Hari ni aku nak buat aduan secara public tentang bengkel yang repair kereta aku time aku accident bulan 4 yang lepas. Nama bengkel tersebut ialah City Hundred Motor, beralamat di Lot 1043, Jalan Cempaka, Kampung, Sungai Kayu Ara, 47400 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Aku hantar kat sini sebab bengkel ni bengkel panel insurans aku. Actually banyak insurans yang endorse bengkel ni (ntah betul ke x ayat aku) wakaka. Time tu, aku yang sengal ter'sign' surat kebenaran untuk membawa kereta aku ke bengkel tu. Oh bengong sungguhla aku.
Sebelum accident, kereta aku cantik, putih, kalau basuh memang cun melecun habislah. After aku hantar kat bengkel ni, yang katanya menggantikan kerosakan kereta aku dengan barangan Honda yang asli, hm ranap! Penipu besar. Dah la charge aku sampai RM10k++ untuk repair, lepas tu bagi cat cap ayam kat aku. Dalam 3-4 bulan after aku ambil kereta, sikit-sikit cat aku tertanggal kat bahagian hood depan.Semuanya kat parts yang di ganti dan di cat baru. Then, aku tersangatla busy, aku dah start duduk dengan mak aku, so memang limited gila masa nak pergi bengkel sebab pikir 1000 kali nak pergi kerja macam mana. Isk3. Dia bagi warranty kat aku 6 bulan. So, bulan 9 (2 minggu sebelum warranty tamat wakakaka) aku datang bengkel suruh dia betulkan cat aku. Boleh tak dia cakap, ni kena batu kecik ni, bukan sebab cat punya kualiti. Kepala hangguk kau. Apsal bahagian lain tak ape-ape pun? Then aku tak puas hati la, aku suruh dia cat balik.
Dia kata dia nak tampal tampal je. Aku cam..................haromjadah. -__-'
Aku suruh dia cat semua tapi dia macam nak taknak je. Huh membazir je aku bawak abg aku yg muka garang tu. Idoknye menolong aku provoke cine tuh. haha.
Then aku cakap, you buat la macam mana pun, aku tau kereta aku kembali bersinar. Bukan mcm kereta buruk.
2 hari lepas aku hantar, dia cal... Dah siap. EH? Cepat gila. Then, kan aku cakap... Aku takda masa nak delay-delay amek kereta tu sebab aku takda transport nak g kerja. So, Aku terus datang amek tapi aku sampai lambat (6.30 ptg). Bengkel dah tutup, and dia just suruh pekerja dia tunggu aku sampai untuk aku amek kereta. Aku ni pun 1, bengong. Aku malas nak check-check ni. Lagipun datang cam kelam kabut kan. SO, sampai rumah baru aku cek. Jeng2 sila lihat apa dia buat kat kereta aku...
Dia tak cakap pulak boleh cat guna liquid paper je. Kalau boleh takdela aku hantar kat ko sengal! Sakit pula hati kita ni. Aku cam.... -___-' Akanku balas...segala perbuatanmu...
Ko nak tampal pun, ko tampal la elok-elok skit. Camni aku suruh anak buah aku pun boleh.
Dan, setelah 2 minggu.... Aku pun gigih hari tu, basuh kereta sendiri. Busy kot tak sempat hantar bengkel. :P Lihatlahhhhh~
Memang aku tak basuh kereta lagi time nih. Muahahaha tetapi kekotoran di atas adalah kekotoran abadi kot. Hantar carwash pun tak hilang. So, bukan salah aku tak pandai cuci kereta.
And more!
After like 2 months...
U have no idea how 'happy' I am. Kereta aku baru setahun 2 bulan kot. Dah tau aku claim insurans, bayar kau beriban-riban, kau cat la elok-elok sikit. Aku takda mood betul la nak jumpa apek atau secretary apek tu. I'll definitely make a report to my insurans and padan muka kau!
Kalau insurans aku taknak amek tindakan, aku puas hati jugak sebab dapat sebarkan ketodakprofessionalan kau ni.
Akhir kata,
Kalau accident, please please and please avoid signing anything. Tolonglah call Honda, Nissan, Proton, Hyundai sendiri and suruh diorang bawak ke centre. Please avoid bengkel ni sebab pekerja dia tak pandai buat kerja! Dia ada sijil mewarna kanak-kanak je kot. Kalau dia kata bawak g centre tu lama, kau terajang je sebab orang Honda cakap kat aku takpun. Hm padan muka aku dan kau! Terpaksa aku liquid paper kan kereta aku sendirik. (Nangeh)
2 comments:
Salam.. banyak info yang boleh di buat sandaran tapi penggunaan ayat yang sangat tak elok banyak di guanakan seperti "haram jadah" dan lain2. kemungkinan para pelawat ada dari kalangan adik2 dan orang2 tua ustaz2 dah para pesopan. Adab dari cara kita sampaikan mungkin juga kadang2 penyebab orang sakit hati dan mengambil lewa tentang kenderaan kita. MUNGKIN :D
Kalau sopan pun, bengkel2 panel Ni memang penipu besar. Pekerja2 dia pun byk bangla2 je. Kerets ambo baru 2 thn. Kena gulai dek panel insuran, dh jd cacamarba. KALAU KERETA UNDER 5 TAHUN, ELAKKAN BUAT CLAIM DGN PANEL INSURAN, SEBAIKNYA BUAT DGN SERVICE CENTRE JENAMA KERETA TERSEBUT. MEMANG LAMBAT TAPI PUAS HATI DAPAT BARANG ORI DAN WARANTY TAK VOID.
Post a Comment