Le Sponsers

Wednesday, January 2, 2013

Bayar PTPTN dengan KSWP

Post kedua tahun 2013 5 minit selepas publish post pertama. Miahahaha

OK. Mari kita berserius sebab kita nak cerita tentang cara-cara efektif membayar hutang. Maklumla hutang wajib dibayar. Terima kasih rakyat Malaysia sebab bayar cukai dan mengizinkan kerajaan menguruskan duit tersebut dan bagi PTPTN kepada saya. Tanpa PTPTN maka memang tidak saya berada di mana saya berada sekarang (atas katil dengan laptop baru berkilauan,* tring tring * bunyik laptop berkilauan).



Aku berhutang dengan PTPTN sebanyak RM5000 je, sebab sem 2 dan seterusnya dah dapat JPA. hehe. Tapi, lama aku membiarkan PTPTN ni. Saja, memang aku pemalas. haha. Sampai aku habis blajar, dah keje setahun lebey, mak aku pun dah bising sebab PTPTN idok ekau bayo. Another reason aku bayar PTPTN adalah kerana imigresen dah block nama aku dari ke luar negara. So, nak buat passport pon tak boleh. Kan, loser gila umur dah 25 tahun tapi passport pon takdo. Nak buat camne. Aku orang miskin, kuli-kuli sahaja...lalala

Kalau anda malas nak membelanjakan duit gaji bulan-bulan untuk bayar PTPTN mcm saya, sila bayar guna KWSP, Akaun 2 setelah anda bekerja, itupun kalau baki dah cukup. hehe.
Fokus utama adalah untuk memohon pengeluaran pendidikan dari KWSP. Dokumen yang anda perlukan ialah:

(1) Salinan IC yang telah disahkan
(2) Borang Permohonan KWSP 9H (AHL) - Pengeluaran pendidikan
(3) Salinan dokumen perjanjian PTPTN yang tebal tu.
(4) Salinan transkrip yang telah disahkan
(5) Penyata baki pinjaman dari PTPTN


OK, IC senang. Kalau tak senang aku tak tau lah.

Borang KWSP 9H (AHL) senang di dapati melalui google, atau di laman web KWSP sendiri.

Salinan dokumen perjanjian PTPTN yang tebal tu kalau dah bakar or dah buat kertas kira-kira assignment terpaksa lah korang mtk PTPTN. Ingat mintak free? Muahaha. Untuk memohon kena pergi laman web PTPTN dan isi borang permohonan semula salinan dokumen perjanjian pembiayaan ptptn. Untuk memohon, just kena isi borang, then hantar ke mana-mana PTPTN one stop center or pejabat PTPTN dengan bayaran RM90. Aku dah mohon semua, balik rumah tengok ada atas meja. Hm membazir tol la ko ni dayah!

Salinan transkrip yang telah disahkan, ialah scroll yang dapat time konvo dulu. Mesti kena sahkan dengan cop dan tandatangan asli, scan2 tak main. Atau, just bawak salinan asli ke pejabat KWSP diorang boleh tolong sahkan.

Penyata baki pinjaman ni kena mintak juga dengan PTPTN. Sila isi borang dan hantar ke pejabat PTPTN. Yang di print dari laman web PTPTN tu tak sah ye kawan kawan.

Aku dah start buat permohonan salinan perjanjian dengan penyata baki tu dari August lagi, tapi PTPTN tak rekod permohonan aku. Penat aku lari-lari anak ke One Stop Center kat KL Sentral tu hantar borang last2 tak rekod. Tu 2 minggu lepas hantar naseb aku call. Kalau tak sampai ke sudah la aku nan jujur ni tunggu mereka post benda-benda ni semua. Disebabkan aku macam dah bengang, aku call PTPTN semua, dia bagi aku emel pegawai dia. So, apa-apa aku emel je, and dia bagi penyata baki melalui emel. Tapi still, nak tunggu salinan perjanjian yang tebal tu memang berzaman. Isk~

Bila semua dah lengkap, boleh la hantar borang ke KWSP. Dan, tunggu lah 2 minggu baru mereka kasi call untuk tanya status. Akak KWSP jugak yang baik. Aku baru je hantar borang aku jumaat lepas (28/12/2012). Lambat kan? haha.

Sekarang, tunggu nak serang KWSP pulak kalau diorang lambat. Anyway untuk KWSP settlekan hutang, dia akan bayar full amount tanpa diskaun 20% (penyelesaian penuh). Nanti baki 20% PTPTN akan bank in balik kat kita. Kalau dia tak bank in balik memang mencari nahas. Eceh. hehehe

YAy settle!

Hutang wajib di bayar. Bayar jangan tak bayar. Ingat, kita ni kuli-kuli sahaja. Lainlah kau Rosmah atau Kak Ijat, takyah la ko bayar sebab negara ni dan hasil negara ni kan kau yang punyaaaaa  pffffttt~




11 comments:

Khairyna said...

nak tanya, lebihan baki tu kita perlu bagi ke kwsp semula ke? emel me : fauziana@tm.com.my

Unknown said...

Dah dapat ke belum diskaun 20% tu?

Nur Hidayah Bohari said...

Idi Amin Idris: Baru je dapat minggu lepas. Lama jugak PTPTN amek masa nak pulangkan. Not surprise. hehe

Naz said...

maksudnya lepas 6 bulan baru ptptn
bank-in balik duit lebihan bayaran dr kwsp...lamanye. surat pelepasan hutang dr ptptn bila pulak dapat

Miss N said...

wow... tenkiu for sharing.
mggu ni nk buat jugak.. tumpang ada 20% diskaun. hihi..

GT-T3R80 said...

salam... saya ada buat pengiraan pasal ni, jika anda semua membuat pembayaran lumpsum PTPTN dengan kadar 20% rebate, anda masih rugi 1% nilai simpanan dalam KWSP. Dengan mengambil kadar setara bonus KWSP 5% setahun dan charge PTPTN+Insurans 1.6% setahun.

Khairyna said...

GT-T3R80 : mungkin betul apa yg GT-T3R80 cakap ada rugi sikit tapi takpela dari pening kepala nak pikir tanggung beban hutang tak abis bayar, baikla rugi sikit kan..dah setel,lega rase..ringan kepala.hehe

GT-T3R80 said...

Khairyna: Terbaik...hutang dah setle...hehehe...lepas ni, tunggu cek refund... ;)

Unknown said...

salam nak tanya, boleh ke kalau nak bayar secara ansuran melalui kwsp? kalau ikutkan akaun 2 kwsp sy ni lg kurang dr baki pinjaman ptptn. jd, mmg x boleh la nk bayar lumpsum :(.

Unknown said...

Assalam,

Camana kalo sy ckp 3rd grade degree student blh dpt loan ptptn…percuma!

mesti ade yg xpecaya.kan?

camni la..ape kata kalo korag google http://www.freeptptn.com

insyaallah method yg diterngkan dpt membantu mereka2 yg nk bayar loan ptptn

Unknown said...

Perlukah kita balik ke kwsp untuk ambil cek untuk bayaran ke ptptn? Atau mereka akan direct transfer ke ptptn account?

SukeLagi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DikuasakanOleh