Le Sponsers

Friday, March 16, 2012

Scaling You Teeth for Healthy Mouth

Untuk menjadi wanita yang cantik dan penuh keyakinan, kita bukan sahaja perlu menjaga bentuk tubuh badan, dan pakai baju cantik-cantik je. Kita juga perlu memberi senyuman yang menawan. Lihat senyuman saya, menawan kan.. 



PENGSAN!

Itu bukan saya. ehem2.

Seriously, rasa menyesal sebab mengabaikan penjagaan gigi selama ini. Aku rasa last aku g jumpa dentist time darjah 6 kot. Tu pun sebab dentist datang kat sekolah. Kalau tak? 24 tahunla aku tak jumpa dentist. Well kira aku ok lagi r kan? haha. Aku plak dulu kecik-kecik mak aku cakap suka sangat makan gula-gula. So kesan dia, gigi aku tak cantik sangat. And selalu di kutuk abang aku. So, ada aku kisah? *nangis hohohoh.

Then, kerana kesedaran yang datang secara tiba-tiba, Isnin lepas aku pun pergi berjumpa dentist. Tapi bukanlah sebab nak luruskan gigi ke ape, sebab part tu belum mampu lagi. Hah betul, salah satu sebab aku malas jumpa dentist sebab dentist mahal. See.. bukan salah aku. Sekarang aku pergi sebab Murphy bayarkan. Thanks Murphy! kah3. Aku buat rawatan scaling, a.k.a membuang kekaratan, serta plaque yang ada di celah-celah gigi a.k.a bersihkan gigi sebab tahap kekotoran tak boleh dibuang dengan berus gigi dah.


Sekali lagi, ini bukan gigi saya.

Gingivitis is an inflammation of the gums (known to doctors as the gingiva) disebabkan oleh bakteria. Bakteria datang daripada sisa makanan, dan melekat pada tulang di akar gigi kita and they eat ur teeth away. -___- Nama lain bakteria ini adalah Mr. Plaque.

Salah satu simptom gingivitis ialah gusi berdarah tak kira ketika menggosok gigi atau ketika sedang makan. And of course, gigi cepat hilang sebelum tua.

Sekarang semua sila tengok gigi masing-masing ada plaque ke tak. Pengumpulan plaque pada gigi adalah disebabkan makanan yang melekat di celah gigi dan gusi. Sebenarnya bila kita makan, banyak makanan tersangkut di celah gusi kita. Lepas tu, berus pun nak taknak je, Asal feeling-feeling bau colgate, pastu disebabkan plaque tu, setengah jam pastu mulut akan kembali berbau longkang. Itulah gingivitis, tak syak lagi!

Kalau ada, sila buat scaling sekarang!

Seriously, dentist tu memang mengucap la tengok gigi aku. Mengaku jela kan yang scaling pada gigi aku dah tahap moderate. Well, sebab tu la saya jumpa dentist kn. Kalau takda orang macam saya ni, hidup dentist akan sunyi. hehe 

Ada 1 alat digunakan untuk membuang scaling. Tak tau apa nama dia, but it will vibrate along your teeth to eliminate the scale, and sungguh ngilu sekali. Banyak pendarahan juga akan berlaku sepanjang process ni, tapi jangan risau, anda tak akan mati kerananye.


Sepanjang process scaling, dentist tu dok membebel kat aku. Masalahnya aku tak boleh nak menjawab sebab tengah ternganga kat kerusi tuh. Sabau jela. Tapi aku tak kisahla, aku mengaku bersalah terhadap gigi aku. Yang paling penting, after scaling tu gigi aku sangat bersih... *senyum lebaq2* Sampai aku rasa takut nak makan. haha

Rasa sangat lain, sebab plaque belaan aku tuh dah tak ada lagi dalam mulut. Nafas berbau lebih segar, and sekarang gusi tidak berdarah lagi. ;')

Ini antara nasihat dentist yang saya mahu kongsi bersama:

(1) Kalau kita ada plaque, tak kisahlah kite kunyah or telan listerin tu, memang tak akan ada effect apa-apa sebab gigi kita dilindungi oleh plaque. Masalah tak akan selesai. So, selagi tak buang scale2 tu semua, jangan nak bangga sangat ar pakai listerin. hahahahaha~

(2) Ingat tak dulu ada dentist datang sekolah dengan nurse2 tunjuk cara gosok gigi? OK nurse tu dah tipu kita semua. hehe. Cara yang betul menggosok gigi adalah, dengan menggosok bahagian antara gigi dan gusi terlebih dahulu, dengan angle 45 darjah ke dalam gusi. Sebab kat situla sisa makanan terkumpul. So, selepas membersihkan kesemua bahagian tersebut, suke ati kome la nak buat gaya gosok gigi ape pun.

(3) Gosok gigi dengan menggunakan berus gigi soft, or extra soft kerana ia lebih flexible dan senang masuk ke celah-celah gusi dan gigi. 

(4) Jagalah kesihatan gigi anda kerana tanpa gigi anda tak akan mampu tersenyum lagi tak kisah ar anda cantik or ensem mana pun.

Next target, luruskan gigi. Tunggu kaya sebab this one considered cosmetic and company xbole tanggung. Dasar perabih duit company kan aku ni. Waakakakaka~

Senyum.....









No comments:

SukeLagi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DikuasakanOleh