Le Sponsers

Tuesday, September 18, 2012

Pwepawation. Can do a lot earlier if I realized that...

18/09/2012

Chey chey tulis tarikh siap-siap sebab aku rasa date kat blog aku ni gila.
Kalau ikut excel lagi 166 hari lagi aku nak menamatkan zaman bujang. Kalau ikut kalendar petroleum, ha dah dekat lah tu tarikh kahwin aku dengan tarikh Siakap North Petai akan start drill first well. Kerlas tak? Kerlas kan. Tak boleh nak rahsia tarikh ni sebab nanti ada pulak orang kahwin tarikh sama (sambil jeling ayu. bukan aku ayu. Ala ayu. wakakaka.nasebla kalau ada orang paham)

Aku ni macam nak pengsan dah. Kerja kat opis berlambak. Masalahnya berlambak urgent tak ape. Tau la jugak bila nak berakhir. Ni berlambak tapi take time nak siapkan, due pun ikut suka hati. Buat study buat study, YaAllah. Kuatkanlah hati dan minda hambamu ini. Lepas tu, dok fikir mana nak tempah baju, mana nak tempah catering, mana nak tempah pelamin, design baju sume... Artis kan, kenalah pening design baju bagai. 


Tak mampu nox! >_<

Aku ni kalau tengah sibuk kat opis, memang pantang kalau orang tanya pasal pwepawation kawen ni. Sebabnya, bila diorang start tanya je, aku pun teringat la sume benda yang tak siap. Lepas tu terus tutup excel, eclipse semua bukak google, google baju pengantin. Dari dulu sampai sekarang dok gooooogle je kerja. Letih aku. :D --> membazir masa berharga kat opis.

Alhamdulillah, bab tempah-tempah dah selesai. Sekarang tinggal bab-bab nak sediakan duit je. Padan muka saya. hihi

Bercakap tentang pwepawation ni, mengapakah kita selalu, nak berak, baru nak gali lobang?
Macam aku ni la. Padahal aku dh setahun lebih jugak kerja. Tapi tak gheti-gheti nak menyimpan. Padahal padahal kalau aku simpan dari first month salary aku, sekarang tak perlu la kot aku nak fikir nak berjimat semua. Dulu aku ingat jodoh lambat. Siap plan nak keliling dunia la baru nak kawen kan. Gittew. 

Actually, once kita start kerja, financial planning sangat lah penting. Kalau time blaja penting jugak, tapi, abaikan ahh! hahahaha

Kita perlu la pastikan, yang expenses kita tu tak lebih 50% daripada gaji. Then, mesti kena menyimpan at least 10% dari gaji/month. Yang lagi 40% tu, beli lah perlindungan insurans, atau melabur dalam public mutual ke, ASB ke, main saham ke, bli IPO ke..kan... Untuk masa depan jugak. 

Orang selalu fikir, muda-muda ni la nak enjoy. I deserve to spend my money on things I like because I work hard to achieve what I have now.  (Aku punya pemikiran dulu). Enjoy sebulan dua dah la. Actually, we just like to spend money on things we dont really need, to impress people around us. People we dont like. Serius. Boleh minum kopi free kat opis, bli starbucks instead. Boleh makan nasi lemak lauk rendang beli tepi jalan RM2.30, bli nasi lemak ayam KLCC RM4.70? Aku la tuh. Membazir je. Anddd..............

Don't you ever ever ever EVER! Apply or use a CREDIT CARD! 

Guna boyfriend punya takpe! Asalkan boyfriend tu kaya! muahahaha

Tukar fikiran tu jadi camni pulak.

Muda-muda ni lah masa nak saving, nak invest duit, nak kumpul asset. Nak beli insuran pun murah, muda lagi. Kalau dah tua baru nak save, alamatnya memang tak ar.  Don't cut your saving for your expenses. Cut down your expenses for your saving. Anak muda kuat saving. Hmmphh!

Ingat. Nanti nak beli kereta, nak beli rumah, nak beli perabot, dapat anak pulak, anak nak sekolah, bla bla bla la kan... Semua tu perlu duit. Let's together, we prepare ourselves for it. Hidup kita baru je start nih. Nah video ni hamek hamek! For your additional knowledge. (Cam tak hado kaitan pon ado)

It's all about money money money



Lepas korang insaf, boleh la start saving. Pastu pergi cari awek, pergi kawen!

 


1 comment:

nur hidayah isa said...

kad kredit leh je apply tapi kena pandai guna. contohnya nk beli barang pakai kad kredit, tapi dah sediakan duit utk beli..means terus bayar lps tu..dari situ akan untung sbb boleh dpt points, even cashback..

byk nye guna duit nk kawin. kena saving dari skrg..

SukeLagi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DikuasakanOleh