Le Sponsers

Wednesday, January 2, 2013

Tahun Baru Tanpa Drama

Assalamualaikum WBT.

Post Pertama pada tahun 2013.
Setelah kita bercerekarama dan berdrama swasta pada tahun 2009, 2010, 2011 dan 2012, eloklah kiranya kita hidup di dunia nyata pada tahun 2013 ini. haha.

Kalau cakap pasal tahun baru ni, semua nak berazam bagai. Aku pun nak jugak. Tapi selepas aku baca post kat FB menyatakan bahawasanya di dalam Islam kita tidak di ajar untuk berazam di tahun baru, malah kita digalakkan memperbaiki diri, dan bermuhasabah setiap hari. Lepas tu tak jadi la aku nak berazam. Wahahaha. Walaubagaimanapun, setelah aku bergelar tunangan orang, dan tak lama lagi nak bergelar isteri orang pulak, maka aku dah lama jugaklah memulakan langkah berubah kepada yang lebih baik ni. Tapi bangun tetap lambat jugak time weekend. Ok ok yang tu under progress. >_< wakakaka.

Sesungguhnya tak mudah untuk kita memulakan langkah untuk berubah kepada insan yang lebih baik. Malah bila kita start untuk menjadi lebih baik, time tu la ujian dan dugaan tu datang bertimpa-timpa. Time tu lah rasa cam yaAllah godaan syaitoooon ni kuat sungguh. Standard la, bila kita mula berubah, salah 1 perkara yang kita risaukan adalah persepsi orang sekeliling, dan kawan-kawan. Kita percaya, perubahan yang baik pasti mendapat sokongan orang ramai tetapi kita sendiri yang rasa 'awkward' atau perasan lebey yang akan ada orang perasan perubahan kita and diorg akan bagi reaksi negatif. Padahal takde pon. Dasar orang perasan sungguh aku ni. haha. Apa yang  terbaik ialah, berdoa supaya Allah kuatkan hati kita ni. Then, doa lagi semoga Allah izinkan kita istiqamah dengan perubahan tersebut. InsyaAllah perkataan awkward akan hilang dengan sendirinya. And, manalah tau perubahan kita tu bagi impak positif untuk kawan-kawan kita ikut sama jejak langkah kita tu. Eh eh panjang pula saya ceramah hari ni. Hehehe. OK la tu, peringatan untuk semuaaaa ;)

Ok ok tak lama lagi aku nak bertukar status. OK lama la jugak lagi sebenarnya tapi dah tak sabarrrrr..hahahaha menggedik jap.

Aku tengah serabut jugak la sikit, sebab majlis macam dah tak lama lagi, banyak benda cam tak settle tapi aku macam blur which way to start. So, untuk melayan keserabutan aku ni, aku tutup balik diary kahwin tu lepas tu kerja kerja kerja. Sangat tak membantu. hahaha

Macam poyo la pulak nak bercerita pasal kahwin. Doakanlah semuanya berjalan lancar~! Saya takut!

No comments:

SukeLagi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DikuasakanOleh