Le Sponsers

Saturday, September 28, 2013

Resepi Pavlova

Resepi Pavlova ni saya ambil dari blog Fatin Liyana Asri. Ala adik ipar owner blog pelik tu. hik2

Aku ni pelupa. Bila pelupa setiap kali nak buat pavlova setiap kali tu lah nak google bagai. Letih weh letih! Tapi kalau tulis kat blog pun sama gak. Tapi takpelah. At least blog sendiri lagi senang ingat. ahahah.

::MERINGUE::

4 biji putih telur
175 Caster Sugar
1 sudu kecil cuka masakan
1 sudu kecil tepung jagung
1 sudu kecil esen vanila


::HIASAN::

Non-diary whipped cream/Thickened Cream
Strawberry/ Blueberries

::CARA-CARANYA:: 

(1) Oven

Panaskan oven 170 degree C

(2) Meringue

Pukul putih telur dengan electric mixer sampai dia kembang. Nak tau ckup ke tak, sampai putih telur tu tak jatuh kalau kita terbalikkan bekas. 

Then, sambil-sambil sambung pukul masukkan 2-3 sudu gula and pukul lagi. Camtulah sampai gula abis. Pastikan pukul betul2 sampai gula hancur sebab kalau tak nanti bila bakar meringue ni menangis (ada lelehan air gula keluar dari meringue. Tak cun ah weh.

Pastikan meringue form a soft peaks and berkilat. Kalau kita angkat mixer tu dia akan ada bentuk tajam tapi jatuh cam rambut ikal mayang gitu. Pastikan jugak bila kita terbalikkan bekas adunan tu tak jatuh. Kalau ok bole la masuk masterchef! ;P

Then boleh guna mixer or spatula jer. Masukkan cuka masakan, esen vanila and tepung jagung. Pukul smpai sebati. 

Untuk bakar, jangan guna cake mould or loyang. Guna baking tray yang tak ada dinding (teruk bahasa kau ni). Lapik dengan baking paper yang telah kita lukis bentuk bulatan dibelakangnya. Kemudian tuang adunan ikut bentuk bulat tu. Agak-agakla saiz dia sebab nanti meringue ni akan kembang. 

Kalau nak buat layer, just separate adunan into two lah.

Better buat tengah2 rendah dari tepi so nanti kita bole hias dengan cemerlang. Takdela jatuh-jatuh stobery kite ye puan-puan.

Then, bako bako bako selama 30-40 minit. Bila dah masak, buka sedikit oven dan biarkan dia sejuk dalam oven. 

(3) Hiasan

Pukul whipped cream sampai kembang. Honestly aku tak berjaya lagi. haha. Selama ni pavlova daku pakai instant whipped cream and whipped cream tak jadi tapi saya tak pernah mengalah! haha.

Ala tensen la ahahaha. Nnti dah berjaya aku bagitau lah. ahaha. Tapi aku tengok kat blog FL dia guna Pauls Thickened Cream. Berdasarkan pembacaan aku, kalau guna non-diary whipped cream lagi ok daripada dairy whipped cream. Dairy whipped cream cepat mencair.
Based on reading jugak, pastikan smua alatan termasuk mixer, mangkuk, and whipped cream tu sejuk dalam peti. Pukul whipped cream dengan ais di bawah mangkuk pun maybe membantu yang penting sejuk. Tambah 2-3 gula if nak manis. Tapi meringue dah manis so up to you. Don't over-whipped kalau x nanti whipped cream akan berketul. Oh my menakutkan betullah. ahaha.

Then spead all over the meringue. Hias dengan buah-buahan yang masam to balance the sweetness of the meringue. Strawberry giant dan sebagainya. Berries susah nak cari ces.

Gamba pavlova saya ada dalam instagram. Maka sila follow saya di www.instagram.com/nurhidayahb. ahaha diva. 

Sejak jadi isteri ni rajin la masak. hmmmm ;D





 

No comments:

SukeLagi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DikuasakanOleh