. Kalau perempuan pun sama, tapi bukan pada halkumla. Kita dapat rasa jugakkan kan macam ada otot kat leher, so, 1-2 inch ke kiri atau ke kanan leher. Kalau salah betulkan la eh, maklumla tak blaja bio. Hehe. Kalau after 5 cycle dia still tak response, buat sampai dia sedar.

Bila kita harus berhenti?
(1) Bila mangsa sedar or
(2) Bila anda penat gila. Kalau tak ade lak orang ke2 pengsan or
(3) Bila bantuan sampai

Kalau mangsa muntah, balikkan badan dia ke arah kita, bersihkan muntah, dan sambung CPR kalau dia tak bernafas lagi. 

Penting kan? Arghhh aku jadi stress sebab semakin aku tau risiko kemalangan and cara mengatasi, semakin aku takut family aku berada dalam situasi tu. Oh my -___-''

Part II after aku tengok Adam dan Hawa yang lembab ni! haha

Saturday, September 29, 2012

Bajet 2013

Hai uols. 

Mesti penat denga pasal Bajet 2013. Tak kira nak tulis komen i jugek~ haha
Kalau post kat FB ngan twitter takut kena hantam. LOL. Sebenarnya malas nak komen balik sebab tak cukup space. Haha over.

Jumaat aku halfday. So, aku sempat la tengok bajet 2013 tu semua kot. Gigih tak. mak aku pun tak tahan tengok muka abang Jib kita. Ok memula pembukaan kata, dia duk puji-puji kepimpinan dia. Fine la. Maybe kalau aku jadi PM aku buat camtu jugek kot, BAJET kan. Tapi kalau banyak sangat + indah kata-kata dari rupa, hurm Mckayla Marooney is not impressed!


Then, start lah sudah Bajet yang sebenar. Intipati Bajet 2013 itu adalah seperti berikut...




Pertamanya, saya menyambut baik beberapa perkara yang memang membawa manfaat kepada keseluruhan rakyat Malaysia. Terdapat pelbagai insentif yang dilakukan kerajaan BARISAN NASIONAL untuk menjadikan Malaysia sebuah negara makmur, maju dan berdaya saing. Janji Di'third'party Ditepati. Youalls.. see, i puji okay. Ingat i tau kutuk je ker. Waakakakaka. 

Tetapi, pada pendapat saya... Banyak perkara yang dinyatakan di atas lebih kepada perkara bersifat jangka masa pendek. Contohnya, pemberian RM200 kepada orang bujang, pemberian BR1M kepada warganegara Malaysia yang layak. RM500 besar nilainya. Tetapi besar manakah? Sampai ada iklan TV yang bagi aku sangat overrated, kononnya tanpa BR1M itu melarat lah hidup semua rakyat Malaysia ini. Oh My God. Over yalls! Kan bagus kalau ada bantuan yang bersifat lebih menyeluruh, lebih bersifat kangka masa panjang, seperti, kurangkan harga minyak contohnya. Apa guna kau bagi orang RM500, lepas tu kau naikkan harga gula. Dengan saranan Kementerian Kesihatan?? Hoi, boleh tak kau bagi alasan munasarawak sikit?  *ok la kita positifkan minda, Najib ni bagus ni bagus ni*

Then, rebat Smartphone 3G RM200 kepada orang berumur 21-30 tahun. Perlukah? Hah? Hah? Hah? So how the hell that thing will help to improve the economy? Blerghhhhhh~ Tu umur-umur budak baru masuk universiti. Kau bagi kurang yuran lagi bagus. *ok la kita positifkan minda, Najib ni bagus ni bagus ni*

Skim Perlindungan Takaful padi. Insurans kan ni? Ni projek kroni ke apa? kah2. *ok la kita positifkan minda, Najib ni bagus ni bagus ni*

Bonus kepada kakitangan kerajaan. Semalam, after aku tengok Bajet 2013 ni, aku saje je berseloroh kat FB mintak bonus untuk kakitangan swasta. Tak serious pon post benda tuh, saje nak menyindir saje. Bukan nak suruh Najib kasi bonus kat kaitangan swasta pun. Terfikir, kalau semua rakyat Malaysia kena bayar cukai, kenapa bila sampai bab-bab keistimewaan je dapat semua kat kakitangan awam? Orang akan cakap, orang kerja swasta ni kaya. WTF. Abes, kakitangan awam tak ada yang gaji besar? Harusla kakitangan swasta pun ada yang gaji kecik. Sebab tu, wealls yang kerja swasta ni berharap untuk kerajaan bagi 1 insentif yang secara tak langsung menguntungkan semua orang. Lepas tu, ada pulak orang cakap kita tak bersyukur. Hello. Bersyukur kepada Tuhan, kalau dapat kerajaan yang jaga kebajikan rakyat. Kalau tak, berdoalah supaya kerajaan yang tak amanah akan diganti baru. Duit yang kerajaan spend tu, bukan duit Najib bagi dari poket dia. So, tak payah la kau nak bekap dia sangat. Eh sapa kau yang aku maksudkan? sapa2 lah. hahahaha. *ok la kita positifkan minda, Najib ni bagus ni bagus ni*

Bajet ni, pada pandangan rakyat marhaen macam aku yang tak berapa nak berpengetahuan ni, lebih kpd memancing undi. Benci ok i benci. *sepak2 bantal*

Ni belum PRU13 depa nak kasi macam-macam. Bagi duit sana-bagi duit sini. Pasni kalau depa menang, depa naikkan harga barang nak cover balik kos. Kalau depa kalah, boleh la dia jadikan Pakatan Rakyat kambing hitam. Pfff

Lepas tu, macam tak perlu je abang Jib kita nak kutuk-kutuk pembangkang di akhir kata beliau. Aigoo.. PM aku ke ni. Tak professional langsung lah. =.='' Not impressed at all.



