Le Sponsers

Thursday, February 17, 2011

Aku Juga Calon PRK UTM

Assalamualaikum. Jumaat datang lagi. Kenapa Jumaat selalu datang begitu cepat? hoho

PRK UTM 2011/2012 sudah bermula semalam dengan penamaan calon-calon yang bertanding dalam kerusi fakulti dan umum. Well done. Tahniah buat semua calon kerana anda berani untuk bertanding. Percayalah  pengalaman yang korang dapat tu tak semua pelajar boleh dapat. Menang kalah tak penting, yang penting niat kamu tu betul untuk menjadi wakil mahasiswa yang berani menyuarakan suara-suara kecil pelajar UTM. Bangga bila ada junior sendiri bertanding dalam kerusi fakulti, GOOD LUCK juniors!

Saya juga adalah salah seorang calon umum di dalam PRK 2010/2011. Tak percaya?

Ni gambar aku sendiri, sebab tu aku nampak lebih cun dari poster. hoho

Percaya tak? Pernah dapat tak flyers saya? hihi...

Secara jujur kali pertama aku melangkah ke UTM, aku tak pernah terfikir untuk jadi begini berani. Dulu waktu kat sekolah aku sangat skema, study je. Apa sijil yang aku ada? Naib Pengerusi Kelab Pengguna. Librarian. Penolong Ketua Kelas. Itu pun macam tak menyumbang apa-apa je. Setakat buat geli-geli boleh la. Sukan? Owhh aku ni lemah lembut orangnya. Bersilat pun orang kata menari. -__- korang kejam kerana menghukum aku begitu. sobsob

Aku mahu membalas dendam terhadap kerajinan study aku yang melampau dulu. *rajin ker?*Start 1st year aku agak aktif teater, main lawnbowl, then tahun 2, start berjinak-jinak dengan JKM kolej dalam masa sama join juga aktiviti SPE. Tahun 3 mula berjinak dengan program Universiti etc, so berkesempatan kenal dengan akak-akak yang agak aktif di dalam MPP (sebelum ditukar menjadi MPM). Actually sepanjang proses tu aku kenal raaaaaaamai orang. So datangla semangat untuk turut sama bertanding dalam Pilihanraya Kampus.  Respon kawan-kawan? Ntah... pelik gila mungkin. :P
Aku ni pemalu kan, macamana aku boleh bertanding dalam kerusi UMUM? OMG... Abaikan mengapa ia terjadi.
Seriously, pengalaman bertanding di dalam pilihanraya kampus memang tak dapat di jual beli kat mana-mana. Nak ucap terima kasih banyak-banyak tak terhingga ngan kawan2 yang memberi sokongan terutama Fat, Siti, Odah, Aziani, Ida, Aisyah besar dan kecik dll... Sebab banyak tolong aku time tu walaupun busy dgn study. Sian kome dapat kawan gile mcm saya ni. Tapi saya tetap comel kan? hee... thanks teman buat pengucapan umum, stapler poster, tdo lambat. Even tak menang, its ok. Bukan rezeki. Sabor jelah kan. hoho.. Nak salahkan abang tangkap gambar tu, muka aku kat poster nampak cam wanita tak berperasaan. >_< Tapi takpe bang, saya maafkan abang. Dapat jugak buat pengucapan umum 3x. Kat Kafe Meranti, Kolej Perdana, dan Fakulti Sains Sukan. Maaf sebab aku sememangnya tak nampak gorgeous time pengucapan umum tu. Cam ada gajah dalam perut aku. Presentation dalam kelas pun menggeletar, ape lagi cakap depan orang ramai yang tak kenal. Whoooaaaaaa~ *malu gila kot*

Tak salah mencuba kan?? :)

Tak kisahla kalau orang cakap, 'weh dayah ko kalah ek arituuuuu?' *dengan nada yang begitu annoying dan kuat* di hadapan junior2. Nasib baik yang tanya tu bestfren, kalau tak aku sekeh2 dah. Senyum jela. At least aku pernah! Ko pernah?! haha *cover malu*

Lupakan semua tu lupekan~

Mesej nya di sini, 

Adik-adik saya...

Yang kuat beno study tu...

Meh baca blog akak jap... haha

Dengar sini...

Jangan jadi batu di meja study anda...

Pergilah join banyak-banyak aktiviti...

Belajar menyibukkan diri...

Cabar diri untuk manage time dengan keadaan macam tu...

Cabar diri untuk jadi seorang yang outspoken *kalau korang malu2*...

Peluang tak datang cari korang, korang pergila cari peluang...

Believe me, experience, mistakes are always the best teacher. Mana nak dapat kalau duduk diam je? Kan?

Ok bunyik poyo dan bajet dah. 

Ayat last!

Everywhere you go, MAKE A DIFFERENT.

Selamat mengundi! :)




2 comments:

caHayA pembUkaAn haTikU said...

hurm macam penah lihat.. heheh..
betul2 stuju bangat.. student life kat u ni kalo x explore, sangat lah merugikan diri sndiri.. huhu

Nur Hidayah Bohari said...

qalbi!~ pernah undi x? haha..betul2, nama student tp not necessary to study 24 hours...enjoy life to the fullest.hehe

SukeLagi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DikuasakanOleh