Le Sponsers

Wednesday, April 18, 2012

Accidentally Accident

8 April 2012

Seperti biasa. Asal weekend je kepala aku pusing, asal kepala aku pusing je mesti weekend. Lebih specific, asal weekend n aku tak ke mana-mana je mesti aku sakit kepala duduk rumah. And today, is a very long day. Sebab pertama, aku tak keluar dating. Sebab kedua, aku duduk rumah je dan bangun lambat. Sebab ketiga, aku kemalangan. Specifically, boyfriend aku yang kemalangan. Specific lagi, aku dan kereta aku kemalangan.

Last 3 weeks, abang aku pinjam kereta aku. So, last 3 weeks was the worse weeks ever cause I can’t go anywhere at anytime I want. Aiceh. Takdelah maksudnya aku marah abang aku pinjam kereta. Takdelah takdelah. Mak dan abah cakap, today is his day, who knows when is your day kan. So, hari ni adalah hari gembira sebab I got my car back. Sangat exsaited wa cakap lu. Malam tu seperti biasa aku pun nak drive balik rumah sewa kat Kerinchi. Abah tanya aku, siapa hantar? Aku cakap, Dayah drive la. Cam taknak kasik je. Sambil wat muka tak puas hati sebab aku nak sangat bawak balik kereta malam tu. Aku memang suka balik lambat, lewat malam sikit sebab federal highway kan jam setiap masa. Tetbe kul 9 mak aku tanya, bila nak balik? Aku pun, tengok jam… Ok la dayah balik sekarang. Majuk. :P

Time drive, macam-macam benda lah fikir. Memang time drive la aku akan aktif berfikir sebab aku drive sorang. Ala macam drama tu.  Satu lagi tabiat buruk aku setelah aku beli kereta sendiri, aku suka drive laju sebab aku drive kereta aku. Kih3. Rempit pun paling laju 140 km/j je. Wa memang rempit la tengah jalan tu. Memang lane laju jela kan. Lagipun time tu malas nk isi minyak, so memang fikir nak cepat sampai je.

Nak dijadikan cerita, tengah drive ni, ada 1 Myvi Silver ni mencilok2. Peh memang kalah aksi rempit aku. Dalam hati aku dah maki-maki. Federal hway kot bai, gila apa. Maybe disebabkan itu (aku pun tak tau), semua kereta jadi hati-hati. Ada 1 kereta ni terlebih hati-hati padahal yang drive nye lelaki, dia emergency break kat lane laju tuh. Sekelip mata……(tak tahu nak buat bunyi macam mana), bonet depan aku dah terjungkit. T_T

Ada 4 kereta, aku kereta ke3. Aku tak cedera apa-apa, seatbelt dah selamatkan aku. Tapi kenapa airbag aku tak terbukak pun? Chiss… Tak cukup drama la kemalangan tu kan. Punya la kuat aku langgar kereta depan, kereta belakang langgar aku. Sampai pintu driver pun tak boleh bukak luas2 lagi. Abes kereta gua abes abes T_T. yang aku peliknya, less than 5 minutes after accident, 1 kereta sampai and claimed yang dia org insurans, boleh tolong tow kan kereta aku, settle A-Z katenye. Aku cuak, A-Z tu maksudnya bawak lari kereta aku ke apa. Memang sangat saiko.  Aku tak tau la nak kasi nama apa untuk orang macam ni, tapi memang dia settlekan kereta aku, claim insurans aku, n masukkan kereta aku ke bengkel dengan selamat la. Alhamdulillah diorang ni baik. 

Sebenarnya, selaku pemandu wanita kita sangat banyak risiko di langgar, melanggar, di tipu dan juga di aniayai oleh insan tak bertanggungjawab. SKEMA TETIBA. So, selain menasihati diri sendiri, meh aku nak nasihat korang. Oi perempuan baca ni.

  • Kalau accident, sila call ahli keluarga/suami/tunang/boyfriend yang baik dan tunggu sehingga mereka sampai. Jangan layan kalau ada orang tetiba claim yang diorang boleh tolong tarik kereta korang kecuali orang ni korang kenal. Paling selamat, call hotline insurans korang sendiri. 
  • Jangan sign apa-apa dokumen orang yang tak dikenali. Bila dah sign, orang berkenaan berhak buat apa sahaja dengan kereta kita sebab kita dah authorize kuasa kat dia. Kadang-kadang tanpa kita disedari accident was planned. And orang yang datang tetiba offer diri nk tarik kereta korang tu kan, ntah-ntah pencurik. Cepat plak dia datang kan. Hati-hati la ye. 
  • Jaga barang berharga di dalam kereta. Jangan percayakan orang workshop 100%. Check sendiri kereta, and sahkan checklist yang diorang buat tu betul. Even agen tarik kereta aku tu baik, namun pekerja bengkel tu berniat nak curi tools dalam kereta aku. Chis. Kurang hajar sungguh. 
  • Kalau kereta boleh jalan lagi, sila la jangan menggatal suruh orang tow sebab nak nampak dramatik, drive sendiri kereta tu pergi balai polis. Tak pun suruh boyfriend drive. Itula gunanya boyfriend.
Dan selaku pemandu wanita yang berwibawa, aku memang tau beli kereta, bayar bulan-bulan dan drive sahaja. Oh aku tau buat banyak benda lagi. Isi minyak, basuh kereta.. hehehe. Semua orang akan fed up tanya info kereta aku. Kereta awak ni insured under insurans apa? Ha? Apa itu insurans? Memang rasa nak tampar je muka sendiri. Bila mamat tu kata, nanti pergi bengkel jangan lupa bawa geran kereta dan polisi insurans. Hah? Geran kereta pun aku lupa aku simpan kat mana. Aigo kejadah~

So, perempuan... Sila ambil tau perihal kereta anda. Jangan jadi cam aku. Mengaku boyfriend tapi apa pun tak tahu. Sekarang claim saya sudah di luluskan, so kereta dah boleh start baiki! Hureyyyyyy!

Enjoy. Sekitar aktiviti kemalangan saya.


Kereta myvi yang dilanggar saya 

Mamat tarik kereta yang saiko



Kereta Saga yang langgar saya

Boyfriend saya





4 comments:

caHayA pembUkaAn haTikU said...

gila tragis nyer excident. ho3.. qalbi dulu pun pernah excident.tp sebaik time tu dekat ngan umah.. x der la dtg tow2 kete ni..huhu.. pnglmn yg bermakna kan bg setiap wanita yg berwibawa..ececececehh

Nur Hidayah Bohari said...

hahaha...tau xpe. risau la kalau perempuan eksiden sbb selalu org amek kesempatan. isk2

sarah mohamad said...

veMacam teruk je accident tuu. Lain kali berhati2 ok.

najwa nano said...

seriously nak sangat join bersih,nak rasa pengalaman turun padang sekali.

SukeLagi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DikuasakanOleh