Salam 1
Malaysia.
Amaran aku.
Ini blog aku so semua yang aku tulis is based on my opinion. Aku tak kisah
korang setuju ke tak. Sebab, ni blog aku. Muahaha. Semua orang berhak bersuara
sebab ni Malaysia. Cuma tak boleh kat Dataran Merdeka. So, blog ni sekarang
adalah Dataran Merdeka saya. Chey
Pada
28/04/2012 yang lalu aku telah pergi menyertai demonstrasi aman Bersih 3.0.
*wink
Sebenarnya
aku tak balik Puchong minggu ni sebab aku join Walk for Autism yang diadakan
pada hari yang sama dengan Bersih 3.0 kat Bangsar dengan kawan aku sorang ni.
Tetapi, sebab walk tu pagi, kul 7.00 am. Aku pun tak terjaga nak pergi. Aicececeh. Kul
10 aku bangun, aku say sorry la kat kawan aku tu sebab tak pergi. Then dia tanya,
“nak pergi bersih tak? Aku bole bawak kau kalau kau nak tengok”. Aku ni, niat
tu memang ada. Sebab aku tak ada masalah dengan Bersih. Tapi aku cuak la juga. Mau
kena tangkap tak glemer aku? Haha. Tanpa di sedari (tak sedar la sangat), aku
reply, “nak! Jom!”. So aku pergila. Haha. Yang penting aku tak ada paksa
sesiapa untuk ikut, dan aku pergi pun sebab rela. Niat memang nk datang secara aman.
Sebab-sebab
saya join Bersih,
- Bersih 2.0 dulu, aku banyak baca kat blog, FB, tengok youtube, and tengok Buletin Utama. OK, orang cakap Buletin Utama memang banyak pusing cerita. Akhbar Metro, Utusan Malaysia, tu semua media berat sebelah la kira. So, aku tak puas hati. Aku nak pergi tengok sendiri.
- Aku tak pergi Bersih 2.0
- Dia cakap, DUDUK & BANTAH. So, aku rasa perhimpunan ni selamat untuk aku pergi. (Aku siap pakai baju putih sebab takut kena tahan. Haha. Apada)
- Aku nak tangkap gambar. Itula dia sebab utama. Nak buat aktiviti adventure untuk penuhkan weekend.
- Aku datang sebagai rakyat. Bukan sebab UMNO, PAS, DAP atau PKR apa lagi AMBIGA atau ANWAR.
Siap telan
panadol 2 biji, sarapan, bawak coklat untuk tenaga, bawak kain takut ada tear
gas. Aku naik LRT dari Kerinchi ke Bangsar. Then jalan kaki ke Brickfields
untuk berkumpul dengan group kat sana. Then aku jalan dari Brickfields ke Pasar
Seni. Kelasss~ Kalau takda Bersih mampos aku taknak jalan kaki. Haha. Memang
ramai orang. Rasa macam terhiba pun ada jugak sebab terasa time tu sangat
bersatu dengan semua orang walau tak kenal. Sepanjang perjalanan aku melihat
kumpulan-kumpulan Polis Diraja Malaysia begitu ramai sekali. Tapi diorang
tengok je. Everything is fine.
Kitorang
terus berjalan melalui Petaling Street, then berhenti kat depan Malaysian Bar
Council. Jam lebih kurang 1.30 – 2.00 pm, Orang ramai sangat dah memenuhi kawasan
tu. Turut berada di situ geng-geng #OccupyDataran. Yang aku kenal, Fahmi Reza.
Yezza. Rasa excited dah time tu. Malaysian Bar Council tu hanya lebih kurang
300 m je dari Dataran Merdeka. Tapi Polis dah block jalan dan melarang semua
peserta masuk kawasan Dataran Merdeka. Semua peserta melaungkan perkataan “Hidup
Bersih”, “Hidup Rakyat”, dan “Buka Pintu” (block kat Datarn Merdeka tu). Tak
kurang jugak yang melaungkan “Jatuh BN”
which is aku rasa kurang tepat untuk konsep Bersih ni, tapi part tu tak ramai
orang menyahut. Haha Boo yah!
Perlukah aku
cerita details? Haha. Biarla kan.
Then aku
dengan membe aku gerak pergi Masjid Jamek untuk solat.
Then, after solat, aku dengan
membe aku nak gerak balik ke depan Malaysian Bar Council. OTW tu aku nampak area
belakang Masjid Jamek, ramai dah orang pergi basuh muka. Polis dah lepaskan
tear gas. Sampai depan Bar Council, keadaan dah lengang sedikit sebab, ntah~
Then aku nampak FRU dah bersedia berbaris kat simpang. Aku rasa semua peserta akan
ada 1 alat perakam. Handphone, DSLR atau kamera yang canggih gila. Diorang dah
ready untuk rakam anything kat depan diorang. So, berani kau buat kecoh? Siapa yang berani tu memang aku respect. Tapi dalam masa yang sama aku suspect kau ni mesti kena upah provoke2 orang kan?*aku monolog dalam hati*
Nak
dijadikan cerita, membe aku ni haus. Dia pun ajak aku cari air. So kitorang
gerak ke arah Majid Jamek balik where kitorang jumpa kedai runcit bukak. Lepas
tu senyap je keadaan. Kitorang pun duduk depan kedai bersama-sama orang lain
yang sedang duduk. Jam lebih kurang 3.30 pm. Tiba-tiba aku nampak orang
bertempiaran lari. Nampak dari kejauhan tear gas dah dilepaskan mungkin lagi
sekali. Punca, aku tak tahu. Aku pun, lari la jugak. Drama betul. Aku kena sikit
je tear gas tu. Tapi sakit sengal. Aku rasa orang yang tak lari mungkin dah
pengsan kat tengah jalan. Maksud aku, kalau polis kena tear gas, diorang pun
akan lari macam orang gila. Bodoh apa nak tunggu situ. Mata pedih, the gas was
like choking your throat, and your nose will start to flow. Guess what, semua
orang bawak garam time tu sebab garam boleh neutralkan rasa pedih kat tekak.
Fuh. Pengalaman.
Then aku
rasa aku pusing-pusing jugak kat area Pudu, kembali ke Petaling Street. Kawan
aku ni memang saviour la hari tu, dia cakap nak cari air tebu plak. Eh mengada
pulak tekak kau. Ingat kita tengah bersiar-siar ke? So, instead of terus ke Petaling Street, kitorang patah balik.
And then, tiba-tiba polis lepas tear gas lagi dekat kawasan Petaling Street.
Aku menyaksikan polis berkali-kali
melepaskan tear gas. Aku pun tak tahula kenapa. Then ada peserta yang dah
bengang agaknya, diorang baling balik tear gas tu kat polis. Oppss~ Statement kan. Ni gambar:
Gle gagah bro ni. Panas kot tear gas tuh. Ikut apa aku baca, Kain kuning kat lengan menunjukkan SB=Special Branch=Polis. Adakah ini 1 bukti provokasi? Well lu pikir sendiri.
Aku ngan member aku jumpa beb air tebu. HAHA
After about 10
minutes, tiba-tiba keluar lori water cannon, meluncur laju ke arah kami. Semua
lari tak cukup tanah, dan tanpa disangka-sangka, ada 1 bas melintas selamba
badak depan lori tu, make them stop. Semua orang bersorak. Thanks BAS!! Haha.
Jam time tu dah pukul 4.45 pm. Sebab aku dah penat lari, aku pun cakap ngan
membe aku, aku nak balik. So, aku naik train dari Pasar Seni balik Kerinchi
dengan selamat.
Part aku tu OK je. Alhamdulillah. Serius kitorang demo aman je. Tapi sedih gakla dengar kawasan area Sogo dan Dataran macm huru-hara gila. Kereta polis terbalik la, polis belasah orang, orang belasah polis. What a mess! Then aku jumpa POST nie. Rupa-rupanya polis start tembak tear gas sebab ada orang bagi arahan suruh rempuh kawasan Dataran and ikut post tuh, Anwar. Ntahnye~ OK I need clarification from somebody named Anwar. Politician cannot be trusted. Baik belah kiri, baik belah kanan. Haihhh~
Then after that, mengapakah di tembak kami jugak? Kami tak buat apa-apa pun. *nangeh
As an
observer (poyo), ini adalah apa yang saya rasa setelah poyo-poyo join Bersih:
- Peserta dan penganjur Bersih tak belajar dari kesilapan lama. Dah tau polis akan tutup jalan, halang Bersih, nak jugak buat kat Dataran. Maybe Stadium tu idea bijak jugak. Tapi, well… u know. Nanti mesti ada drama tetiba ada event kat Stadium LOL.
- Polis dan kerajaan tak belajar dari kesilapan lama. Dah tau kalau ko halang pun rakyat akan turun, ko bukak jela jalan. Buat liputan, masukkan dalam Buletin 3 suku, things may be different. People will respect you even more.
- Ada 4 jenis manusia yang pergi Bersih. Pendemo bijak (berhimpun secara aman), pendemo bengong (melakukan provokasi dan mengganas kat polis), Polis bijak (mengawal keadaan dan bersabar), Polis bengong (melayan provokasi dan mengganas kat pendemo). Based on pembacaan aku, ada Special Branch (SB) yang memakai baju Bersih/biasa untuk menyerap ke dalam peserta Bersih. Sama ada diorang yang provoke polis, buat kacau, or tak, wallahua’lam. Tapi tak semua polis bersalah, dan tak semua pendemo bagus. Vise Versa.
- Ramai orang kutuk Bersih. Sebab Buletin Utama ke? Hohoh~ Bersih kali ni memang kucar kacir. Ada effect baik, ada effect buruk. Tapi aku percaya yang keluar Buletin Utama tu yang buruk saje. POLITIK sangat. Padahal KEBEBASAN MEDIA adalah salah 1 tuntutan Bersih. Well, kalau salah tunjuk salah. Kalau betul pun tunjuk betul. kalau pun korang nak kutuk, fine la. Go on. You have a right to express your opinion. So do I hokeyy (gaya mak Jemah). Tapi at least peserta demo Bersih yang korang kutuk tu, yang lari-lari tu, dah tolong buktikan yang media Malaysia ni memang Bias tahap bola lawnbowl. So, sebelum nak kutuk, dari buat dosa mengutuk, kaji la dulu. "Typical Malaysian".
- Bersih tak sepatutnya di politikkan. Tapi tanpa sedar, benda ni tersangat lah politik. Akhirnya rakyat juga jadi mangsa. Benci Politik. Arghhh~
- Aku semakin tak faham dengan permainan dunia politik. But something is wrong la.
- Bila kita baca paper, tengok berita, baca blog, baca status orang, tak kira la pasal Bersih ke, pasal isu semasa ke, jangan nak setuju sangat dan jangan nak emo sangat lah. At least, do some research before you jump into conclusion.
Kepada yang cintakan keamanan, aku jumpa pantun...
Takpe depa sesah duit rakyat
janji aman..
Takpe depa tipu pilihraya janji aman..
Takpe bia jer depa
mnyeleweng janji aman..
Takpe biar jer depa mbunuh janji aman..
Takpe biar je
depa jadi tokey kilang arak janji aman..
Takpe biar jer depa simpan
penyedap janji aman..
Anyway, itulah pengalaman saya. Hihi, Nasib mak tak marah aku join Bersih. Alhamdulillah tak ada apape. Haihhh... Dunia2~
7 comments:
Pencerahan yang nyata dari seorang yang tak menyebelah mana-mana.
Nice. :D
nice one. jujur telus dan amanah. buley jadi citizen journalist nih =)nk aku rekomen kan ko publish kan article nih kat loyarburok.com?
just yg paling penting pesanan aku, lihat, observe, analisa, buat pembacaan, n stop reading those blogs. hang nampak apa yg berlaku, hang rasa apa yg terkena. Blog2 kbnykan adalah ajen2 provocateurs juga. jd yg penting kita ambil tahu apa yg sepatut nya, dan stick dgn apa yg kita belief. violence is never the answer. kte balas dgn kasih sayang dan senyuman =)
Open your eyes, mind and heart towards any injustice, inequality and hatred.
eh ini aku pisang. ter post dlm akaun adk aku pulak
Aww i'm so touched :') TQ
Pisang : Aku ingatkan siapa la nak publishkn post ni kat loyarburok.com. haha. Segan la wey :D
Now I learned something. And pengalaman tu mmg 1 pengalaman y sgt berharga. Seronok jugak jadi activist yek. Thanks to u la sbb 'membe' dlm cerite nih kau.hihi
peace no war!
Seriously Dayah. klu ko dpt publish kan mende nih aku rasa ramai yg nk baca. sbb ayat ko so simple n menarik utk dibaca. pls log on to this website n register.
http://max-cdn.loyarburok.com/wp-content/uploads/2011/10/LB-Guide-Writers-Oct-2011.pdf
sbb kbanyakan article dlm BI, why not skali skale org post dlm BM/ Loyarburok is actually a blog portal where everyone can write anything about opinions, issues n activism. register lah!
pisang!malu la.. :)
salam.erm haah best baca ni.bagus2.tp pantun last tu sape jumpa ktne. mcm tak bpe stuju. sbb kalo semua bnde tak betul negara tak kan aman. kalo aman pon, takde barakah.huhu.
yup,ade denga yg ade ikat kuning kat lengan tu SB..no wonder..dah expect pon.. huhu.
dan ade denga juge, bersih tu PM bg, DBKL yg xbg la ape la..lain2. so elok2 nk dudukbantah, ade kawat duri bagai. jd itu pun mcm telah mencabar duri2 dlm diri peserta untuk mencakau.haha.
bersih jelas dgn objective die.wAllahua'lam
Post a Comment