Apapun, aku bersyukur, sebab aku cukup serba serbi. Kalau aku nak komplen pun, anggapla aku komplen untuk golongan yang kurang bernasib baik. Then, terpulang lah kepada diri sendiri untuk menilai. Pembangkang tak semestinya sentiasa salah, kerajaan tak semestinya sentiasa betul. Kalau dia nak bagi sangat, hah nak bagi sangat duit kat kita kn, amek jela! Tak kira la sokong keerajaan ke tak sokong ke, tu duit taxpayer bukan duit dia. Aku tak sokong kerajaan pun aku baya cukai okay. Boleh bagi exemption tak? Nak sangat orang kenang-kenang budi. So, takyah nak bekap sangatlah! wakakaka

Tuesday, September 18, 2012

Pwepawation. Can do a lot earlier if I realized that...

18/09/2012

Chey chey tulis tarikh siap-siap sebab aku rasa date kat blog aku ni gila.
Kalau ikut excel lagi 166 hari lagi aku nak menamatkan zaman bujang. Kalau ikut kalendar petroleum, ha dah dekat lah tu tarikh kahwin aku dengan tarikh Siakap North Petai akan start drill first well. Kerlas tak? Kerlas kan. Tak boleh nak rahsia tarikh ni sebab nanti ada pulak orang kahwin tarikh sama (sambil jeling ayu. bukan aku ayu. Ala ayu. wakakaka.nasebla kalau ada orang paham)

Aku ni macam nak pengsan dah. Kerja kat opis berlambak. Masalahnya berlambak urgent tak ape. Tau la jugak bila nak berakhir. Ni berlambak tapi take time nak siapkan, due pun ikut suka hati. Buat study buat study, YaAllah. Kuatkanlah hati dan minda hambamu ini. Lepas tu, dok fikir mana nak tempah baju, mana nak tempah catering, mana nak tempah pelamin, design baju sume... Artis kan, kenalah pening design baju bagai. 


Tak mampu nox! >_<

Aku ni kalau tengah sibuk kat opis, memang pantang kalau orang tanya pasal pwepawation kawen ni. Sebabnya, bila diorang start tanya je, aku pun teringat la sume benda yang tak siap. Lepas tu terus tutup excel, eclipse semua bukak google, google baju pengantin. Dari dulu sampai sekarang dok gooooogle je kerja. Letih aku. :D --> membazir masa berharga kat opis.

Alhamdulillah, bab tempah-tempah dah selesai. Sekarang tinggal bab-bab nak sediakan duit je. Padan muka saya. hihi

Bercakap tentang pwepawation ni, mengapakah kita selalu, nak berak, baru nak gali lobang?
Macam aku ni la. Padahal aku dh setahun lebih jugak kerja. Tapi tak gheti-gheti nak menyimpan. Padahal padahal kalau aku simpan dari first month salary aku, sekarang tak perlu la kot aku nak fikir nak berjimat semua. Dulu aku ingat jodoh lambat. Siap plan nak keliling dunia la baru nak kawen kan. Gittew. 

Actually, once kita start kerja, financial planning sangat lah penting. Kalau time blaja penting jugak, tapi, abaikan ahh! hahahaha

Kita perlu la pastikan, yang expenses kita tu tak lebih 50% daripada gaji. Then, mesti kena menyimpan at least 10% dari gaji/month. Yang lagi 40% tu, beli lah perlindungan insurans, atau melabur dalam public mutual ke, ASB ke, main saham ke, bli IPO ke..kan... Untuk masa depan jugak. 

Orang selalu fikir, muda-muda ni la nak enjoy. I deserve to spend my money on things I like because I work hard to achieve what I have now.  (Aku punya pemikiran dulu). Enjoy sebulan dua dah la. Actually, we just like to spend money on things we dont really need, to impress people around us. People we dont like. Serius. Boleh minum kopi free kat opis, bli starbucks instead. Boleh makan nasi lemak lauk rendang beli tepi jalan RM2.30, bli nasi lemak ayam KLCC RM4.70? Aku la tuh. Membazir je. Anddd..............

Don't you ever ever ever EVER! Apply or use a CREDIT CARD! 

Guna boyfriend punya takpe! Asalkan boyfriend tu kaya! muahahaha

Tukar fikiran tu jadi camni pulak.

Muda-muda ni lah masa nak saving, nak invest duit, nak kumpul asset. Nak beli insuran pun murah, muda lagi. Kalau dah tua baru nak save, alamatnya memang tak ar.  Don't cut your saving for your expenses. Cut down your expenses for your saving. Anak muda kuat saving. Hmmphh!

Ingat. Nanti nak beli kereta, nak beli rumah, nak beli perabot, dapat anak pulak, anak nak sekolah, bla bla bla la kan... Semua tu perlu duit. Let's together, we prepare ourselves for it. Hidup kita baru je start nih. Nah video ni hamek hamek! For your additional knowledge. (Cam tak hado kaitan pon ado)

It's all about money money money



Lepas korang insaf, boleh la start saving. Pastu pergi cari awek, pergi kawen!

 


Tuesday, July 10, 2012

FRIEND That Is

Sabtu lepas, aku pergi wedding classmate aku waktu kat SAM Bestari dulu, Shamim a.k.a Cimap. Congrates Cimap. Aku selalu datang lambat. And I missed a lot of group photos. *Dammit. Hampir nak mengamuk kat Syai tapi aku yang drive kereta so aku la yang salah sebab sesat and lambat. hehe

Tiba-tiba je tak taching malam ni. Setelah aku amat amati, aku rasa aku la insan paling terpinggir sekali kalau wat reunion ke apa. Mengapa ye. Isk2. Tak kira la sekolah rendah ke menengah ke, I sometimes felt left out. They left me out or I left myself out? Akakaka. I am not sure about that.

Maybe semua ni berpunca daripada Masa dan Jarak. 

Waktu sekolah dulu, aku akui aku bukanlah seorang yang glemer. Sometimes aku rasa aku macam nerd. Tapi nerd ke? Muka ni nerd? Maigoddd... Aku bukan tak ada kawan. Aku ingat dulu waktu sekolah rendah I got 3 bestfriend. Fasihah, Mahmudiah, Zahirah. Anyway untuk diorang ni special, sebab still contact lagi sampai sekarang. Hee. But still, TIME and DISTANCE do keep us apart. Less meeting so less sharing. Kadang nak jumpa aku busy, lepas tu Mah busy, lepas tu C-ah busy. C-ah pun dah kahwin and ada anak 1 sekarang. Ohemjiiii dah besar dah kawan saya.

Waktu sekolah menengah, aku still satu sekolah dengan Fasihah dan Mahmudiah kat SAMTTAJ, Shah Alam up to Form 3. Zahirah sekolah lain, tapi we still contact la. Then Form 4-5, aku pindah sekolah lain. Masuk pulak SAMBESTARI, Subang. Kat sini, aku sorang-sorang. Sedey woo kena paksa pindah sekolah. Time ni, makin kurang masa lah aku dengan Mah and C-ah. Start making new friends, and rapat dengan orang lain. Kelas aku Cuma ada 8 orang perempuan sebab Kelas Sains Kejuruteraan. Aku paling rapat dengan Kak Fie. Siap 1 dorm, katil sebelah-sebelah, duduk dalam kelas pun sebelah-sebelah. Tapi akhir Form 5, kitorang gaduh sebab …Errr sebab yang macam bodoh nya rasa gaduh sebab tu dulu. And disebabkan itu, hubungan kitorang renggang sampaila abes sekolah. But after sekolah, we keep in touch guna emel, Friendster and Facebook. Then kitorang pun berbaik balik dan fikir balik.. Alahhhh bodohnya la gaduh dulu. And after that Kak Fie melanjutkan pelajarn ke Cairo, aku pulak, pergi Matrik Johor then Terus ke UTM Skudai, nun di JB sana. 

Kebanyakan kawan-kawan aku study area KL, aku rasa aku je perempuan tercampak kat JB tu. So, lagi aku rasa susah nak keep in touch dengan diorang. Ayu… Ayu is my classmate from SAMBEST. Aku tak rapat sangat dengan dia sebab aku kan pendiam. Akakakaka. Aku rapat dengan dia waktu kami sama-sama masuk Kolej Matrikulasi Johor. And kami still rapat sampai sekarang as my ex-bf pun bestfriend dengan dia. LOL. Cinta kura-kura tu dulu. Aku dulu memang bukan jenis yang banyak cakap sangat. And waktu sekolah, aku tak keluar-keluar sangat sebab factor ekonomi time tu tak macam sekarang, sekarang kayo. Eh kayo la sangat sama je aku tengok. :P

Sambung cerita Kak Fie. Waktu aku tahun 2 ke tahun 3 kat UTM, kak fie YM aku. Happy sangat time tu. Rupanya dia nak kahwin. Hehehe. So sekarang dia dah kahwin, and dah ada sorang anak lelaki, si Iyyad yang comel. Waktu Kak Fie lahirkan Iyyad, time tu aku sibuk kat JB dengan final paper, final project bagai. And after abes blaja aku start kerja. Then sampaila sekarang aku tak jumpa lagi anak dia. Sedih dan terkilan jugak dengan diri sendiri. Haih. Maslina, kawan kat SAMBEST jugak. Dia pun kahwin sejurus selepas Kak Fie. And sekarang pun dah ada anak lelaki sorang, Adam. Sebabkan aku ni study JB, then cuti tak sama dengan orang lain, Mas pulak duduk Tanjung Karang sana, maka tak sempat jugak jumpa Mas n anaknya. Even waktu Mas kahwin pun aku tak dapat datang. Terkilan. Waaaa. Hapela nak jadi dengan kau ni Salmah!

And seriously, aku susah sangat nak attend any event reunion sebab aku duduk JB selama 4 taun, I was like missed everything. Seeing all of you guys, taking a picture of a group with a wide smile without me, It really makes me wanna cry. T_T

Sekarang, aku jadinya lebih rapat dengan geng SKP UTM jelah sebab 4 taun dok tengok muka diorang je. Haha. Aku agak terkilan, and terasa jugak sebab aku macam miss banyak benda waktu aku sekolah dulu. Ntahla, time change me, and all people. Aku mintak maap la kat kengkawan kalau aku macam selalu tak ada, bukan aku tak ada tapi sebab sape suruh korang xstudy kat JB! Sampai kalau jumpa budak sekolah rendah pun aku cam lupa nama, lupa muka semua. Almaklumla lama sangat tak jumpa. Miahahaha. *Malu*. Maap.

 Well, I'm here now in KL again. Hope I am not gonna miss an important event and group photos again. I don't want to be a *Blitz*. If you know what I mean.


Sunday, July 8, 2012

Engineer and Science Teacher

Hai. Tarikh hari ni menunjukkan 8 Julai 2012, dan dengan ini bermakna dah setahun, sebulan, 8 hari aku bergelar engineer. Ecewah. Graduate engineer jer pon. :P

I know this doesn't mean a lot to you but it mean a lot to me. isk. Cita-cita menjadi seorang engineer ni memang buat aku takut, lagi-lagi memikirkan kerja ni penuh dengan risiko uncertainty yang seperti tiada ending sahaja. Ate penat aku memikiorrrrnye tapi tetap tak tahu apa yang aku estimate tu betol. takut betul teman. Buat masa sekarang ni bos and mentor aku masih meng'kereta api' kan aku supaya aku bersedia menjadi engineer tanpa perkataan graduate. But dalam masa yang sama aku tetap terlibat dengan perkembangan projek kami. InsyaAllah semoga Allah permudahkan perjalanan ini. Eksaited teman sejok2 ni sebab dah mula suke dengan kerja-kerja duduk depan PC ni. muehehe.

Dalam kesibukan-kesibukan hidup sebagai seorang engineer amatur, sempat la pulok aku carik part time. Motif. haha.

Kakak aku banyak kali cerita pasal kekurangan guru tuisyen di sekolah beliau. Selama ni dok dengar je, apa kata aku plak jadi cikgu ganti. Eceh. So, sekarang aku pegang 4 kelas darjah 5 untuk subjek Sains. Dapatla aku tambah sket duit saku ni. Eceh2.

First time aku rasa yaAllah susahnya jadi cikguuuuuuu~

Kalau jadi engineer, senang je. LOL. Busuk2 susah pun senang lagi dari jadi cikgu sebab dah 4 taun belajo petroleum. JAdi cikgu ni susahnye bukan ape, dok pikio cemane la aku nak suro bebudok ni duduk diam dengar ceramah aku. Kejap lari sanaaaaaaa....Kejap lari siniiiiii...kjap main bola kat belakang kelas, kejap melawan cakap, usik kawan kanan, usik kawan kiri.. Adoi sakit jiwa mak nox.

Frust sebab susah sangat nak catch up attention diorang ni. Tapi sejak2 dah hampir sebulan lebih dengan bebudak ni, seronok pulak mengajar. Dapat aku menggunakan ilmu-ilmu psychology dan presentation skill yang aku belajo dlu. keh3. 


Tapi as a teacher kalau kita tak ada perasaan takut student tu xpaham memang aku rasa ada something wrong la. Kita musti mau pelajar kita cerdik2 ma. So kadang2 aku terlebih rajin buatkan mind map untuk diorang bagai. Downlod video interaktif sains, bawak laptop
dan saiko mereka, kalau kerja cepat siap kita akan tengok video YaAYYYYYYYY~ Suka bebudak tu.

Paling masalah, nak rendahkan balik level pemikiran aku kepada murid darjah 5 tu. And pelik kenapa kerajaan tukar-tukar, kejap sains in english kejap sains in malay. Sekarang in malay, susah pulak aku nak menyebut term-term dalam BM. *sigh. n bila pemikiran dah rendah dah, tetiba bebudak tu bagi killer Q lak. 'Cikgu, gas tu kan memenuhi ruang, so kalau gas helium terlepas kat udara dia pusing-pusing 1 dunia ni la cikgu??' Errr~ Haah. Kan? 'Abes kalau kat angkasa cikgu??' Errrr ok kerja dah siap dah? *cikgu tukau topik. akakaka. 

Anyway, sebabkan kedua-dua kerja yang aku suka sekarang ni, 1 work 6 days a week. Lepas tu hari jumaat barula nak sebok2 buat nota, worksheet latihan untuk bebudak tu semua. Dasar pemalas aku ni. haha. Busy nox jadi engineer aicececeh. Tak apolah asalkan masyukkkkkkkk. Tabik spring la kat cikgu-cikgu sebab merekalah insan yang paling sabar melayan kerenah bebudak. Merekalah insan yang mulia. Merekalah juga yang melahirkan engineer macam saya. Terima kasih cikgu! Aku tak ingat dulu aku degil ke tak, mesti dlu cikgu aku suka aku. ahahaha. And and and.......i am always not available on Saturday. Harap maklum kawan-kawan, kalau nak melepak ajakla hari Ahad k. hik3

Tuesday, June 12, 2012

Le ME Teaching WOMAN How to Drive

Hello fellas. We meet again.

Last 2 months, I involved in the scariest accident ever in my history of professional driver. LOL. Thank to Allah as He gives me Rezeki that allow me to buy a car with the annoying alarm reminding the drivers to buckle up. So during that time, I am safe. Only the car/BF got smashed like sambal belacan. Kesian boyfriend I itu. After that accident, a lot of people start giving me advices what to Do and Don't while driving my lovely car. Or, all people cars. Tehee 

Why I have to tell you this? (tak habis lagi intro). Because I am a woman. And woman drive kereta macam mana kan, uols google la sendiri. Clumsy. muehehe

So Ladies, while driving...

(1) Stop fighting with your boyfriend. Salam suami cepat. Because that will lead to high blood pumping rate and stress, and somehow your rempit mood will control you. Penting untuk memastikan bahawa ketika kita drive, mood kita sangat baik. Drive la dengan tenang, jangan terburu-buru.

(2) Na ah ah~ Cantik seatbelt kau. Buckle up ladies. I don't care about your tudung that will wrinkle after you arrive at your office. No one care. So why you care? *tetbe*. Anda lebih rela nampak cantik daripada tercampak keluar dari kereta? So, buckle up!

(3) Keep the safe distance between your car and the car in front of you at particular speed. Aware with the driving environment. If you observed potential dangerous driver, keep youself away from them. Mengalah jela kan. Diorang tu letak otak kat lutut time drive.

(4) [PENTING. Hope this won't happen to you] In case of emergency brake (terberangan sekejap kan), push the brake a couple times. As in my case, I drive at 60-70 km/hr, possibly faster than that, and at the time I realized the front car smashed the other car, I push the brake once. Actually, the wheel has stop moving, but the inertia of me and the car drag the car forward and bang! kebaboom! So, you can actually experiment it yourself, in front of your house, or at the highway kalau nak mati la. haha. The first time you push the brake, the wheel get slower. Then, release your feet, and push the brake a couple times again.Selamat kan kan kan? Tu la takda sapa nak bagitau aku dlu T_T

(5) Be confident. Sometimes, even me myself get mad at the woman driver because they are too slow. Got that? Chey. Nak potong orang, terhegeh2. Signal dah bagi 10 saat dah, ha masuklah. Apa lagi kau tunggu. Nak emo rasa. Sebab perempuan selalu drive tak berapa nak confident. Lagi-lagi boyfriend kat sebelah asik dok kutuk woman driver, takpun drive kereta ayah, ayah dok sebelah. Tak neves ko? hehe. We have to gain the confident while driving not because we want to be a minah rempit, but confident can avoid accidentally accident. Drive like a professional orang cakap. :D

(6) Do not play facebook, talk on the phone, reply emails while driving. Not even at the traffic light. Stay focus while driving. If you tend to berangan while listening to the music, buang radio. Cool sudey. Laju-laju kalau tak selamat nak buat apa. Kan?

(7) Before driving, make sure you know where to go. At least, if you are really new to that area, google la wey! This is another reason why people drive clumsily, suddenly they turn right, suddenly the turn left, orang horn, makin gelabah lagi. Plan your journey well!

(8) If you accident, consult the experience people like your dad, your brother, or whoever you comfortable with la. I advise, lelaki. Separuh lelaki, bole kalau dia gagah. This is #truestory. I got a friend in the office that work as a third party during accident. Kerja dia, malam-malam dia round the hot accident spot like Federal Highway, Jalan Tun Razak, MRR2, alah semua jalan la kira haha. So, when accident happens, tiba-tiba there's some guy approach you and say, 'rilek kak rilek kak. kita boleh tolong settle kereta akak A-Z. Eh tetbe je kau. Sebenarnya diorang ni agen workshop mana-mana la, diorang akan tolong korang settle claim insurans apa semua tapi diorang akan bawak kereta kat bengkel diorang. So, it's your choice nak bagi diorang settle atau you want to call your insurans people yourself. But remind yourself, once you sign any document, you give the right to them to settle your car. So kalau taknak jangan sign. Tapi, tapi kan. Sebab ramai sangat orang jahat dalam dunia ni. Yang macam ni, tapi penipu pun ada. So, be careful ye ladies. Don't easily trust people. T_T takot la dunia skang ni.

Orait. That's all for now. I'll add up more later if there's any. Share your ideas too if you want. Have a safe driving moment with your beloved car!

:D










Saturday, June 2, 2012

You Mad Kpopers?

K-POP? 

Err~

Okay, sekarang kat internet tengah hot pasal kes artis Korea dibayar RM900,000.00 sewaktu himpunan belia kat Putrajaya haritu. Kalau tanya aku, hm apa aku kisah. akakaka. Tapi seharusnya kalau duit tu kasi aku ada jugak faedahnya. Contohnya aku bole beli kereta lagi 1. Aku boleh kahwin cepat sikit. Aku boleh belanja kawan-kawan aku. Kawan-kawan aku mesti suka. Kan. Kan. Apela diorang ni buat program gini-gini. Pergi dengar ceramah Ustaz Azhar Idrus kan bagus. Bayar artis luar mahal-mahal, dok terkinja-kinja. Hadoi. Nak tengok video diorang tayang bontot kat Youtube pun malu apa lagi nak tengok live.  -__-''

Anyway, nak cerita pasal K-pop ni. Ramai jugak kawan aku yang minat K-pop. Aku rasa tak kira lelaki perempuan, harus layan cerita drama korea (eh sama tak dengan K-pop? haha). Then, layan band2 K-pop yang cute-cute cam 2 pm, SNSD, Super Junior, hmm.. Itu je yang aku hengat. Syai pon layan K-pop kau~ Gay x. Dia lagi tau banyak band korea dari aku. Ohemji. Dia dah kasi aku Running Man tapi aku tak tengok g. Ape yang best sangat tah, tapi orang cakap best. Aku cuma taknak start je sebab nanti aku tak boleh berhenti. Hehe.

Ada jugak junior aku cerita dlu dia g konsert Super Junior, bayar tiket hampir RM500. Pergh. Kaya tak dia. Dia mesti kaya. RM500 aku boleh makan sebulan kot. Tapi suka hati dia la sebab dia ada duit. Tapi tapi tapi... Err still tak dapat terima.

Then, ada certain orang ni kalau dia minat sesuatu, fanatik gila wa cakap lu. Cam peminat K-pop la. Seyes. Awww comel awww hensem awww awww awww... Cam peminat Justin Bieber jugak. Ala cam peminat Tomok. Sama la jugak. Tak faham la aku. haha. Ni sebab fanatik la ni dok berhabis ratus-ratus kan. 


Ok masa untuk puji diri sendiri.

Aku ni, klasik sikit. Aku suka teater. Tapi, kalau tiket tu dah harga RM100++ above aku memang tak layan dah. Mahal kot. Tiket RM50++ pun aku layan sekali sekala je. Aku memang berat hati sikit nak berhabis banyak kat benda-benda hiburan ni. Membe aku lagi sorang, layan Manga. Layan komik. Kumpul komik banyak gila. Lalalala aku cuma sanggup pinjam je. Tapi tak sanggup beli sendiri. Aku kalau camana suka benda pun tapi kalau bab nak berhabis tu, cam tak je. Kedekut aku ni. Tapi duit habis jugak. Aku tak tau la duit aku abes banyak g mana. Kakakaka... Abes kat makanan kot. Lagi best. Puas hati perut.

Masuk topik balik.

Tapi benda-benda camni, kalau layan sangat sangat sangat lain jadinya nanti. Minat-minat la, tapi takyahla nak fanatik sangat. Ala orang yang buat konsert then panggil Kpop tu dah desperate sangat lettew nk tarik crowd. Hihi. Lagipun, kan bagus kalau fanatik lebih kat perkara akademik ke, sains ke, engineering ke, komputer ke, ada gak faedahnya. LOL. Ada ke? Nerd la semua rakyat malaysia!

Ayah saya pernah berkata, time tu akak aku tengah dok layan sangat Akademi Fantasia. Dah la live tak pernah miss, ulangan pun dia tengok, aku plak pening tengok dia. Ayah saya cakap, dari tengok orang menyanyi terkinja-kinja tu elokla kau bukak Discovery Channel ke Animal Planet ke tengok monyet lompat-lompat. Lagi best.

Aku rasa kalau ayah aku tengok K-pop pengsan dia.

:D 


p/s: Aku layan Big Bang Theory. Nerd tak nerd tak? ;)






 

Monday, May 7, 2012

Berani Punya Budak


Berani betul aku nak membuat review tentang filem Afdlin Shauki ni. Aku rasa aku cam berani la jugak sebab aku dah lama sangat menyimpan perasaan dengan Filem Melayu. Tau tak macam mana perasaan orang yang selalu memendam perasaan ni. Sekali dia meletup hah kau. Wa cakap lu. Wa cakap lu.

Aku suka tengok cerita melayu yang funny je. Lagi-lagi ada Johan sebab Johan best. Chey. Kau tahu jelah cerita melayu ni kalau tak cerita romantik komedi, cerita rempit, KL menjerit, drift sana drift sini, bohsia bagai, cerita hantu, cerita lawak lawak lawak ha itu jela kerjanya. Suatu hari di mana aku telah pun menonton Avengers dengan pemalu, kitorang nak tengok movie lagi. Penat aku gaduh dengan pemalu sebab nak tengok cerita Berani Punya Budak ni. Sebab dia kata cerita ni tak best. Eh best je aku tengok trailer kat Melodi.Tapi sebab aku dah penat nak tengok cerita action mat sally, so tanpa berkompromi aku pun tengokla cerita ni.



Aku tak tahu pulak yang cerita asal filem ni tajuk dia BRAVE. BRAVE telah ditayangkan di Thailand 3 tahun lepas. Aku baru ingat lepas aku tengok scene b selamatkan abang ipar dia. Aku teringat aku pernah tengok scene ni dilawakkan di Youtube. OK la fine la. Itu tak kisahla. Tapi apa yang aku kesalkan... (cewah cam kesal sangat-sangat plak gayanya), aku rasa filem ni macam low quality dan murah. Dang! Well it's not the first cheapskate malay movie anyway, tapi sebab Afdlin Shauki adalah 1 nama besar so aku rasa macam sedikit keciwa sambil berkata kepada pemalu, 'I don't want to live in this planet anymore' *time ni pemalu dah tido sebab busan sangat*



Setelah aku bajet bagus sambil menonton filem ni, aku pun start buat point dalam kepala dan bermonolog siapla nanti aku tulis dalam blog. So antara sebab-sebab Berani Punya Budak tak berada di Carta Hati aku,

(1) Pengalihan suara lelaki macho sampaila suara perempuan seksi semua suara Afdlin Shauki. 

(2) Lawaknya terlampau berlebihan sampai aku pun tak tergelak dah. Aku pun tak bole nak gelak apa lagi Fatimah. Fatimah kalau tengok cerita ni habislah dia buat muka emo dia.

(3) Macam buat kerja tak siap je. Proses pengalihan suara tak kemas.

(4) Lawak meleret-leret.

(5) Lagu yang menghiasi aksi pergaduhan menghilangkan mood gaduh aku.

(6) Tak ada motif.

(7) Because I know Afdlin Shauki can give something better than this. (takut blog ni masuk melodi haha bajet kau)

So, kan.. Please la please la...

Aku bukan nak mengutuk perfileman melayu ni tak........ Aku bukan nak kutuk tak......
Tapi masalahnya ni negara Malaysia, semua orang boleh bersuara tentang filem. Tentang politik je tak boleh.

Tak boleh ke kita buat filem yang maju sikit.

Tak boleh ke kita buat filem berilmiah sikit.

Tak boleh ke kita buat filem bermoral sikit.

Bak kata abah aku, orang lain dah naik ke bulan, orang Malaysia ni tak habis-habis dengan cerita hantu. T_T See abah aku pun terer bab filem. (apa plak kaitan)

At least, buat cerita Big Bang Theory versi melayu ke, terserlah sikit orang Malaysia ni terer Fizik.

Haha

Sunday, April 29, 2012

Bersih 3.0

Salam 1 Malaysia.

Amaran aku. Ini blog aku so semua yang aku tulis is based on my opinion. Aku tak kisah korang setuju ke tak. Sebab, ni blog aku. Muahaha. Semua orang berhak bersuara sebab ni Malaysia. Cuma tak boleh kat Dataran Merdeka. So, blog ni sekarang adalah Dataran Merdeka saya. Chey

Pada 28/04/2012 yang lalu aku telah pergi menyertai demonstrasi aman Bersih 3.0. *wink
Sebenarnya aku tak balik Puchong minggu ni sebab aku join Walk for Autism yang diadakan pada hari yang sama dengan Bersih 3.0 kat Bangsar dengan kawan aku sorang ni. Tetapi, sebab walk tu pagi, kul 7.00 am.  Aku pun tak terjaga nak pergi. Aicececeh. Kul 10 aku bangun, aku say sorry la kat kawan aku tu sebab tak pergi. Then dia tanya, “nak pergi bersih tak? Aku bole bawak kau kalau kau nak tengok”. Aku ni, niat tu memang ada. Sebab aku tak ada masalah dengan Bersih. Tapi aku cuak la juga. Mau kena tangkap tak glemer aku? Haha. Tanpa di sedari (tak sedar la sangat), aku reply, “nak! Jom!”. So aku pergila. Haha. Yang penting aku tak ada paksa sesiapa untuk ikut, dan aku pergi pun sebab rela. Niat memang nk datang secara aman.

Sebab-sebab saya join Bersih,
 
  • Bersih 2.0 dulu, aku banyak baca kat blog, FB, tengok youtube, and tengok Buletin Utama. OK, orang cakap Buletin Utama memang banyak pusing cerita. Akhbar Metro, Utusan Malaysia, tu semua media berat sebelah la kira. So, aku tak puas hati. Aku nak pergi tengok sendiri.
  • Aku tak pergi Bersih 2.0 
  • Dia cakap, DUDUK & BANTAH. So, aku rasa perhimpunan ni selamat untuk aku pergi. (Aku siap pakai baju putih sebab takut kena tahan. Haha. Apada)
  • Aku nak tangkap gambar. Itula dia sebab utama. Nak buat aktiviti adventure untuk penuhkan weekend.
  • Aku datang sebagai rakyat. Bukan sebab UMNO, PAS, DAP atau PKR apa lagi AMBIGA atau ANWAR.
Siap telan panadol 2 biji, sarapan, bawak coklat untuk tenaga, bawak kain takut ada tear gas. Aku naik LRT dari Kerinchi ke Bangsar. Then jalan kaki ke Brickfields untuk berkumpul dengan group kat sana. Then aku jalan dari Brickfields ke Pasar Seni. Kelasss~ Kalau takda Bersih mampos aku taknak jalan kaki. Haha. Memang ramai orang. Rasa macam terhiba pun ada jugak sebab terasa time tu sangat bersatu dengan semua orang walau tak kenal. Sepanjang perjalanan aku melihat kumpulan-kumpulan Polis Diraja Malaysia begitu ramai sekali. Tapi diorang tengok je. Everything is fine. 






Kitorang terus berjalan melalui Petaling Street, then berhenti kat depan Malaysian Bar Council. Jam lebih kurang 1.30 – 2.00 pm, Orang ramai sangat dah memenuhi kawasan tu. Turut berada di situ geng-geng #OccupyDataran. Yang aku kenal, Fahmi Reza. Yezza. Rasa excited dah time tu. Malaysian Bar Council tu hanya lebih kurang 300 m je dari Dataran Merdeka. Tapi Polis dah block jalan dan melarang semua peserta masuk kawasan Dataran Merdeka. Semua peserta melaungkan perkataan “Hidup Bersih”, “Hidup Rakyat”, dan “Buka Pintu” (block kat Datarn Merdeka tu). Tak kurang jugak yang melaungkan  “Jatuh BN” which is aku rasa kurang tepat untuk konsep Bersih ni, tapi part tu tak ramai orang menyahut. Haha Boo yah!









Perlukah aku cerita details? Haha. Biarla kan.

Then aku dengan membe aku gerak pergi Masjid Jamek untuk solat.

Then, after solat, aku dengan membe aku nak gerak balik ke depan Malaysian Bar Council. OTW tu aku nampak area belakang Masjid Jamek, ramai dah orang pergi basuh muka. Polis dah lepaskan tear gas. Sampai depan Bar Council, keadaan dah lengang sedikit sebab, ntah~ Then aku nampak FRU dah bersedia berbaris kat simpang. Aku rasa semua peserta akan ada 1 alat perakam. Handphone, DSLR atau kamera yang canggih gila. Diorang dah ready untuk rakam anything kat depan diorang. So, berani kau buat kecoh? Siapa yang berani tu memang aku respect. Tapi dalam masa yang sama aku suspect kau ni mesti kena upah provoke2 orang kan?*aku monolog dalam hati*




 




Nak dijadikan cerita, membe aku ni haus. Dia pun ajak aku cari air. So kitorang gerak ke arah Majid Jamek balik where kitorang jumpa kedai runcit bukak. Lepas tu senyap je keadaan. Kitorang pun duduk depan kedai bersama-sama orang lain yang sedang duduk. Jam lebih kurang 3.30 pm. Tiba-tiba aku nampak orang bertempiaran lari. Nampak dari kejauhan tear gas dah dilepaskan mungkin lagi sekali. Punca, aku tak tahu. Aku pun, lari la jugak. Drama betul. Aku kena sikit je tear gas tu. Tapi sakit sengal. Aku rasa orang yang tak lari mungkin dah pengsan kat tengah jalan. Maksud aku, kalau polis kena tear gas, diorang pun akan lari macam orang gila. Bodoh apa nak tunggu situ. Mata pedih, the gas was like choking your throat, and your nose will start to flow. Guess what, semua orang bawak garam time tu sebab garam boleh neutralkan rasa pedih kat tekak. Fuh. Pengalaman.

Then aku rasa aku pusing-pusing jugak kat area Pudu, kembali ke Petaling Street. Kawan aku ni memang saviour la hari tu, dia cakap nak cari air tebu plak. Eh mengada pulak tekak kau. Ingat kita tengah bersiar-siar ke? So, instead of terus ke Petaling Street, kitorang patah balik. And then, tiba-tiba polis lepas tear gas lagi dekat kawasan Petaling Street. Aku  menyaksikan polis berkali-kali melepaskan tear gas. Aku pun tak tahula kenapa. Then ada peserta yang dah bengang agaknya, diorang baling balik tear gas tu kat polis. Oppss~ Statement kan. Ni gambar:

Gle gagah bro ni. Panas kot tear gas tuh. Ikut apa aku baca, Kain kuning kat lengan menunjukkan SB=Special Branch=Polis. Adakah ini 1 bukti provokasi? Well lu pikir sendiri.


Aku ngan member aku jumpa beb air tebu. HAHA

After about 10 minutes, tiba-tiba keluar lori water cannon, meluncur laju ke arah kami. Semua lari tak cukup tanah, dan tanpa disangka-sangka, ada 1 bas melintas selamba badak depan lori tu, make them stop. Semua orang bersorak. Thanks BAS!! Haha. Jam time tu dah pukul 4.45 pm. Sebab aku dah penat lari, aku pun cakap ngan membe aku, aku nak balik. So, aku naik train dari Pasar Seni balik Kerinchi dengan selamat.

Part aku tu OK je. Alhamdulillah. Serius kitorang demo aman je. Tapi sedih gakla dengar kawasan area Sogo dan Dataran macm huru-hara gila. Kereta polis terbalik la, polis belasah orang, orang belasah polis. What a mess! Then aku jumpa POST nie. Rupa-rupanya polis start tembak tear gas sebab ada orang bagi arahan suruh rempuh kawasan Dataran and ikut post tuh, Anwar. Ntahnye~ OK I need clarification from somebody named Anwar. Politician cannot be trusted. Baik belah kiri, baik belah kanan. Haihhh~

Then after that, mengapakah di tembak kami jugak? Kami tak buat apa-apa pun. *nangeh

As an observer (poyo), ini adalah apa yang saya rasa setelah poyo-poyo join Bersih:

  • Peserta dan penganjur Bersih tak belajar dari kesilapan lama. Dah tau polis akan tutup jalan, halang Bersih, nak jugak buat kat Dataran. Maybe Stadium tu idea bijak jugak. Tapi, well… u know. Nanti mesti ada drama tetiba ada event kat Stadium LOL.
  • Polis dan kerajaan tak belajar dari kesilapan lama. Dah tau kalau ko halang pun rakyat akan turun, ko bukak jela jalan. Buat liputan, masukkan dalam Buletin 3 suku, things may be different. People will respect you even more.
  • Ada 4 jenis manusia yang pergi Bersih. Pendemo bijak (berhimpun secara aman), pendemo bengong (melakukan provokasi dan mengganas kat polis), Polis bijak (mengawal keadaan dan bersabar), Polis bengong (melayan provokasi dan  mengganas kat pendemo). Based on pembacaan aku, ada Special Branch (SB) yang memakai baju Bersih/biasa untuk menyerap ke dalam peserta Bersih. Sama ada diorang yang provoke polis, buat kacau, or tak, wallahua’lam. Tapi tak semua polis bersalah, dan tak semua pendemo bagus. Vise Versa.
  • Ramai orang kutuk Bersih. Sebab Buletin Utama ke? Hohoh~ Bersih kali ni memang kucar kacir. Ada effect baik, ada effect buruk. Tapi aku percaya yang keluar Buletin Utama tu yang buruk saje. POLITIK sangat.  Padahal KEBEBASAN MEDIA adalah salah 1 tuntutan Bersih. Well, kalau salah tunjuk salah. Kalau betul pun tunjuk betul.  kalau pun korang nak kutuk, fine la. Go on. You have a right to express your opinion. So do I hokeyy (gaya mak Jemah). Tapi at least peserta demo Bersih yang korang kutuk tu, yang lari-lari tu, dah tolong buktikan yang media Malaysia ni memang Bias tahap bola lawnbowl. So, sebelum nak kutuk, dari buat dosa mengutuk, kaji la dulu. "Typical Malaysian". 
  • Bersih tak sepatutnya di politikkan. Tapi tanpa sedar, benda ni tersangat lah politik. Akhirnya rakyat juga jadi mangsa. Benci Politik. Arghhh~
  • Aku semakin tak faham dengan permainan dunia politik. But something is wrong la. 
  • Bila kita baca paper, tengok berita, baca blog, baca status orang, tak kira la pasal Bersih ke, pasal isu semasa ke, jangan nak setuju sangat dan jangan nak emo sangat lah. At least, do some research before you jump into conclusion.
Kepada yang cintakan keamanan, aku jumpa pantun...

Takpe depa sesah duit rakyat janji aman..
Takpe depa tipu pilihraya janji aman..
Takpe bia jer depa mnyeleweng janji aman..
Takpe biar jer depa mbunuh janji aman..
Takpe biar je depa jadi tokey kilang arak janji aman..
Takpe biar jer depa simpan penyedap janji aman..
 
Anyway, itulah pengalaman saya. Hihi, Nasib mak tak marah aku join Bersih. Alhamdulillah tak ada apape. Haihhh... Dunia2~

SukeLagi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DikuasakanOleh