Le Sponsers

Sunday, November 25, 2012

Legoland Malaysia

Hai Hai Hai !
Sambil tercungap-cungap. Penat la duduk rumah mak ni, asyik makan makan makan. Macam mana nak mainain body nih. Muahahaha salahkan omak ekau pulak kan.

Last deepavali, aku telah menumpang kedua-dua kaki ke rombongan murid darjah 6 SRAI 19 ke Legoland Malaysia! Tahniah untuk saya huurey! Disebabkan itu, saya tak bayar la tiket. Kakak saya yang bayar. Kih3.

Legoland Malaysia terletak di Nusajaya, JB. Waktu pergi ni pun, aku taktau tempatnya kat mana. Aku guna Waze je. Waze ni sangat bijak! So, first things first aku offer korg, diulangi.. offer korg (mcm waze n aku punya haha) untuk download Waze ke smartphone korg kerana ia sangat berguna di kala korang sesat dan di kala korang berada di dalam jam! 


 Once open apps ni, kena sign in lah dulu. Then, dia automatic detect location kita.

Boleh tengok report sepanjang route navigated by waze like accident, police road block, cameras, hazard on the road etc etc.



Kita pun boleh report traffic, accident or what mentioned above. Boleh chat orang kereta sebelah kalau bosan. Mana tau jodoh LOL. Wakaka

Tapi kalau dari KL, keluar ke exit ... Erm korang bukaklah peta k. haha. Tak ingat jalan. Rule aku senang je. Cari signboard g Nusajaya. Ikut je nanti dah dekat-dekat tu adela signboard ke Legoland. Hah senang! :P



Last time aku pergi, kena bawak budak-budak bersiap and mandi kat Masjid Lapangan Terbang Senai sebab bertolak dari KL jam 12 malam. Then, just ikut highway je ke Nusajaya tu senang sangat. Sebab kalau kita ikut jalan dalam, lalu bandar, alamat nya lambat la kome. Sesat lagik. Waze pun takkan tnjuk la jalan dalam tu hahaha.

Legoland beroperasi 7 hari seminggu dari jam 10 pagi ke 8 malam. Kalau boleh, belila tiket online, beli awal-awal. Sebab kalau beli time tu, pehhh kenala datang awal sebab ramainya orang Subhanallah. Pelik aku. 

Tiket untuk masuk ialah RM140 untuk orang dewasa dan RM110 untuk kanak-kanak. Tapi kalau book onine, dapat RM105 untuk dewasa dan RM85.20 untuk kanak-kanak dan veteran more than 60 years old.  Wooo baru tau.

Tapi kalau buat rombongan sekolah, kakak aku dapat harga RM75/person camtuh, sekali dengan RM15 food voucher. Boleh makan dekat mana-mana restoran yang disediakan di dalam legoland. Emm quite berbaloi la jugak sebab bayar sekali je, dalam tu kau main la sampai muntah.

Untuk Singaporean, don't worry and don't bother to change currency because there, they accept Singapore Dollar.

Just for review, Legoland adalah satu tempat yang PANAS. Sebab pokok dia kecik-kecik lagi. Then, tambah pulak ramai orang. Fuh. Tapi, game dia semua best2. Tinggal tak berani nak naik je sebab cam scary sangat, dah tua kan.. takut kena heart attack plak. Ekekeke. Then, kalau dah sampai lambat tu jenuh jugak la nak beratur everytime nak main kan. Standard Genting Highland lah. Letih gila. Sampai aku and akak aku pergi tido jap dalam surau dr kul 12.30 sampai kul 2. Har3.

Kagum juga dengan binaan dalam tu. Semua buat dari lego. Fulamak gigih-gigih. Selain dari jalan-jalan tengok bangunan yang di buat dari lego, banyak juga permainan yang disediakan. Syok!

Untuk sape-sape nak pergi lepas ni, 1 je pesan aku. Sila bawak ice-box yang penuh dgn air tin ke apa ke. haha. Sebab, barang kat dalam Legoland bagi aku adalah sangat mahal. Air pepsi RM5 sebotol, ribena RM6, makan pun boleh tahan. Souvenir? Hmmm..... mahal nak mampus kot. wakakaka. Paling murah aku jumpa keychain bentuk lego kecik RM12++ satu. Aku plak, bawak anak buah aku sorang. Time tu aku tak cucuk duit sangat sebab memang tak berniat nak beli apa-apa kat dalam. Aku bukan peminat lego. And tak minat barang mainan. FYI! Dia semangat nak cari hadiah untuk adik-adik dia. Fuh jenuh nak mencarik. Nasib aku bawak ko sorang je kak. Kalau bawak adik-adik ko botak dah makcik ko ni.

Anyway, for more information, log on to www.legoland.com.my.


Enjoy your visit to Legoland! Eceh cam Legoland bayo aku plak.



No comments:

SukeLagi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DikuasakanOleh