Le Sponsers

Tuesday, January 8, 2013

Perhimpunan Kebangkitan Rakyat #KL112

Laman sosial kini semakin panas membincangkan akan hal Perhimpunan Kebangkitan Rakyat  yang akan berlangsung pada 12/1/2013 ini (Sabtu). Ada yang memaki hamun, ada yang berkobar-kobar tak sabar nak pergi. 

Aku? Eeeeeee...Teringin jugak rasanya nak pergi. Hahahahaha (gedik). Sebenarnya rancang nak karaoke Sabtu nih, lupa pulak ada #KL112. Tak pelah. Postpone! Rela!

Siapakah yang akan berhimpun pada 12 Januari nanti? Ramai weh. Sure havoc. Gua suka! #KL112 adalah perhimpunan rakyat, so all rakyat is invited. Kalau tak puas hati dengan TV3suku, boleh datang. Kalau tak puas hati dengan Lynas, boleh datang. Kalau tak puas hati dengan Felda, bole datang. Tak puas hati dengan royalti minyak? Datang2! Kalau tak puas hati dengan aku, meh sini datang rumah aku. haha.

*Gambar-gambar ehsan dari FB Amenoworld DLL*


InsyaAllah, kalau tak ada pengacau memang perhimpunan ni aman je. Aman dalam definisi aku adalah tak ada FRU, tak ada orang gaduh, tak ada polis kena belasah, tak ada polis belasah orang, tak ada kereta terbalik. Kalau ada peniaga-peniaga yang baca blog aku ni, dengar ni apa aku nak pesan. Sila bukak kedai. Aritu aku pergi bersih 3.0 ada kedai mamak je bukak. Tak pasal-pasal mamak untung lebih. 

And, just in case. Siapa yang nak pergi, jangan lupa list kat bawah ni. haha. Prepare for the worse tu. Gila kentang. Rakam semua rakam. Kali ni kita rakam baikkk punya so kalau TV3suku buat fitnah nanti senang kita nak counterback balik. (amboi kau).
Jaga keselamatan. And have fun!



Kepada insan-insan yang kurang senang, rilek r bro. hehe. 

Kita ada perjuangan jap. Kalau tak faham diam la. Kalau bro rasa hidup bro selesa, duit bro terlebih-lebih, setiap hujung tahun bro boleh pergi melancong ke Istanbul, London, New York, Jakarta, Bali bla bla bla, tahniah bro. You did a good job. Tapi tak semua org mcm lu bro. So, toleransi sket k? So 12 Jan ni bro duduk je rumah tengok Sinetron k bro? Takpun jumaat ni pergi lah Capetown ke. Kalau polis nak block-block jalan, tu bukan salah kitorang bro. Kitorang tak suruh pun. Kalau diorang tutup KTM pun, bukan salah kitorang bro. Kitorang nak kasi KTM kaya sabtu ni kot. Taknak sudah. Hehehe



BTW kalau tak ada aral melintang aku pergilah sabtu ni. Aku kan stalker! Akhir kata, semoga selamat semuanya!!

2 comments:

nurhazDV said...

mcm teringin la nak join kan?haha

Nur Hidayah Bohari said...

best tau sebenarnya. cam havoc gila! tapi aku tak pergila aritu. busy sket. heheh

SukeLagi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DikuasakanOleh