Le Sponsers

Thursday, January 17, 2013

PTPTN vs KWSP

Geram hari ni. 

Rasanya kalau buat claim atau apa-apa urusan di hujung tahun menjelang awal tahun ni memang bad choice la kot. Sebulan lepas hantar claim kat company tak dapat-dapat lagi. Sebab finance update system. Ok fine.

PTPTN pun. Lagi lah. Dari hujung tahun lepas sampai sekarang dok update penyata tak sudah-sudah. Dahlah nak settle hutang nak macam-macam dokumen, dia pulak lambat bertindak. Diorang ingat keje aku kat opis tu nak call diorang je ke ape. 

KWSP? Pantas. So what is your excuses PTPTN? I was about to blame all government workers sebab kalau berurusan dengan government ni memang lambat. Jujur jelah. tapi nampaknya tak semua macam tu. Aku pun tak tahu la apa masalah PTPTN ni sebenarnya. Cuba compare kecekapan KWSP dengan PTPTN.

KWSP

28/12/2012 : Hantar borang pengeluaran pendidikan.
31/12/2012 : Permohonan diluluskan
1/1/2013 : Cek keluar
3/1/2013 : Cek selamat dipos ke PTPTN


PTPTN

Tak ingat tarikh tahun lepas. Sometimes di awal bulan 10. Aku pergi PTPTN mohon salinan perjanjian dan penyata baki terkini.

2 minggu kemudian, tak sampai-sampai salinan tu. Call PTPTN, dia cakap, maaf cik kami tak ada rekod permohonan. Cam haram tak? Aku lari-lari tau dari ofis nak hantar borang semua ke One Stop Centre. OK fine. Dia cakap, email kat dia semula semua borang. Aku pun email. Bla bla bla. 2-3 minggu lepas tu baru surat sampai. Yelah PTPTn yelah. Student kan ramai. Banyak kerja ye dak?

Lepas settle, aku hantar borang ke KWSP semua. Dia bgtau siap-siap 2 minggu lagi baru call tanya dah settle ke belum. OK fine. 5/1 Surat KWSP sampai rumah cakap permohonan dah lulus, and cek dah dihantar. Pantas kan? Pantas gila, aku kagum. Aku tak tahu lah apa sebabnya PTPTN lembab, maybe orang yang tengah pinjam PTPTN lebih byk dr orang yang bekerja dalam Malaysia ni kan?

7/1 Aku call PTPTN, tanya pasal cek. Dia membebel pasal update penyata/system --> Aku tak paham. Then, biala. 8/1 Aku call, PTPTN direct aku ke bahagan penerimaan pos ke ape, then dia cakap cek dah sampai. Tapi tak boleh clearkan bayaran sebab penyata 2013 belum keluar. Minggu depan baru boleh. OK fine fine fine.

Hari ni aku call... kan dah hari khamis hari ni. Nak akhir minggu dah. PTPTN pas aku ke orang ni, then dia pas aku ke orang ni, pastu dia pas lagi. Then dia cakap, dia tak tahu bila penyata akan siap di update. Mungkin hujung bulan ni, so kena tunggu. Ada tak orang nak bagitau aku, berapa lama sebenarnya masa diambil untuk update penyata? 1 month is wasted just (sambil petik jari) like that. Tensionnya. 

Dahlah block-block orang ke luar negara. Orang nak pergi honeymoon ni tau... =.=' 

Please la PTPTN, bila lah kau nak berubah. Tak update penyata pun kau lembab, update penyata lagi lah. Kalau dah bertahun-tahun servis camni, tak ada inisiatif ke nak buat 1 system yang lebih baik? Dunia dah canggih macam ni pun nak lambat-lambat. Pergi belajar dr KWSP camana nak buat kerja cepat sikit. Jangan nak mengulau je. Caj perkhidmatan punya lah banyak, tapi kerja tak jalan apa cerita. Update status FB lagi pantas ok.

Bila aku ni stress, memang mengomplen jela kerja aku. Ah ah tak kira aku nak komplen jugak!

Monday, January 14, 2013

Listen Listen Listen Read Read Read Read Read


Hari ni dunia cyber Malaysia telah digemparkan dengan video di atas. Please watch and listen listen listen to it. Muahaha.

Ini lah yang aku nak katakan kebangangan abadi. Bukan siswi tu, tapi makcik pakai kot yang membebel tu. Like seriously makcik? And you admit that you have a degree? Oh  my shame on you....................................................................

The siswi, Ms Bavani try to convey her expressions and opinion free education on Malaysia. Even I admit that she didn't deliver it in a good manner, but with all the attention and stress, you know la how she talked like that. I've been in her shoes before. All eyes on you, all attention on you, congrates sis because you are one of the million students who have the courage like that. But she didnt talk blindly like an idiot ok. She come out with statistics and numbers which means, she study that out before she deliver her speech. That is a good thing you know. You have my respect.

And that old Lady named Sharifah Zohra Jabeen, known as Presiden Suara Wanita 1 Malaysia stopped Bavani and embarassed her in front of all students. And all other stupid students gave the old lady big applause. Seriously, what is wrong with this world??

LISTEN LISTEN LISTEN

She said, don't compare Malaysia with other country. But, she compare human with animals. Animals got problem? Ya, err might be. But we're talking about education here and animals don't need that. The zoo will take care of them. So Bavani are giving a statistic and you gave animals argument? Arghhhh stressnya haku. hahah

Aku tak tahu lah apa sebenarnya motif buat forum dan menjemput seorang moderator gila kuasa macam Cik Pah ni. Better jemput orang yang boleh give and take, discuss and accept other people opinions with open heart not condemn them, and humiliate them in front of other people. Yet, you said that Ms Bavani still a student in UUM, and you got a Degree. Tapi, bercakap macam budak tadika. Kasihan budak itu. Cik Pah, you should learn how to respect people before you want people to respect you. Rakan2, soon when you have kids, sometimes.... Listen what your kids want to say. You may be right, but you don't always right though. They have fresh mind, suci dari noda2 dunia ni. Jangan nak ego sangat lah. Bajet ok!

Bagi aku la, tak sesuai juga mahasiswa melibatkan diri dengan politik. Tapi, mahasiswa dah cukup pandai menilai apa yang baik dan apa yang corrupt dalam dunia ni. They read books, they make research about it sometimes more that elder people. Sila lah jawab dengan jujur, adakah korang rasa happy bila tengok TV3? TV1? Papagomo? (ttbe). Sekarang dunia cyber la, orang tak tengok la TV mengarut. Hanya kerana mahasiswa express opinion tentang dasar kerajaan yang diorang rasa boleh dibaiki, terus label mahasiswa sokong pembangkang. Hello? Nama pun mahasiswa so kena lah jadi mahasiswa yang cerdik. Dulu lecturer jugak aja mesti kena pandai express opinion, bagi hujah, nak amek MUET semua tu. Bila kita kasi hujah dia kata kita tak bersyukur? Pffffff... Bila graduate tak pandai bercakap, kurang communication skills, nak salahkan siapa? Salahkan Cik Pah ni sebab dia asek suro kita LISTEN LISTEN LISTEN. 

Oh seriously what happened in this world? =_='

Sokong pembangkang pun better tau. Dah memang kerajaan sekarang ni cam......ha malas ar cakap. Tengok TV3 pon dah tau dah macam hape. Kalau pakai basikal sama 50 tahun pun bahaya weh, berkarat karat. Besi tak kuat. Walau di cat tantek tantek, struktur and materialnya tak kukuh lagi. So, tukar jela basikal! Basikal baru best! hahahaha

Go Bavani Go Bavani!

Tuesday, January 8, 2013

Perhimpunan Kebangkitan Rakyat #KL112

Laman sosial kini semakin panas membincangkan akan hal Perhimpunan Kebangkitan Rakyat  yang akan berlangsung pada 12/1/2013 ini (Sabtu). Ada yang memaki hamun, ada yang berkobar-kobar tak sabar nak pergi. 

Aku? Eeeeeee...Teringin jugak rasanya nak pergi. Hahahahaha (gedik). Sebenarnya rancang nak karaoke Sabtu nih, lupa pulak ada #KL112. Tak pelah. Postpone! Rela!

Siapakah yang akan berhimpun pada 12 Januari nanti? Ramai weh. Sure havoc. Gua suka! #KL112 adalah perhimpunan rakyat, so all rakyat is invited. Kalau tak puas hati dengan TV3suku, boleh datang. Kalau tak puas hati dengan Lynas, boleh datang. Kalau tak puas hati dengan Felda, bole datang. Tak puas hati dengan royalti minyak? Datang2! Kalau tak puas hati dengan aku, meh sini datang rumah aku. haha.

*Gambar-gambar ehsan dari FB Amenoworld DLL*


InsyaAllah, kalau tak ada pengacau memang perhimpunan ni aman je. Aman dalam definisi aku adalah tak ada FRU, tak ada orang gaduh, tak ada polis kena belasah, tak ada polis belasah orang, tak ada kereta terbalik. Kalau ada peniaga-peniaga yang baca blog aku ni, dengar ni apa aku nak pesan. Sila bukak kedai. Aritu aku pergi bersih 3.0 ada kedai mamak je bukak. Tak pasal-pasal mamak untung lebih. 

And, just in case. Siapa yang nak pergi, jangan lupa list kat bawah ni. haha. Prepare for the worse tu. Gila kentang. Rakam semua rakam. Kali ni kita rakam baikkk punya so kalau TV3suku buat fitnah nanti senang kita nak counterback balik. (amboi kau).
Jaga keselamatan. And have fun!



Kepada insan-insan yang kurang senang, rilek r bro. hehe. 

Kita ada perjuangan jap. Kalau tak faham diam la. Kalau bro rasa hidup bro selesa, duit bro terlebih-lebih, setiap hujung tahun bro boleh pergi melancong ke Istanbul, London, New York, Jakarta, Bali bla bla bla, tahniah bro. You did a good job. Tapi tak semua org mcm lu bro. So, toleransi sket k? So 12 Jan ni bro duduk je rumah tengok Sinetron k bro? Takpun jumaat ni pergi lah Capetown ke. Kalau polis nak block-block jalan, tu bukan salah kitorang bro. Kitorang tak suruh pun. Kalau diorang tutup KTM pun, bukan salah kitorang bro. Kitorang nak kasi KTM kaya sabtu ni kot. Taknak sudah. Hehehe



BTW kalau tak ada aral melintang aku pergilah sabtu ni. Aku kan stalker! Akhir kata, semoga selamat semuanya!!

Wednesday, January 2, 2013

Bayar PTPTN dengan KSWP

Post kedua tahun 2013 5 minit selepas publish post pertama. Miahahaha

OK. Mari kita berserius sebab kita nak cerita tentang cara-cara efektif membayar hutang. Maklumla hutang wajib dibayar. Terima kasih rakyat Malaysia sebab bayar cukai dan mengizinkan kerajaan menguruskan duit tersebut dan bagi PTPTN kepada saya. Tanpa PTPTN maka memang tidak saya berada di mana saya berada sekarang (atas katil dengan laptop baru berkilauan,* tring tring * bunyik laptop berkilauan).



Aku berhutang dengan PTPTN sebanyak RM5000 je, sebab sem 2 dan seterusnya dah dapat JPA. hehe. Tapi, lama aku membiarkan PTPTN ni. Saja, memang aku pemalas. haha. Sampai aku habis blajar, dah keje setahun lebey, mak aku pun dah bising sebab PTPTN idok ekau bayo. Another reason aku bayar PTPTN adalah kerana imigresen dah block nama aku dari ke luar negara. So, nak buat passport pon tak boleh. Kan, loser gila umur dah 25 tahun tapi passport pon takdo. Nak buat camne. Aku orang miskin, kuli-kuli sahaja...lalala

Kalau anda malas nak membelanjakan duit gaji bulan-bulan untuk bayar PTPTN mcm saya, sila bayar guna KWSP, Akaun 2 setelah anda bekerja, itupun kalau baki dah cukup. hehe.
Fokus utama adalah untuk memohon pengeluaran pendidikan dari KWSP. Dokumen yang anda perlukan ialah:

(1) Salinan IC yang telah disahkan
(2) Borang Permohonan KWSP 9H (AHL) - Pengeluaran pendidikan
(3) Salinan dokumen perjanjian PTPTN yang tebal tu.
(4) Salinan transkrip yang telah disahkan
(5) Penyata baki pinjaman dari PTPTN


OK, IC senang. Kalau tak senang aku tak tau lah.

Borang KWSP 9H (AHL) senang di dapati melalui google, atau di laman web KWSP sendiri.

Salinan dokumen perjanjian PTPTN yang tebal tu kalau dah bakar or dah buat kertas kira-kira assignment terpaksa lah korang mtk PTPTN. Ingat mintak free? Muahaha. Untuk memohon kena pergi laman web PTPTN dan isi borang permohonan semula salinan dokumen perjanjian pembiayaan ptptn. Untuk memohon, just kena isi borang, then hantar ke mana-mana PTPTN one stop center or pejabat PTPTN dengan bayaran RM90. Aku dah mohon semua, balik rumah tengok ada atas meja. Hm membazir tol la ko ni dayah!

Salinan transkrip yang telah disahkan, ialah scroll yang dapat time konvo dulu. Mesti kena sahkan dengan cop dan tandatangan asli, scan2 tak main. Atau, just bawak salinan asli ke pejabat KWSP diorang boleh tolong sahkan.

Penyata baki pinjaman ni kena mintak juga dengan PTPTN. Sila isi borang dan hantar ke pejabat PTPTN. Yang di print dari laman web PTPTN tu tak sah ye kawan kawan.

Aku dah start buat permohonan salinan perjanjian dengan penyata baki tu dari August lagi, tapi PTPTN tak rekod permohonan aku. Penat aku lari-lari anak ke One Stop Center kat KL Sentral tu hantar borang last2 tak rekod. Tu 2 minggu lepas hantar naseb aku call. Kalau tak sampai ke sudah la aku nan jujur ni tunggu mereka post benda-benda ni semua. Disebabkan aku macam dah bengang, aku call PTPTN semua, dia bagi aku emel pegawai dia. So, apa-apa aku emel je, and dia bagi penyata baki melalui emel. Tapi still, nak tunggu salinan perjanjian yang tebal tu memang berzaman. Isk~

Bila semua dah lengkap, boleh la hantar borang ke KWSP. Dan, tunggu lah 2 minggu baru mereka kasi call untuk tanya status. Akak KWSP jugak yang baik. Aku baru je hantar borang aku jumaat lepas (28/12/2012). Lambat kan? haha.

Sekarang, tunggu nak serang KWSP pulak kalau diorang lambat. Anyway untuk KWSP settlekan hutang, dia akan bayar full amount tanpa diskaun 20% (penyelesaian penuh). Nanti baki 20% PTPTN akan bank in balik kat kita. Kalau dia tak bank in balik memang mencari nahas. Eceh. hehehe

YAy settle!

Hutang wajib di bayar. Bayar jangan tak bayar. Ingat, kita ni kuli-kuli sahaja. Lainlah kau Rosmah atau Kak Ijat, takyah la ko bayar sebab negara ni dan hasil negara ni kan kau yang punyaaaaa  pffffttt~




Tahun Baru Tanpa Drama

Assalamualaikum WBT.

Post Pertama pada tahun 2013.
Setelah kita bercerekarama dan berdrama swasta pada tahun 2009, 2010, 2011 dan 2012, eloklah kiranya kita hidup di dunia nyata pada tahun 2013 ini. haha.

Kalau cakap pasal tahun baru ni, semua nak berazam bagai. Aku pun nak jugak. Tapi selepas aku baca post kat FB menyatakan bahawasanya di dalam Islam kita tidak di ajar untuk berazam di tahun baru, malah kita digalakkan memperbaiki diri, dan bermuhasabah setiap hari. Lepas tu tak jadi la aku nak berazam. Wahahaha. Walaubagaimanapun, setelah aku bergelar tunangan orang, dan tak lama lagi nak bergelar isteri orang pulak, maka aku dah lama jugaklah memulakan langkah berubah kepada yang lebih baik ni. Tapi bangun tetap lambat jugak time weekend. Ok ok yang tu under progress. >_< wakakaka.

Sesungguhnya tak mudah untuk kita memulakan langkah untuk berubah kepada insan yang lebih baik. Malah bila kita start untuk menjadi lebih baik, time tu la ujian dan dugaan tu datang bertimpa-timpa. Time tu lah rasa cam yaAllah godaan syaitoooon ni kuat sungguh. Standard la, bila kita mula berubah, salah 1 perkara yang kita risaukan adalah persepsi orang sekeliling, dan kawan-kawan. Kita percaya, perubahan yang baik pasti mendapat sokongan orang ramai tetapi kita sendiri yang rasa 'awkward' atau perasan lebey yang akan ada orang perasan perubahan kita and diorg akan bagi reaksi negatif. Padahal takde pon. Dasar orang perasan sungguh aku ni. haha. Apa yang  terbaik ialah, berdoa supaya Allah kuatkan hati kita ni. Then, doa lagi semoga Allah izinkan kita istiqamah dengan perubahan tersebut. InsyaAllah perkataan awkward akan hilang dengan sendirinya. And, manalah tau perubahan kita tu bagi impak positif untuk kawan-kawan kita ikut sama jejak langkah kita tu. Eh eh panjang pula saya ceramah hari ni. Hehehe. OK la tu, peringatan untuk semuaaaa ;)

Ok ok tak lama lagi aku nak bertukar status. OK lama la jugak lagi sebenarnya tapi dah tak sabarrrrr..hahahaha menggedik jap.

Aku tengah serabut jugak la sikit, sebab majlis macam dah tak lama lagi, banyak benda cam tak settle tapi aku macam blur which way to start. So, untuk melayan keserabutan aku ni, aku tutup balik diary kahwin tu lepas tu kerja kerja kerja. Sangat tak membantu. hahaha

Macam poyo la pulak nak bercerita pasal kahwin. Doakanlah semuanya berjalan lancar~! Saya takut!

SukeLagi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DikuasakanOleh