Le Sponsers

Thursday, May 9, 2013

Kehidupan Sebagai Isteri Orang

Hai. Saya dah kahwin. hahaha
Pejam celik pejam celik dah 2 bulan pun memegang title Puan Hidayah. Pergh. Pandai ke weh jadi isteri orang? Nak taknak kena pandai jugaklah. Walaupun hari-hari stil liat nak bangun lagi, takpe... tu perkara kecik je tu takyah nak kecoh sangat haha.

How life changed?

(1) Bangun pagi kul 5.45 am, mandi-mandi, selesai subuh. 6.15 laki aku dah start kereta. =.=' (kalau dulu belom bangun kot time nih!). Takut bebenor jalan jem. 6.30 baru aku keluar rumah. Padan muka. Tak tahu padan muka sapa. Haha

(2) Balik rumah, siap-siapkan dinner (walaupun kadang-kadang mak aku dah siap masak). Oh still duduk dengan mak sebab mak aku takut rindu. bahaha. Dulu kalau boleh balik kerja terus nak tido.

(3) Dulu kuat melawan. Sekarang melawan sikit suami dah tegur, 'Nak syurga tak?!' 

(4) Seminggu 3x basuh baju. 3x lipat. Setiap ahad gosok baju suami untuk seminggu. Baju sendiri? Masih di iron selepas bangun dari tidur hari bekerja. :D (Penat =.=')

(5) Dulu gaduh rasa nak tolak dia jatuh klcc. Sekarang gaduh takut pahala isteri hilang pula sebab banyak melawan suami. Maaf bang.. Maaf bang..

(6) Dulu boleh keluar karok, sekarang tak digalakkan. haha

(7) Sekarang keluar dating boleh pegang tangan, peluk-peluk pun tade hal. kakakaka jeles ah tuh!

(8) Dulu kalau cuti boleh tidur sepanjang hari ni. Sekarang nak tidur teringat baju tak basuh lagi, baju tak sidai lagi, baju tak lipat lagi, baju tak iron lagi, eh laki aku tak sarapan lagi. Tapi bila semua dah settle dua-dua tidur. Kaki tidur dua2. hahahaha Alhamdulillah sehati sejiwa.

(9) Hilang la sedikit social life. Tapiiiiii.... Ok je kot. Dah kau dah kahwin buatla cara kahwin kan.

(10) Makin buncit.

Ala the list goes on. Poyo je lebih.

Macam tak percaya pula dah kahwin. Heh~

Tapi alhamdulillah la. Nampaknya rezeki makin murah. Hidup semakin senang. Setahun boleh pergi bercuti 3 4 kali. (padahal baru 2 bulan kahwin lol flight ticket dah tempah yaw!)

Semua benda suami bayar sampai kengkadang lupa cucuk duit. Eceh. haha.

Bahagia sangat. :)


So, kawan-kawan. Cepatlah kahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu sungguh manis. Sampai yang pahit pun manissss... lagi penuh berpahala. :D


OK mood rendu suami sebab suami outstation. Takda orang nak membebel. kakakakaka






1 comment:

Jom Masak Channel said...

Bila la nk dpt title puan hidayah gak ni. Hihi :p

SukeLagi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DikuasakanOleh