18/11/2011
9.40 pm
UTM Skudai
Kerana Dia aku masih berpeluang menghirup udara segar hari ini. Kerana Dia aku, Fat, Odah, Yat masih boleh pergi kelas hari ini mendengar kuliah Prof Ahmad Kamal tentang viscosity and the factors that control them. Kerana Dia aku boleh pergi makan char kuey teow dengan Odah ptg tadi di Karnival Keusahawanan. Kerana Dia aku boleh tulis blog aku ni and share kat korang apa yang berlaku ketika kami pulang dari KL ke JB semalam. Ayat first aku kat adik aku, wooo best experience ever! (sebab bergambar kat tepi hway dengan angin yang kencang syuuuuu syuuu best gila kot.hihi). Ayat adik aku, if you unlucky it will be the last best experience ever! Ciss...betul jugak tu. Tak betul jugak, it will be Tragedy on 17 January 2011. huhu
Alhamdulillah selamaaaaaaaaaaatttt~ Terima kasih Ya Allah kerana beri kami peluang untuk hidup.
Apa yang terjadi? Baik mari saya cerita. hihi
17 Jan 2011
Hari ini kami berempat mahu pulang ke JB selepas kenduri aqiqah anak buah baru aku, serta tahlil arwah abang ipar. Bertolak jam 9 pagi dari Plaza Tol Sg. Besi. Berharap untuk sampai cepat kerana Hayati kunkun nak pergi Korea (Seoul Garden), lunch wif her FDP Group. So perjalanan lancar, sempat singgah makan nasi goreng and beli lemang serta ketupat kat RnR Seremban. Then bermula kembali perjalanan kami, macam biasa la. Sampai di kilometer berapa tak tahu, Saodah si cantik manis yang tengah drive ni mencuba memotong sebuah lori. Elok je lalu tepi lori, bunyi getah flapping through the air...sangat kuat. Mana la tahu tayar pecah, ingatkan bunyik lori tu. Then bau-bau getah, tak berjaya potong lori, kami berhenti di tepi highway. Rupo2nya tayar belakang belah penumpang pecah. Dasat Ooo..Sentap jap tengok tayar tu. Kejadian berlaku di Kilometer 181.9, beberapa kilometer dari exit Jasin. Nasib bukan tayar depan, kalau tak mungkin kereta sudah hilang kawalan and kami semua sekarang tak tahu la kat mane. huhu..
Lihatlah betapa hepinya kami duduk tepi highway tersebut. Haha... Sempat bergambo pulak. Patutnya bersedih la sikit. Adoi.. Sapela makan kambing banyak sangat ni sampai tayar pon tak tahan. Terima kasih kepada pakcik Plus Ronda yang datang menyelamatkan kami. Salute ah... hehe Demi tak mahu menanggung risiko drive dari Jasin ke JB dengan menggunakan tayar ganti yang nipis tu, kami pun singgah Tangkak tukar tayar. Duit burn takpe, boleh carik lagi. Tapi kalau nyawa melayang sia-sia je 4 tahun study UTM, hancur harapan mak ayah kami. wuwuwu
Pengajarannya, sila periksa tarikh luput tayar kereta anda dan tukar tayar apabila sampai waktunya. Dan kalau anda stuck di tengah highway PLUS, lihat di tiket anda no plus bantuan dan jangan tengok je, sila lah telefon mintak bantuan. Pakcik-pakcik tu sume ensem and baik hati.gagaga...Siapa nak autograph kami boleh jumpa kat fakulti esok. hihi.. tetbe je kau ni!!
Buat assignment jom....... ^^
No comments:
Post a Comment