Terlambatkah aku? Agak r kan. ahahahaha.
Disebabkan saya baru je tukar hobi saya dari tidur kepada melancong, now saya nak share bagaimana untuk pergi ke Bali! Choy. Bagaimana nak survive di Bali!
What Bali looks like?
Walaupun Bali sebahagian dari Indonesia, tetapi Bali tidak seperti tante-tante dan om-om di Malaysia ni. Agama utama di Bali ialah Hindu. Kebanyakan mereka ialah orang Indonesia, lol. Non-Muslim community lah kira. So kalau anda berhajat nak pergi Bali sebab nak makan ayam penyet, choyyyy... Mimpi lah. haha. Bole je but it is so hard to find a halal food here. Kalau kita jalan-jalan kat Bali ni, makanan yang biasa kita jumpa ialah babi guling. Sebijik ha atas kaunter. Mampu? :D
Ape la intro macam ni. haha
Where to go?
Last time I was in Bali, I am experiencing my honeymoon. Ngeh2.
(1) Jimbaran. Kami stay kat Pat Mase Villa kat Jimbaran sebab lokasi dia dekat dengan airport and Bandar Kuta. Hotel dia takla right to the beach. Macam ke dalam sikit but we got private pool! :P haha. Jimbaran ni juga terletak di tepi pantai. And they got a lot of seafood. Yay food! Pantai Jimbaran sangat cantik lebih-lebih lagi di waktu senja di mana sunset hanyalah di depan mata. OOo my so stunning. Restoran-restoran semua betul-betul di tepi pantai, sambil-sambil makan boleh buat sand castle gitu. So kalau anda suka pantai, dudukla kat Jimbaran!
(2) Bandar Kuta. Bandar Kuta juga terletak di tepi pantai close to the airport. Most of the hotels and accomodation memang betul-betul tepi pantai. Dekat dengan shopping mall juga tapi tak tahu la ada movie ke tak. Pergi Bali tengok movie? Eww
Dekat dengan pantai ni jugak banyak kedai cenderamata. Jangan risau kalau anda tak larat nak jalan kaki gi kedai tu, kedai tu sendiri akan datang kejar anda. Mau pak? Mau buk? Adoiyai. Kacau loh saya mau cumbu-cumbuan sama suami! :P Kuta agak meriah compare to other places in Bali. Ada banyak club juga.
(3) Ubud. Ubud terkenal dengan elevated paddy nye. Paddy dia memang cantik! Gitu speaking. More kampung style compare to Kuta. Lebih sejuk mungkin. Agak jauh dari airport, about 1 to 1 1/2 hour perjalanan sebab Bali always macet (bad traffic). That is why you are not advised to drive by yourself. But yeah, if you are adventerous person, why not? ;D. Kat Ubud pun ada Monkey forest kalau korang nak jalan-jalan dan di kejar monkey. Haha. Don't like it much!
(4) Kintamani. Perjalanan ke Kintamani mengambil masa lebih kurang 4 jam menggunakan avanza dari Jimbaran. What they got here? Volcano! Geologist loves volcano right, I'm just pretending to like it because I'm a reservoir engineer. Heh~ Kita boleh nampak Mount Batur Volcano dari Kintamani. Cuaca di Kintamani lebih sejuk. Great view too. Sangat cantik. Tapi yang tidak menggembirakan hanyalah penjual-penjual yg sentiasa mengekori anda. huahua. Must go tau!
(5) Tanah Lot. Ok Bali sangat terkenal dengan kekuatan budayanya. And diorang juga kuat agama. Kat Bali banyak sangat Pura. Bukan pura2! Pura, is their Temple. So, kat Tanah Lot ni ada Pura yang terletak di tepi laut. Angin sangat kuat dan pemandangan sangat lah cantik. Pheww pheww syok gila wey lepak situ sambil makan jagung bakar. Tapi tudung memang cam harem. Lainkali datang sini pakai shawl! Time kitorang masuk sini, supir tu suruh kitorang cakap kat guard ti kitorang dari Jakarta sebab harga tiket for local people lagi murah. Tapi aku ni telinga pekak. Guard tanya dari mana, aku cakap dari KL. Dah kenapa kau. Kena beli tiket baru. Rugi2. huahuahua. Ingat pesanan aku ni!
(6) Nak beli t-shirt and such?? Mintak supir bawak pergi 1 kedai ni memang jual t-shirt yang banyak namanya Krisna kat Kuta.
(7) Celuk. Gold and silver smith. Siapa yang minat boleh la stop by. heheh. I xstop pun. :D
Tak membantu gila kau ni haha
(8) Bali Pulina. Ok this is also one of the place yang kitorang singgah otw to Kintamani. Boleh tengok kat sini macam mana mereka proses Kopi Luwak(Musang). Diorang akan bagi Luwak ni makan biji kopi. Then, biji kopi tu akan keluar sebagai najis. Then, diorang kutip, keringkan dan bersihkan balik biji kopi tu. Kisar. Tadaaa! Luwak Coffee. Sedap. hihi. Boleh stop by and menikmati pemandangan hutan kat dia punya coffee shop. Dia akan hidang tak silap 12 jenis tea and coffee, and delicious tapioca snack. Nyummy.
(9) The Barong Dance of Bali. It is for me like an open musical theatre. Menarik sebab tak pernah tengok, tak faham sebab dia speaking Bali pekat sangat. Har2.
Ok susah untuk aku sharekan perjalanan yang save budget sebab aku and husband pun macam gamble gakla datang sini. Bajet terer. Syai je pandai menawar, aku jangan harap ler. haha. So, some advise untuk yang mementingkan budget. Book everything in advance. All of it. Flights, Hotel, hotel-airport transfer, and also your supir. Sebab once kat sana, kita akan pening-pening oh my nak pergi mana and just go with our limited options. Then kena ketuk dengan orang Bali. hihihh. It is always good to plan ahead right?
Tukar duit, sila tukar kat Malaysia jugak. Sebab rate sini lain. Of course la kan.
So, cukupla pengalaman sendiri ini ku kongsikan. Nak lebih banyak, you can start google from here. ;D
No comments:
Post a Comment