Le Sponsers

Wednesday, February 16, 2011

Saya, Daging, Awak, dan Kanser



Emmm sedap2...
Daging adalah makanan favourite aku. Kalau pergi mcD mesti order double cheese burger, quarter pounder, beef prosperity. Kalau makan nasi mesti nak cari daging kicap ke, daging rendang ke. Sedap kot. Tapi daging ni penyebab kanser dan pelbagai penyakit tau. Wuuu.. Nak makan ikan je pasni. Daging tak  boleh diambil secara berlebihan, sebab :

1) Daging yang dibiarkan terlalu lama akan berubah warna kelabu kehijauan. Pengeluar daging mengambil inisiatif untuk mengekalkan warna daging segar dengan menyuntik nitrit, nitrat dan bahan pengawet lain. Tapi bahan ni bersifat karsinogenik(pendorong kanser). Bakteria dalam perut pemakan daging akan bertindakbalas dengan cecair penghadaman dan menyebabkan kanser.

2)Dalam sekilo stik yang digril dengan menggunakan arang sebagai bahan api, mungkin terdapat benzopyrene (karsinogen yang kuat), sama seperti asap yang dihembus dari 600 batang rokok.

3)Para saintis di makmal kebangsaan lawrence livermore yang terlibat dalam projek memasak beribu ribu paun hamburger selama 5 tahun untuk melihat apakah bahan-bahan beracun yang terhasil dalam daging yang terlebih masak, telah mengenal pasti sekurang-kurangnya lapan bahan kimia yang dikaitkan dengan kanser dan kerosakan kromosom. 

4)Daging boleh menyebabkan penyakit jantung. Kolesterol dalam daging haiwan tidak dapat mengurai sepenuhnya dalam tubuh manusia. Ia melapisi dinding-dinding arteri. Setelah terkumpul dengan begitu lama secara berterusan, ia membentuk plak – tisu lemak yang menyumbat bukaan arteri, hingga menyebabkan sebahagian aliran darah tersekat. Keadaan berbahaya yang dipanggil aterosklerosis ini membebankan jantung yang terpaksa mengepam lebih kuat untuk mengangkut darah melalui pembuluh darah yang tersumbat. Akibatnya, tekanan darah tinggi, strok dan serangan jantung berlaku. 

5)Tekanan darah tinggi sering dikaitkan dengan pengambilan terlalu banyak garam. Tetapi apa yang kurang diketahui ialah aterosklerosis (akibat memakan terlalu banyak daging) juga menjadi salah satu penyumbang yang penting. Garam menaikan tekanan darah dengan menarik air ke dalam darah, dengan itu meningkatkan tekanan pada dinding arteri. Dalam aterosklerosis, bahan longgokan yang menyumbat arteri menyempitkan saluran-saluran darah. Keadaan ini menghalang aliran darah, dengan itu menaikkan tekanan darah.

6)Daging merupakan makanan yang berkalori tinggi. Sesetengah jenis daging mengandungi lebih banyak kalori daripada makanan yang kaya dengan karbohidrat daripada makanan yang kaya dengan karbohidrat seperti nasi, ubi kentang dan roti. Namun daging dan industri tenusu membelanjakan berjuta dolar untuk menyakinkan pengguna bahawa karbohidrat adalah dalang di sebalik pertambahan berat badan yang berlebihan. Mereka yang gemuk mempunyai kadar lebih tinggi penyakit jantung, kencing manis, gangguan hati, pundi hempedu, kanser, artritis dan hampir kesemua penyakit degeneratif lain yang membunuh dan mencacatkan manusia modern. Remaja gemuk mempunyai tempoh jangka hayat 15 tahun lebih singkat daripada remaja bertubuh normal. Kadar kematian bayi adalah jauh lebih tinggi membabitkan bayi yang dilahirkan oleh ibu yang gemuk.


Sumber : Temurun.com

Haaa..xnak makan daging dh kan? Makanlah lebih banyak ikan. Sebab ikan adalah sumber protein dan ia kurang berlemak. Lagipun komfem ikan xkan di suntik macam ayam dan daging. Motif tol la mereka ni. Mementingkan keuntungan. >_<








2 comments:

heart mouth & mind said...

good to share..hehe..baru jumpa dayah kat cni..

Nur Hidayah Bohari said...

wanananana! da follow blog ko...lame da kt cni.hehe

SukeLagi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DikuasakanOleh