Geram hari ni.
Rasanya kalau buat claim atau apa-apa urusan di hujung tahun menjelang awal tahun ni memang bad choice la kot. Sebulan lepas hantar claim kat company tak dapat-dapat lagi. Sebab finance update system. Ok fine.
PTPTN pun. Lagi lah. Dari hujung tahun lepas sampai sekarang dok update penyata tak sudah-sudah. Dahlah nak settle hutang nak macam-macam dokumen, dia pulak lambat bertindak. Diorang ingat keje aku kat opis tu nak call diorang je ke ape.
KWSP? Pantas. So what is your excuses PTPTN? I was about to blame all government workers sebab kalau berurusan dengan government ni memang lambat. Jujur jelah. tapi nampaknya tak semua macam tu. Aku pun tak tahu la apa masalah PTPTN ni sebenarnya. Cuba compare kecekapan KWSP dengan PTPTN.
KWSP
28/12/2012 : Hantar borang pengeluaran pendidikan.
31/12/2012 : Permohonan diluluskan
1/1/2013 : Cek keluar
3/1/2013 : Cek selamat dipos ke PTPTN
PTPTN
Tak ingat tarikh tahun lepas. Sometimes di awal bulan 10. Aku pergi PTPTN mohon salinan perjanjian dan penyata baki terkini.
2 minggu kemudian, tak sampai-sampai salinan tu. Call PTPTN, dia cakap, maaf cik kami tak ada rekod permohonan. Cam haram tak? Aku lari-lari tau dari ofis nak hantar borang semua ke One Stop Centre. OK fine. Dia cakap, email kat dia semula semua borang. Aku pun email. Bla bla bla. 2-3 minggu lepas tu baru surat sampai. Yelah PTPTn yelah. Student kan ramai. Banyak kerja ye dak?
Lepas settle, aku hantar borang ke KWSP semua. Dia bgtau siap-siap 2 minggu lagi baru call tanya dah settle ke belum. OK fine. 5/1 Surat KWSP sampai rumah cakap permohonan dah lulus, and cek dah dihantar. Pantas kan? Pantas gila, aku kagum. Aku tak tahu lah apa sebabnya PTPTN lembab, maybe orang yang tengah pinjam PTPTN lebih byk dr orang yang bekerja dalam Malaysia ni kan?
7/1 Aku call PTPTN, tanya pasal cek. Dia membebel pasal update penyata/system --> Aku tak paham. Then, biala. 8/1 Aku call, PTPTN direct aku ke bahagan penerimaan pos ke ape, then dia cakap cek dah sampai. Tapi tak boleh clearkan bayaran sebab penyata 2013 belum keluar. Minggu depan baru boleh. OK fine fine fine.
Hari ni aku call... kan dah hari khamis hari ni. Nak akhir minggu dah. PTPTN pas aku ke orang ni, then dia pas aku ke orang ni, pastu dia pas lagi. Then dia cakap, dia tak tahu bila penyata akan siap di update. Mungkin hujung bulan ni, so kena tunggu. Ada tak orang nak bagitau aku, berapa lama sebenarnya masa diambil untuk update penyata? 1 month is wasted just (sambil petik jari) like that. Tensionnya.
Dahlah block-block orang ke luar negara. Orang nak pergi honeymoon ni tau... =.='
Please la PTPTN, bila lah kau nak berubah. Tak update penyata pun kau lembab, update penyata lagi lah. Kalau dah bertahun-tahun servis camni, tak ada inisiatif ke nak buat 1 system yang lebih baik? Dunia dah canggih macam ni pun nak lambat-lambat. Pergi belajar dr KWSP camana nak buat kerja cepat sikit. Jangan nak mengulau je. Caj perkhidmatan punya lah banyak, tapi kerja tak jalan apa cerita. Update status FB lagi pantas ok.
Bila aku ni stress, memang mengomplen jela kerja aku. Ah ah tak kira aku nak komplen jugak!
2 comments:
ouh...nak g huny moon upenye...ahah..btw..ko grad lame da ke? cepat nye kene blacklist...cane ni...ak grad tahun 2010..tp baru bape sen je byr..bape inggit yg buat kite blacklist?
Eh takla. Baru grad 2011. aku amek ptptn sem 1 je. pastu dpt jpa. so dh 5 thn la jgk biakan utang tu. hehehe. Tapi abg aku lagi lama bia ptptn die tak kena block pon. sabo jelah. haha
Post a Comment