Le Sponsers

Monday, February 28, 2011

Entry untuk abah saya

Hari ini 1 MAC 2011. 

SELAMAT HARI LAHIR ABAH

:)

Sabtu aritu mereka kat rumah buat makan-makan tapi aku tak ada sebab tengok teater. Sobsob~Derhaka sungguh. huahua
Tak apa, dah jumpa abah dah semalam. hehuu

Kita selalu pentingkan mak dalam segala perkara. Yela, harus la mak mak mak baru abah kan. hehe. Sayang dua-dua. Abah saya abah yang terbaik saya ada. Dulu abah garang, tapi sekarang tidak lagi. Abah sangat comel. hehe. Teringat aku ketika aku kecil. Masa tu abah boleh dikategorikan sebagai garang gila. Wuu. Mungkin time tu kitorang masih kecil, nakal tahap gaban. Aku la tu yang nakal. Ada sekali tu, aku main hp abah. Time tu tahun 199* something, hp pun kira kalau ada macam bangga gila la kan. Tekan punya tekan hp yang besa boleh baling anjing tu, sim kena block. Lepas tu, buat-buat tak bersalah jela. Time tu aku darjah 2-3 kot. Mana tau apa-apa. Abah tanya aku, Dayah main hp abah ya? *bukti cukup menunjukkan aku yang main* wakaka. Kena marah, lepas tu abah suruh tidur kat luar rumah. Meronta-ronta aku. Then masuk bilik, aku duduk kat atas katil double decker hujung dinding. Mak panggil makan, aku taknak keluar. Sebab abah kata nak potong hidung aku sebab nakal sangat. *Nanti kua makan ilang la idung aku* huahua. Sememeh gile la aku~ Kuat nangis. Kalau pergi mana-mana, nakal sangat, nanti balik tunggu jela. Hmmm. Nak cakap betapa garangnya beliau, dari dulu sampai sekarang kalau mak kejut bangun pagi sejuta kali pun takkan bangun. Kalau abah, nampak bayang abah lalu jer, atau sekali abah berdehem tu, tegak terus aku, terus lipat selimut bangun mandi basuh pinggan kat dapur. huhu

Sekarang abah tak garang macam dulu, maybe sebab kami semua dah besar-besar. Tambah-tambah lagi aku, comel gila kot, mana sampai ati nak marah. hahaha xD

Abah selalu bagi nasihat and ceramah pagi selalunya weekend bila semua orang ada kat rumah. Ingat ayat abah, 'susah dulu senang kemudian'. Ayat wajib tu. Kadang-kadang sesi tu lama sangat, adik aku selalu lari. Atau aku yang buat-buat ada kerja sambil kenyit-kenyit mata kat adik aku dengan ucapan selamat mendengar. hehe. Jahat2.

Tapi saya begitu sayang sekali kepada abah. I can't afford to hear or see anyone hurt him. Yela semua orang pun sama kan. hehe. Time form3, balik dari asrama. Kakna amik, time tu nampak mak dalam kereta. pelik gak, hostel aku kat Shah Alam je, apesal semua orang semangat amik aku. Then masuk beg, Kakna kata, nak pergi hospital ni, abah kat hospital. Terkejut. Diam je dalam kereta. Abah saya sakit jantung. Sampai sana je, abah sedar, and start to talk and bagi nasihat etc. Ayat memang sedih. Wa tak tahan beb. Wa ratu airmata kot. Terus aku masuk toilet kat wad tu, tak keluar sampai abes masa melawat sebab sedih sangat. huhu... >_< 

Saya janji saya nak jadi budak baik!

Tapi sekarang abah sihat alhamdulillah. Semoga Allah panjangkan umur abah saya, semoga sempat saya balas jasa beliau menjaga dan mendidik saya selama ini. Saya sayang abah saya. 

SELAMAT HARI LAHIR ABAH!



Sunday, February 27, 2011

...Layan Saja...

Sedang bajet dia macam hot gila. Sedang perasan ramai orang sedang kejar dia. Tadi dia khusyuk gila baca journal tapi sekarang dia sedang taip blog lepas dapat tau EOR anta next thursday.. Erk, betul ke? Dia tengah banyak berfikir sekarang. Thats what she good at, its a curse and a gift. tapi mane boleh banyak fikir sangat bila buat assignment. Sampai sanggup stop semata-mata ternampak kuku kaki panjang sebelah. Stop baca journal sebab nampak habuk atas meja, amek tisu, lap, then sambung buat kerja balik. Lepas tu stop lagi bila nampak toolbar kat desktop ade 'Facebook(1)' --> eh3 ade org komen status! haha. Damn...! Easily distracted with silly things. 

Mengarut...


Mengarut....



Arghhhh mengarut~


Dia sedang melayan emo dia lagi. Ntah hape-hape la wei. Benda tak payah pk pon, lagi pk lagi serabot. Tapi suke sangat pk, ape kehe ntah. Terasa nak tukar badan ngan Lisa Surihani jap, baru terasa cam cantik and hot gila kuase 18. Hey me, give me a little break. Can arr? =.=

tetbe lagu ni kuar dalam mp3. Thanks mp3!! Cam tau2 je! haha





Fine, layan saja assignment ni...

Lapan Enam


Alamak gamba kecik. Follower dah ada 86~ lalalala...
Thanks my dear follower... blog ni dah berusia 3 tahun, tapi follower dia baru banyak ni...
hahah~
86 mengingatkan aku kepada sese dua orang...
En. Fauzi my theatre club advisor y saya selalu rindu-rindukan and encik hakim a.k.a tulus a.k.a botak a.k.a artis yang hot...
sejak 1st year diorang kecoh pasal angka 86 ni, musykil aku sampai 86 ni menjadi 1 angka yang sangat spesel di dalam hidup kami (aa ayat xle bla)
dah 4 tahun dah aku kat utm, nak abes blaja tp xterurai lagi siapa atau apa atau berapa kah 86 ni..sengal betul... =.=
BAGITAU LA WOOIII~
apa-apa pun aku tak nak follower aku 86 je. haha
moge-moge jadi 8686 atau 86868686...
wakaka








Saturday, February 26, 2011

Terima Kasih Cinta

Kenapa ada filem CINTA, lagu CINTA, sajak CINTA, syair CINTA, teater 'TERIMA KASIH CINTA'?

Because love is something real. They told us about love in so many ways.  Standard of love story in the world. Love and happiness is real. Love and hurt is real. Love needs sacrifice is real. Love and hate is real. Love always doesn't make any senses. Love create happiness and hate. No parameters or instrument to measure it. Difficult to explore compared to oil in a deep reservoir, high temperature and low permeability. 

Do you ever lied to your friends, skip the class, do something stupid for you loved ones?
I did. -_-

LOVE is weird. We don't know why it happened. We still love the person that screwed up with our live because of LOVE and LOVE is always lead to crazy unlogical things.

CINTA TAK BOLEH DIPAKSA~

*mungkin ada yang termuntah2 srkg* -__-

Aaaaaa jiwang la ko ni...Come on, move on, dont be silly. Aku doakan kau rasa sekali, then you will shut up ur mouth. *wooo woooo*

Depends on you la.. kan? 

*emo bila cakap sal cinta nih* 
Well, I am weird. I'm happy to be weird.:)

Cinta kepada Pencipta, itu je yang kekal abadi.

Cinta kepada manusia, tak kena cara, selalu membawa kemusnahan. Aku benci insan yang mencemari keindahan CINTA sebenar. 
 
mood baru lepas tengok teater 'TERIMA KASIH CINTA'

tak tahu nak tulis apa, tapi nak tulis. haha....

sok balik umah!






Wednesday, February 23, 2011

Thank You mr. BANANA!


hahahahahahaha....

Thank you PISANG...

I really appreciate it, but I still improving the content of my blog actually...

blog serabut..hooo

Segan tol... waaarrghhh

Yours is better~ Update la selaluuuu... ^^

Check his blog out guys!~ 


He is my clasmate...

Damn, he is handsome, cute and smart yet still single... woottt woottt
 Isn't that cool~....?

^^

Kenapa wanita COMPLICATED

Aku sedang taip dalam keadaan emo nie. Cewah... Seringkali berlaku di dalam dunia ni ketidaksefahaman wanita dan lelaki. Statistik menunjukkan pergaduhan antara wanita dan lelaki berlaku 5 kali di dalam masa sesaat(tipu). Pertelingkahan selalunya disebabkan oleh lelaki. Wanita merungut, lelaki tak faham wanita. Aisehh... Setelah 88x wanita tu merungut sekalipun, percayalah kebanyakan lelaki memang tak akan faham atau  buat-buat tak faham je sebab mereka tahu inilah sifat semulajadi wanita, iaitu COMPLICATED dan tidak boleh difahami. *bapak sedih gile jadi wanita nie* -__-



Tapi janganla kita sebagai wanita bersedih. *muka gembira balik*. They said we are COMPLICATED. That's because we are and we have to, so be proud of it! :)

Kenapa kitorg nak jadi complicated?

1) Sebab kebanyakan lelaki pelupa.*suka buat-buat lupa*. Kami tak mahu menjadi pelupa kuasa dua belas, nanti suami kami tak sayang kami. Suami suka lupa letak spender kat mana, lupa kunci kereta kat mana, lupa kat mana laci stokin, lupa dah kahwin, lupa ada isteri.lol... Kami suka mengingatkan kaum lelaki sentiasa. ngeh3

2)Sebab kami nak jadi mak yang baik. Wanita kan hati dia lembut dan lebih dekat dengan anak-anak. Mak yang kejut pagi-pagi, mak banyak nasihat, mak jugak yang selalu cover line bila kita pergi jalan-jalan ngan bf/gf. Kan kan kan? Even lelaki pun, kalau ada masalah komfem pergi mengadu kat mak jugak. Sebab tu wanita perlu complicated, serta mempunyai pemikiran yang kritis untuk menjadi pendengar, penasihat serta peng'coverline' yang baik.

3) Sebab perempuan banyak tanggungjawab serta berkaliber. Lelaki lebih cenderung untuk fokus kepada satu perkara dalam satu masa. Contoh, tengok bola. Tak payah cakap dengan beliau time ni, baik cakap dengan kura-kura sebab diorang ngah fokus kot. Lain dengan perempuan yang lebih multitasking. Wanita mampu masak, layan anak, membebel, basuh kain, cuci pinggan, kemas dapur, jawab telefon dalam 1 masa.  7 in 1 tu... Kerja ofis lagi. Cuba bagi lelaki buat. mau terbakar dapur, hari-hari kena panggil bomba. Sian bomba tu.

5) Sebab wanita tulang belakang kepada lelaki-lelaki yang berjaya.  Lelaki kalau nak berjaya tak boleh hilang fokus. Contohnya, mereka mudah terganggu terhadap godaan2 wanita. ecece *sile jangan jadi wanita penghilang fokus lelaki*. Sebab tu wanita perlu curiga, cemburu serta bersikap overprotected. Bukan kami nak, tapi kami terpaksa sebab kami perlu memastikan kejayaan teman hidup kami. Chaiyok2 abang!.

4)  Sebab kami perlu memperbaiki generic skills kami terutamanya communication skills. Membebel membantu kami bercakap dan berkomunikasi dengan lebih lancar. Dengan membebel, kami juga tidak akan gementar ketika melakukan presentation depan client dan bos. Kami akan terasa lebih berkeyakinan dan berkarisma. Bantulah kami dengan mendengar kami membebel~ yay!

5) Kami perlu berlatih menangis dan beremosi dengan over supaya Yusuf Haslam akan mengambil kami berlakon. Dengan in kami mampu membantu suami untuk meningkatkan ekonomi rumahtangga. Baik kan kami?

5)Sebab kami boleh period. Kami ada alasan untuk emo dan complicated. Lalalalala~ korang tak ade... 

hehe





Kenapa awok suka UTM? Kate Usop.

Entry khas buat pelajar UTM dan bekas pelajar UTM. Lecturer UTM, makcik kafe UTM, abang kedai photostate kat UTM, apa-apa yang menunjukkan anda ada kaitan dengan UTM. Boleh? hehe

Kenapa anda suka saya?
Kenapa anda pilih saya? Kenapa kenapa kenapa?
Adakah saya begitu cantik dan comel sekali? Tanya UTM kepada anda.



Saya memerlukan komen anda tentang UTM. Survey la ni.
Yela, setiap orang ada sebab sendiri. Why you are here at the first place.
Contohnya saya, saya pilih UTM sebab dulu abang saya study  kat sini. So dia kata UTM best. Boleh study dengan tenang sebab UTM banyak pokok. UTM ada Petroleum Engineering. Then, UTM sebelah Singapore kot, dekat dengan Desaru, Air Terjun Kota Tinggi, ada lecturer best, ada Jusco ebrau City, Sutera Mall, dan City Square kotttttt......
KL tak ada kotttt semua tu...

Korang? Kenapa korang suka UTM? Ce cite ce cite... 
:)

Sebarang komen boleh post kat FB saya atau blog saya ni la. Jangan komen kat FB awok pulak camana saya nak baca. Yang penting korang komenla kalau tak apa saya nak baca nanti sebab saya nak baca komen awak ni. Kamon2... :) 

Terima kasih!

Tuesday, February 22, 2011

when we hold the camera












Cameraman : Odah, Dayah, Fat, Yat
Camera used : CANON G10
New target : Buy the real DSLR. ;')

Sunday, February 20, 2011

Pro-M vs Evo-M

Assignment tak siap lagi, blog siap taip.. hoho
Nak buat macamana, Sometimes I Think Too Much~. Tak boleh buat assignment la fikir benda-benda yang berlaku kat dunia ni. ecewahhh~

Cuba cek link-link ni, mungkin ia akan buat kita berhenti berfikir sekejap. 






Lepas tu korang pergila buka FB, kalau korang add Pro-Mahasiswa UTM ngan Aspirasi UTM, diorang bergurau senda kat wall home kita. hoho
Gurauan penuh isi...
yang itu kata begini...
yang ini kata begitu...
kau pecahkan rahsia tuuttt tuttt...
kau bersalah, siap kau.. ultraman fired!!!

Sama jugak macam kita tengok kat parlimen, orang kat parlimen pun suka bergurau-gurau jugak...
Miaaaawwww~

=.=

Apa nak jadi dunia sekarang ni?
Semua orang nak membetulkan diri sendiri, yang mana betul sebenarnya?
Kalau junior-junior, and pelajar yang tidak mengambil tahu isu kampus, politik, mereka akan undi calon yang ensem dan cantik jer..*LOL patut aku tak menang tahun lepas* wakaka
Kalau yang ambil tahu pulak, masing-masing sokong calon masing-masing. Yela, what the fish aku nak sokong calon kau kan? *tetbe.bukan aku~* 

Betul ke Pro-M tu  semua betul?
Betul ke Evo-M tu bagus?
Betul ke UMNO?
Bagus ke PAS?

I don't think we can judge people like dat. I don like black, I love white... So I will buy handbag, shoes, dress, shawl ALL OF THEM SHOULD BE WHITE. 

Err...

But sometimes black suits with white also... hmmmm
What about purple?yellow?
hem hem~

People are genius enuff to judge rite~
Mestila kita nak pilih yang perfect...
Oren atau Merah tak penting~



*penin*

Maybe sumone can tell me more about this..YOU?
ce cite ce cite... ^^


Semoga calon-calon yang saya undi tadi dapat memimpin dengan betul. Amin

yang tak keluar mengundi tu, haihhh~
Wa tatau nak cakap ape ooo same lu olang...
baju basah la, jalan nak ke fakulti retak la, anak kucing lari rumah la...
=.=
kamooooonn....~

Semua makhluk dicipta berpasangan, termasuk ASAM. woot woottt

Comelnye...

Saturday, February 19, 2011

Makan bawah tangga sudah~


Jika anda berkunjung ke Johor Bahru, dan menyayi lagu Keliru by Ajai dan Nurul sepanjang jalan kerana tak tahu mana nak makan, saya ada jalan penyelesaian untuk anda.
Datanglah ke Restoran Bawah Tangga di Setulang, Johor Bahru.

Tempat ni dah dekat sangat dengan The Zone. Banyak gila kedai makan kat Setulang. Sayam, blablabla... Kedai ni kat belakang kedai Sayam. Aaaa...Carila ek. :)




Ok nama tu aku yang bagi. Sebab restoran tu tak ada nama. huhu


Bawah tangga kan? Jangan risau sebab makanan dia sangat sedap. Don't judge a kedai by it's look...

See...

 


 Abang saya yang belanja. Nanti belanja lagi. Muahahaha

 With Nia my niece.

 Dina and Alan. Alan cant be separated from his PSP even while having dinner. He and uncle Faizall will love each other.LOL
Superb!
Do come here and try okay!

Actually we're here because we want to be here! haha
Tomorrow is Alan Birthday. I just come over to lend a camera from my brother(have a big even in KL next week. Sedih tak ade camera sendiri :'( hoo). then, just hav a dinner together. The main celebration already done that evening.

Hadiah tak ada sebab cik Dayah belum kerja. lalalala ~ :P

Anyway,

HAPPY BIRTHDAY ALAN!!

Thursday, February 17, 2011

Aku Juga Calon PRK UTM

Assalamualaikum. Jumaat datang lagi. Kenapa Jumaat selalu datang begitu cepat? hoho

PRK UTM 2011/2012 sudah bermula semalam dengan penamaan calon-calon yang bertanding dalam kerusi fakulti dan umum. Well done. Tahniah buat semua calon kerana anda berani untuk bertanding. Percayalah  pengalaman yang korang dapat tu tak semua pelajar boleh dapat. Menang kalah tak penting, yang penting niat kamu tu betul untuk menjadi wakil mahasiswa yang berani menyuarakan suara-suara kecil pelajar UTM. Bangga bila ada junior sendiri bertanding dalam kerusi fakulti, GOOD LUCK juniors!

Saya juga adalah salah seorang calon umum di dalam PRK 2010/2011. Tak percaya?

Ni gambar aku sendiri, sebab tu aku nampak lebih cun dari poster. hoho

Percaya tak? Pernah dapat tak flyers saya? hihi...

Secara jujur kali pertama aku melangkah ke UTM, aku tak pernah terfikir untuk jadi begini berani. Dulu waktu kat sekolah aku sangat skema, study je. Apa sijil yang aku ada? Naib Pengerusi Kelab Pengguna. Librarian. Penolong Ketua Kelas. Itu pun macam tak menyumbang apa-apa je. Setakat buat geli-geli boleh la. Sukan? Owhh aku ni lemah lembut orangnya. Bersilat pun orang kata menari. -__- korang kejam kerana menghukum aku begitu. sobsob

Aku mahu membalas dendam terhadap kerajinan study aku yang melampau dulu. *rajin ker?*Start 1st year aku agak aktif teater, main lawnbowl, then tahun 2, start berjinak-jinak dengan JKM kolej dalam masa sama join juga aktiviti SPE. Tahun 3 mula berjinak dengan program Universiti etc, so berkesempatan kenal dengan akak-akak yang agak aktif di dalam MPP (sebelum ditukar menjadi MPM). Actually sepanjang proses tu aku kenal raaaaaaamai orang. So datangla semangat untuk turut sama bertanding dalam Pilihanraya Kampus.  Respon kawan-kawan? Ntah... pelik gila mungkin. :P
Aku ni pemalu kan, macamana aku boleh bertanding dalam kerusi UMUM? OMG... Abaikan mengapa ia terjadi.
Seriously, pengalaman bertanding di dalam pilihanraya kampus memang tak dapat di jual beli kat mana-mana. Nak ucap terima kasih banyak-banyak tak terhingga ngan kawan2 yang memberi sokongan terutama Fat, Siti, Odah, Aziani, Ida, Aisyah besar dan kecik dll... Sebab banyak tolong aku time tu walaupun busy dgn study. Sian kome dapat kawan gile mcm saya ni. Tapi saya tetap comel kan? hee... thanks teman buat pengucapan umum, stapler poster, tdo lambat. Even tak menang, its ok. Bukan rezeki. Sabor jelah kan. hoho.. Nak salahkan abang tangkap gambar tu, muka aku kat poster nampak cam wanita tak berperasaan. >_< Tapi takpe bang, saya maafkan abang. Dapat jugak buat pengucapan umum 3x. Kat Kafe Meranti, Kolej Perdana, dan Fakulti Sains Sukan. Maaf sebab aku sememangnya tak nampak gorgeous time pengucapan umum tu. Cam ada gajah dalam perut aku. Presentation dalam kelas pun menggeletar, ape lagi cakap depan orang ramai yang tak kenal. Whoooaaaaaa~ *malu gila kot*

Tak salah mencuba kan?? :)

Tak kisahla kalau orang cakap, 'weh dayah ko kalah ek arituuuuu?' *dengan nada yang begitu annoying dan kuat* di hadapan junior2. Nasib baik yang tanya tu bestfren, kalau tak aku sekeh2 dah. Senyum jela. At least aku pernah! Ko pernah?! haha *cover malu*

Lupakan semua tu lupekan~

Mesej nya di sini, 

Adik-adik saya...

Yang kuat beno study tu...

Meh baca blog akak jap... haha

Dengar sini...

Jangan jadi batu di meja study anda...

Pergilah join banyak-banyak aktiviti...

Belajar menyibukkan diri...

Cabar diri untuk manage time dengan keadaan macam tu...

Cabar diri untuk jadi seorang yang outspoken *kalau korang malu2*...

Peluang tak datang cari korang, korang pergila cari peluang...

Believe me, experience, mistakes are always the best teacher. Mana nak dapat kalau duduk diam je? Kan?

Ok bunyik poyo dan bajet dah. 

Ayat last!

Everywhere you go, MAKE A DIFFERENT.

Selamat mengundi! :)




I got email from CEO of Global Access Finance! OMG~

Ramai betul orang jahat dalam dunia ni sekarang. 
Perhatikan email tersebut. Perhatikan betul-betul.
Click to enlarge, kang rabun lak.
CEO celah mana rajin sangat mesej aku kat Linkedin aku ni. Bangga betul rasanya. Muahahaha

SCAM!

Remember i told ya b4? SCAM and UK is very common thing. 
why?
Maybe because of the currency... 
and the guy from UK is handsomeeeeeeeeeeeeeeeeeee... ^^
Jangan Tertipu.
Tipah dah pesan banyak kali dah kan.
Tengok nombor telefon tu. 
start with +4470 --->SCAM!

Kalau banyak duit bagi aku, jangan bagi si scammer ni.

Jadi, sila maki penghantar email ni ramai2. No manner kan diorang ni!

:)

CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ~ Abaikan kertas di belakang cermin kereta anda!

" AMARAN DARI PIHAK POLIS - BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA "

-- CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN ) Sedarlah semua! Tolong sebar2kan... ... . Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur.

Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita.. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi.

Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda.

Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!


BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN

Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca email ini.

Saya harap anda akan kongsi maklumat ini kepada kawan2 dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain.

Zaman la mcm2 boleh jadi.Kena banyak beringat. Haaaihhhh~
Naik basikal jelah -___-





Hurry! Click on this link & you could be the lucky ones to drink your cup of #MiloFuzeJamPack while playing with your spanking new iPad!

Hurry! Click on this link & you could be the lucky ones to drink your cup of #MiloFuzeJamPack while playing with your spanking new iPad!

This is another way to make a side income. It's true! Takkan I nak tipu pulak youalls~
Click tau tau tau! :)

Wednesday, February 16, 2011

4 Dara Pingitan di Sebalik Awan Genting

Sejuk youalls duduk dalam awan...
hihihi
4 dara pingitan spending times together!
Setelah lebih kurang 3 tahun setengah bersama, inilah percutian kami yang pertama! yang paling jauh dari UTM! Yang paling poyo! Yang paling paling paling heaven and best... 
Cam romantik rasanya hang out berempat dengan minah2 gorgeous ni. Genting je youalls? Lepas ni kita g LA jom. Boleh jumpa sheldon! hee


Apa pun, sayang korang lebih. Sebab tu aku bagi korang interprem dalam blog aku. hahaha!
Hope until tua pun kita akan still keep in touch. Pasni jumpa bawak anak masing-masing, suami takyah bawak.. Fat jangan lupa buat blog, pisang dah tanya url ko tuuuu~ :P *pisang pinjam nama ko jap eh* haha


-I appreciate ALL of YOU-
<3 much!

















Saya, Daging, Awak, dan Kanser



Emmm sedap2...
Daging adalah makanan favourite aku. Kalau pergi mcD mesti order double cheese burger, quarter pounder, beef prosperity. Kalau makan nasi mesti nak cari daging kicap ke, daging rendang ke. Sedap kot. Tapi daging ni penyebab kanser dan pelbagai penyakit tau. Wuuu.. Nak makan ikan je pasni. Daging tak  boleh diambil secara berlebihan, sebab :

1) Daging yang dibiarkan terlalu lama akan berubah warna kelabu kehijauan. Pengeluar daging mengambil inisiatif untuk mengekalkan warna daging segar dengan menyuntik nitrit, nitrat dan bahan pengawet lain. Tapi bahan ni bersifat karsinogenik(pendorong kanser). Bakteria dalam perut pemakan daging akan bertindakbalas dengan cecair penghadaman dan menyebabkan kanser.

2)Dalam sekilo stik yang digril dengan menggunakan arang sebagai bahan api, mungkin terdapat benzopyrene (karsinogen yang kuat), sama seperti asap yang dihembus dari 600 batang rokok.

3)Para saintis di makmal kebangsaan lawrence livermore yang terlibat dalam projek memasak beribu ribu paun hamburger selama 5 tahun untuk melihat apakah bahan-bahan beracun yang terhasil dalam daging yang terlebih masak, telah mengenal pasti sekurang-kurangnya lapan bahan kimia yang dikaitkan dengan kanser dan kerosakan kromosom. 

4)Daging boleh menyebabkan penyakit jantung. Kolesterol dalam daging haiwan tidak dapat mengurai sepenuhnya dalam tubuh manusia. Ia melapisi dinding-dinding arteri. Setelah terkumpul dengan begitu lama secara berterusan, ia membentuk plak – tisu lemak yang menyumbat bukaan arteri, hingga menyebabkan sebahagian aliran darah tersekat. Keadaan berbahaya yang dipanggil aterosklerosis ini membebankan jantung yang terpaksa mengepam lebih kuat untuk mengangkut darah melalui pembuluh darah yang tersumbat. Akibatnya, tekanan darah tinggi, strok dan serangan jantung berlaku. 

5)Tekanan darah tinggi sering dikaitkan dengan pengambilan terlalu banyak garam. Tetapi apa yang kurang diketahui ialah aterosklerosis (akibat memakan terlalu banyak daging) juga menjadi salah satu penyumbang yang penting. Garam menaikan tekanan darah dengan menarik air ke dalam darah, dengan itu meningkatkan tekanan pada dinding arteri. Dalam aterosklerosis, bahan longgokan yang menyumbat arteri menyempitkan saluran-saluran darah. Keadaan ini menghalang aliran darah, dengan itu menaikkan tekanan darah.

6)Daging merupakan makanan yang berkalori tinggi. Sesetengah jenis daging mengandungi lebih banyak kalori daripada makanan yang kaya dengan karbohidrat daripada makanan yang kaya dengan karbohidrat seperti nasi, ubi kentang dan roti. Namun daging dan industri tenusu membelanjakan berjuta dolar untuk menyakinkan pengguna bahawa karbohidrat adalah dalang di sebalik pertambahan berat badan yang berlebihan. Mereka yang gemuk mempunyai kadar lebih tinggi penyakit jantung, kencing manis, gangguan hati, pundi hempedu, kanser, artritis dan hampir kesemua penyakit degeneratif lain yang membunuh dan mencacatkan manusia modern. Remaja gemuk mempunyai tempoh jangka hayat 15 tahun lebih singkat daripada remaja bertubuh normal. Kadar kematian bayi adalah jauh lebih tinggi membabitkan bayi yang dilahirkan oleh ibu yang gemuk.


Sumber : Temurun.com

Haaa..xnak makan daging dh kan? Makanlah lebih banyak ikan. Sebab ikan adalah sumber protein dan ia kurang berlemak. Lagipun komfem ikan xkan di suntik macam ayam dan daging. Motif tol la mereka ni. Mementingkan keuntungan. >_<








Nak Cermin Tak? Boleh Tengok Kau tu Buruk ke Tak...

I love music because thats how i express my feelings. Aku jiwang. -___- hoho
Saya percaya anda juga jiwang, anda cuma taknak mengaku je.
I am in deep depression and dilemma. Trapped in my own world. Am I weirdo girl? Whatever... I don't care what people will say about me anymore. Kadang-kadang blog ni jadi tempat pengaduan rasmi aku, mengarut, cakap bukan2. Biala kan. Blog aku kan. Takkan nak tulis kat blog orang lain pulak. Ke ko nak bagi aku tulis kat blog ko? So bila stress aku suka dengar lagu yang stress supaya aku dapat menghayati ke'stress'an aku. Aku stress kot sekarang. Saje nak stress tak bole ke? Mengarut banyak ni maksudnya stress. Paham x paham x?

>_<
-___-

;'(
:)

Lagu ni best weh...
Heee~

Can't make my own decisions or make any with precision
Well, maybe you should tie me up so I don't go where you don't want me
You say that I've been changing, that I'm not just simply aging
Yeah, how could that be logical?
Just keep on cramming ideas down my throat

Wo-o-o-ho-oh


You don't have to believe me

But the way I, way I see it
Next time you point a finger
I might have to bend it back
Or break it, break it off
Next time you point a finger... I'll point you to the mirror

If God's the game that you're playing

Well, we must get more acquainted
Because it has to be so lonely... to be the only one who's holy
It's just my humble opinion, but it's one that I believe in
You don't deserve a point of view, if the only thing you see is you

Wo-o-o-ho-oh


You don't have to believe me

But the way I, way I see it
Next time you point a finger
I might have to bend it back
Or break it, break it off
Next time you point a finger... I'll point you to the mirror

This is the last second chance

(I'll point you to the mirror)
I'm half as good as it gets
(I'll point you to the mirror)
I'm on both sides of the fence
(I'll point you to the mirror)
Without a hint of regret... I'll hold you to it

I know you don't believe me

But the way I, way I see it
Next time you point a finger
I might have to bend it back
Or break it, break it off
Next time you point a finger... I'll point you to the mirror

I know you won't believe me

But the way I, way I see it
Next time you point a finger
I might have to bend it back
Or break it, break it off
Next time you point a finger... I'll point you to the mirror

Nak cermin tak?

SukeLagi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DikuasakanOleh