Semalam ku bermimpi…
Ayah aku marah aku panjat-panjat bumbung. Aku pun tak tahu kenapa tetiba aku panjat bumbung tu. Yang pasti aku ingat adik aku yang suruh. Adik aku suruh aku buat benda-benda pelik lepas tu ayah aku marah aku gila-gila punye begitu dahsyat sekali, lalu aku berlari ke bilik sedangkan orang lain nak makan malam, aku menangis teresak-esak macam ape je, tiba-tiba aku terjaga.
Dah pukul 9.45 pagi, Monday. Erk…bangun lambat lagi, ape de kes.
Dalam mimpi pun abah nak marah aku. Sedih-sedih. Hoho
Hari ini kita cerita pasal abah saya. Abah saya memang garang. Kalau pagi-pagi dia berdehem je, aku lintang pukang bangun pagi pergi mandi. Tapi kalau mak aku menjerit 100 kali dengan frekuensi tinggi dan gelombang tajam-tajam pun aku boleh tidur dengan nyenyak.teheee~
Nak dijadikan blog, suatu hari saya balik lambat. Suatu hari, saya balik lambat lagi. Suatu hari lagi, saya balik lambat lagi. Agak cuak di situ, tapi berasa agak pelik jugak sebab abah tidak menunjukkan apa-apa respon.
Suatu hari, sedang saya duduk di ruang tamu sambil main facebook, TV3 menyiarkan berita kehilangan seorang gadis. Gadis itu dijumpai mati dan di rogol. Tiba-tiba, abah bersuara…
Duhai anakku yang cantik dan manis,
Dengar berita tu. Bukan abah tak bagi balik lewat malam. Tetapi macam-macam kes yang berlaku di luar sana dan abah tak mahu anak abah yang cantik dan gorjes ini terlibat sama. Abah sayang Dayah.
Gulp~
Anda diperhatikan ya, sila ambil perhatian..hooo
Sayu sungguh saya mendengar kata-kata abah. Baik saya tidak akan balik lambat lagi. Lagi-lagi sepanjang aku balik lambat tu aku drive sendiri, patutla pun. Walaupun aku rasa cam cool je drive sorang, independent katenye, tapi kemungkinan untuk jenayah berlaku terhadap aku tetap ada. Woman out there!! Baik2 drive sensorang ok! Oleh itu, lepas ni sape-sape nak ajak saya keluar boleh buat rancangan balik sebelum kul 7 malam atau sila ambil dan hantar saya. Hahaha...
Sekian. Itulah kisah yang berkaitan dengan mimpi saya malam tadi. Hahaha
1 comment:
versi perasan...ho3...
Post a Comment