24 Februari 2011
Subjek keusahawanan membawa kami ke kota Kuala Lumpur. 2 minggu sebelum perjalanan ini, kami telah membuat temujanji dengan seorang usahawan berjaya, En. Hassan bin Chachok. Beliau adalah Managing Director of Geowell Sdn Bhd. Idea untuk menemuramah beliau datang dari teman sebilik saya Siti Saodah Tajudin, yang pernah bekerja di Geowell selama 2 bulan ketika latihan industri semester yang lalu.
25 Februari 2011
Permulaan hari ini kurang baik. Temujanji kami bermula pada jam 11.00 pagi. Tanpa disangka-sangka kami terlambat bangun pada pagi tersebut. Namun, kita harus percaya pada kuasa Tuhan. Malam sebelumnya, saya terlupa menutup cermin kereta di sisi penumpang. Tepat jam 9.00 pagi, saya mendengar bunyi seolah-olah siren yang sangat kuat. Saya sangka ia datang dari pengecas hp serta bateri kamera yang saya pasang pada malam tadi, rupa-rupanya datang dari telefon rumah. Pengawal keselamatan memberitahu saya bahawa cermin kereta tidak ditutup. Nasib baik saya terlupa, kalau tak siapa nak kejut kami pagi tu? Everything happen for a reason kan? Nasib baik tak ada barang yang hilang, kalau tak nak nangis juga rasanya.
Perjalanan dari Petaling Jaya ke TTDI mengambil masa lebih kurang 20 minit, kami sempat sampai 15 minit sebelum temujanji. Pertama kali melihat Haji Hassan bin Chachok, saya rasa amat tenang. Muka beliau bersih, berlainan sekali dengan imej yang saya bayangkan. Beliau hanya berbaju melayu coklat pada hari tersebut, dengan kepala ditutupi songkok hitam. Barangkali jika kita terjumpa beliau di kiri kanan jalan, kita tak akan pernah menyangka beliau adalah seorang Managing Director di sebuah syarikat Oil and Gas di Malaysia.
Berketurunan Bugis, berasal dari Sulawesi Selatan, beliau mempunyai latar belakang akademik di dalam bidang akauntan dan sastera. Tidak aneh la bila temuramah dijalankan di dalam Bahasa Melayu, kerana menurut beliau, ‘saya cinta bahasa melayu’. Perbualan dengan beliau dijalankan lebih kurang selama 1 jam. Pelbagai cerita dikongsi dari sudut peribadi, business dan lain-lain lagi. Apa yang membuat saya tertarik untuk menulis mengenai beliau ialah, sepanjang perbualan kami, beliau tidak pernah berhenti menyebut setiap kejayaan beliau adalah di atas izin Allah, kelebihan yang beliau ada juga dari Allah, kebergantungan beliau terhadap kuasa Allah, dan bagaimana cintanya beliau terhadap Al-Quran dan Islam. Saya sangat menghormati beliau, beliau sangat rendah diri dan pandai memberi nasihat. Temubual tu turn out like a father giving his daughter some advices in life. Tak puas rasanya nak berbual.
Kata beliau, sebagai manusia, 10% daripada kejayaan kita setiap hari berpunca dari segala kerja yang kita lakukan sepanjang hari. Tetapi, 90% adalah kerja kita di waktu malam, solat, serta amal soleh. (Macam ini tau baru boleh jadi orang berjaya). Kalau saya bertanya kepada diri saya sendiri, lengkapkah 100% kejayaan saya setiap hari? Bagaimana dengan anda?
Beliau juga memberi nasihat, untuk berjaya di dalam suatu bidang, jadilah sebahagian dari ahlinya. maksudnya kita perlu betul-betul mendalami bidang kita, belajar dan terus belajar. Tapi apa yang kita lihat sekarang?
“Suatu hari seorang lelaki Arab Badwi datang bertanya kepada Nabi: “Bilakah hari kiamat?” Ketika itu Nabi sedang berucap, dan tidak mengendahkan soalan itu. Namun setelah tamat berucap Nabi berkata: “Manakah orang yang bertanya mengenai hari kiamat tadi?” Lelaki itu berkata: “Aku wahai Rasul Allah”. Nabi menjawab: “(Kiamat akan datang) Apabila amanah telah disia-siakan”. Orang itu bertanya lagi mendapatkan penjelasan: “Bagaimanakah mensia-siakan amanah itu?” Nabi menjawab: “Apabila urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah kiamat.” – (Maksud Hadis Bukhari dan Ahmad)
Saya juga tertarik dengan kata-kata beliau, setiap nafas adalah TAWAKAL. Betul kan? Bukan selepas berusaha untuk menjawab test je perlu tawakal, tetapi seharusnya setiap Nafas adalah Tawakal. Tersedar aku dari lamunan tipu daya dunia seketika. Meeting him was a bless.
Beliau juga telah membuat kajian dan artikel mengenai 'Hakikat Tauhid yang Menjadi Dasar Tawakal'. Menarik, tapi belum sempat nak baca habis lagi. Ada masa nanti saya tolong kupaskan. :)
Percaya tak, kadangkala ada satu masa kita rasa sangat lost, tension, tertekan, hilang arah...(eh sama lah dengan lost). Kita berdoa untuk mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah. Allah menolong dan menyedarkan kita di dalam banyak cara. Ustaz aku cakap dulu, mungkin kita akan terbaca artikel tentang masalah orang lain tapi ada kaitan dengan masalah kita, ada kawan kita bagi nasihat tiba-tiba, atau... hmm macam2la. Macam ni, terjumpa En. Hassan. Dia bagi nasihat yang sangat-sangat berguna.
So, sentiasa la percaya dengan kuasa Allah dan perancangan Dia adalah yang terbaik... :)
p/s : sungguh fail mengarang ayat skemas. muahahaha. gambo dalam memory card lagi. nnti upload kemudian. :P
1 comment:
Salam, Haji Hassan baru sahaja kembali kerahmatullah pada 24 Ramadhan 1441h semoga rohnya ditempatkan di kalangan hambaNya yg beriman dan beramal soleh.
Post a Comment