Hai. Tarikh hari ni menunjukkan 8 Julai 2012, dan dengan ini bermakna dah setahun, sebulan, 8 hari aku bergelar engineer. Ecewah. Graduate engineer jer pon. :P
I know this doesn't mean a lot to you but it mean a lot to me. isk. Cita-cita menjadi seorang engineer ni memang buat aku takut, lagi-lagi memikirkan kerja ni penuh dengan risiko uncertainty yang seperti tiada ending sahaja. Ate penat aku memikiorrrrnye tapi tetap tak tahu apa yang aku estimate tu betol. takut betul teman. Buat masa sekarang ni bos and mentor aku masih meng'kereta api' kan aku supaya aku bersedia menjadi engineer tanpa perkataan graduate. But dalam masa yang sama aku tetap terlibat dengan perkembangan projek kami. InsyaAllah semoga Allah permudahkan perjalanan ini. Eksaited teman sejok2 ni sebab dah mula suke dengan kerja-kerja duduk depan PC ni. muehehe.
Dalam kesibukan-kesibukan hidup sebagai seorang engineer amatur, sempat la pulok aku carik part time. Motif. haha.
Kakak aku banyak kali cerita pasal kekurangan guru tuisyen di sekolah beliau. Selama ni dok dengar je, apa kata aku plak jadi cikgu ganti. Eceh. So, sekarang aku pegang 4 kelas darjah 5 untuk subjek Sains. Dapatla aku tambah sket duit saku ni. Eceh2.
First time aku rasa yaAllah susahnya jadi cikguuuuuuu~
Kalau jadi engineer, senang je. LOL. Busuk2 susah pun senang lagi dari jadi cikgu sebab dah 4 taun belajo petroleum. JAdi cikgu ni susahnye bukan ape, dok pikio cemane la aku nak suro bebudok ni duduk diam dengar ceramah aku. Kejap lari sanaaaaaaa....Kejap lari siniiiiii...kjap main bola kat belakang kelas, kejap melawan cakap, usik kawan kanan, usik kawan kiri.. Adoi sakit jiwa mak nox.
Frust sebab susah sangat nak catch up attention diorang ni. Tapi sejak2 dah hampir sebulan lebih dengan bebudak ni, seronok pulak mengajar. Dapat aku menggunakan ilmu-ilmu psychology dan presentation skill yang aku belajo dlu. keh3.
Tapi as a teacher kalau kita tak ada perasaan takut student tu xpaham memang aku rasa ada something wrong la. Kita musti mau pelajar kita cerdik2 ma. So kadang2 aku terlebih rajin buatkan mind map untuk diorang bagai. Downlod video interaktif sains, bawak laptop
dan saiko mereka, kalau kerja cepat siap kita akan tengok video YaAYYYYYYYY~ Suka bebudak tu.
Paling masalah, nak rendahkan balik level pemikiran aku kepada murid darjah 5 tu. And pelik kenapa kerajaan tukar-tukar, kejap sains in english kejap sains in malay. Sekarang in malay, susah pulak aku nak menyebut term-term dalam BM. *sigh. n bila pemikiran dah rendah dah, tetiba bebudak tu bagi killer Q lak. 'Cikgu, gas tu kan memenuhi ruang, so kalau gas helium terlepas kat udara dia pusing-pusing 1 dunia ni la cikgu??' Errr~ Haah. Kan? 'Abes kalau kat angkasa cikgu??' Errrr ok kerja dah siap dah? *cikgu tukau topik. akakaka.
Anyway, sebabkan kedua-dua kerja yang aku suka sekarang ni, 1 work 6 days a week. Lepas tu hari jumaat barula nak sebok2 buat nota, worksheet latihan untuk bebudak tu semua. Dasar pemalas aku ni. haha. Busy nox jadi engineer aicececeh. Tak apolah asalkan masyukkkkkkkk. Tabik spring la kat cikgu-cikgu sebab merekalah insan yang paling sabar melayan kerenah bebudak. Merekalah insan yang mulia. Merekalah juga yang melahirkan engineer macam saya. Terima kasih cikgu! Aku tak ingat dulu aku degil ke tak, mesti dlu cikgu aku suka aku. ahahaha. And and and.......i am always not available on Saturday. Harap maklum kawan-kawan, kalau nak melepak ajakla hari Ahad k. hik3
No comments:
Post a Comment