Aku sedang taip dalam keadaan emo nie. Cewah... Seringkali berlaku di dalam dunia ni ketidaksefahaman wanita dan lelaki. Statistik menunjukkan pergaduhan antara wanita dan lelaki berlaku 5 kali di dalam masa sesaat(tipu). Pertelingkahan selalunya disebabkan oleh lelaki. Wanita merungut, lelaki tak faham wanita. Aisehh... Setelah 88x wanita tu merungut sekalipun, percayalah kebanyakan lelaki memang tak akan faham atau buat-buat tak faham je sebab mereka tahu inilah sifat semulajadi wanita, iaitu COMPLICATED dan tidak boleh difahami. *bapak sedih gile jadi wanita nie* -__-
Tapi janganla kita sebagai wanita bersedih. *muka gembira balik*. They said we are COMPLICATED. That's because we are and we have to, so be proud of it! :)
Kenapa kitorg nak jadi complicated?
1) Sebab kebanyakan lelaki pelupa.*suka buat-buat lupa*. Kami tak mahu menjadi pelupa kuasa dua belas, nanti suami kami tak sayang kami. Suami suka lupa letak spender kat mana, lupa kunci kereta kat mana, lupa kat mana laci stokin, lupa dah kahwin, lupa ada isteri.lol... Kami suka mengingatkan kaum lelaki sentiasa. ngeh3
2)Sebab kami nak jadi mak yang baik. Wanita kan hati dia lembut dan lebih dekat dengan anak-anak. Mak yang kejut pagi-pagi, mak banyak nasihat, mak jugak yang selalu cover line bila kita pergi jalan-jalan ngan bf/gf. Kan kan kan? Even lelaki pun, kalau ada masalah komfem pergi mengadu kat mak jugak. Sebab tu wanita perlu complicated, serta mempunyai pemikiran yang kritis untuk menjadi pendengar, penasihat serta peng'coverline' yang baik.
3) Sebab perempuan banyak tanggungjawab serta berkaliber. Lelaki lebih cenderung untuk fokus kepada satu perkara dalam satu masa. Contoh, tengok bola. Tak payah cakap dengan beliau time ni, baik cakap dengan kura-kura sebab diorang ngah fokus kot. Lain dengan perempuan yang lebih multitasking. Wanita mampu masak, layan anak, membebel, basuh kain, cuci pinggan, kemas dapur, jawab telefon dalam 1 masa. 7 in 1 tu... Kerja ofis lagi. Cuba bagi lelaki buat. mau terbakar dapur, hari-hari kena panggil bomba. Sian bomba tu.
5) Sebab wanita tulang belakang kepada lelaki-lelaki yang berjaya. Lelaki kalau nak berjaya tak boleh hilang fokus. Contohnya, mereka mudah terganggu terhadap godaan2 wanita. ecece *sile jangan jadi wanita penghilang fokus lelaki*. Sebab tu wanita perlu curiga, cemburu serta bersikap overprotected. Bukan kami nak, tapi kami terpaksa sebab kami perlu memastikan kejayaan teman hidup kami. Chaiyok2 abang!.
4) Sebab kami perlu memperbaiki generic skills kami terutamanya communication skills. Membebel membantu kami bercakap dan berkomunikasi dengan lebih lancar. Dengan membebel, kami juga tidak akan gementar ketika melakukan presentation depan client dan bos. Kami akan terasa lebih berkeyakinan dan berkarisma. Bantulah kami dengan mendengar kami membebel~ yay!
5) Kami perlu berlatih menangis dan beremosi dengan over supaya Yusuf Haslam akan mengambil kami berlakon. Dengan in kami mampu membantu suami untuk meningkatkan ekonomi rumahtangga. Baik kan kami?
5)Sebab kami boleh period. Kami ada alasan untuk emo dan complicated. Lalalalala~ korang tak ade...
hehe
No comments:
Post a Comment