Le Sponsers

Saturday, September 28, 2013

Resepi Pavlova

Resepi Pavlova ni saya ambil dari blog Fatin Liyana Asri. Ala adik ipar owner blog pelik tu. hik2

Aku ni pelupa. Bila pelupa setiap kali nak buat pavlova setiap kali tu lah nak google bagai. Letih weh letih! Tapi kalau tulis kat blog pun sama gak. Tapi takpelah. At least blog sendiri lagi senang ingat. ahahah.

::MERINGUE::

4 biji putih telur
175 Caster Sugar
1 sudu kecil cuka masakan
1 sudu kecil tepung jagung
1 sudu kecil esen vanila


::HIASAN::

Non-diary whipped cream/Thickened Cream
Strawberry/ Blueberries

::CARA-CARANYA:: 

(1) Oven

Panaskan oven 170 degree C

(2) Meringue

Pukul putih telur dengan electric mixer sampai dia kembang. Nak tau ckup ke tak, sampai putih telur tu tak jatuh kalau kita terbalikkan bekas. 

Then, sambil-sambil sambung pukul masukkan 2-3 sudu gula and pukul lagi. Camtulah sampai gula abis. Pastikan pukul betul2 sampai gula hancur sebab kalau tak nanti bila bakar meringue ni menangis (ada lelehan air gula keluar dari meringue. Tak cun ah weh.

Pastikan meringue form a soft peaks and berkilat. Kalau kita angkat mixer tu dia akan ada bentuk tajam tapi jatuh cam rambut ikal mayang gitu. Pastikan jugak bila kita terbalikkan bekas adunan tu tak jatuh. Kalau ok bole la masuk masterchef! ;P

Then boleh guna mixer or spatula jer. Masukkan cuka masakan, esen vanila and tepung jagung. Pukul smpai sebati. 

Untuk bakar, jangan guna cake mould or loyang. Guna baking tray yang tak ada dinding (teruk bahasa kau ni). Lapik dengan baking paper yang telah kita lukis bentuk bulatan dibelakangnya. Kemudian tuang adunan ikut bentuk bulat tu. Agak-agakla saiz dia sebab nanti meringue ni akan kembang. 

Kalau nak buat layer, just separate adunan into two lah.

Better buat tengah2 rendah dari tepi so nanti kita bole hias dengan cemerlang. Takdela jatuh-jatuh stobery kite ye puan-puan.

Then, bako bako bako selama 30-40 minit. Bila dah masak, buka sedikit oven dan biarkan dia sejuk dalam oven. 

(3) Hiasan

Pukul whipped cream sampai kembang. Honestly aku tak berjaya lagi. haha. Selama ni pavlova daku pakai instant whipped cream and whipped cream tak jadi tapi saya tak pernah mengalah! haha.

Ala tensen la ahahaha. Nnti dah berjaya aku bagitau lah. ahaha. Tapi aku tengok kat blog FL dia guna Pauls Thickened Cream. Berdasarkan pembacaan aku, kalau guna non-diary whipped cream lagi ok daripada dairy whipped cream. Dairy whipped cream cepat mencair.
Based on reading jugak, pastikan smua alatan termasuk mixer, mangkuk, and whipped cream tu sejuk dalam peti. Pukul whipped cream dengan ais di bawah mangkuk pun maybe membantu yang penting sejuk. Tambah 2-3 gula if nak manis. Tapi meringue dah manis so up to you. Don't over-whipped kalau x nanti whipped cream akan berketul. Oh my menakutkan betullah. ahaha.

Then spead all over the meringue. Hias dengan buah-buahan yang masam to balance the sweetness of the meringue. Strawberry giant dan sebagainya. Berries susah nak cari ces.

Gamba pavlova saya ada dalam instagram. Maka sila follow saya di www.instagram.com/nurhidayahb. ahaha diva. 

Sejak jadi isteri ni rajin la masak. hmmmm ;D





 

Thursday, September 19, 2013

Bali

Terlambatkah aku? Agak r kan. ahahahaha.

Disebabkan saya baru je tukar hobi saya dari tidur kepada melancong, now saya nak share bagaimana untuk pergi ke Bali! Choy. Bagaimana nak survive di Bali! 

What Bali looks like?

Walaupun Bali sebahagian dari Indonesia, tetapi Bali tidak seperti tante-tante dan om-om di Malaysia ni. Agama utama di Bali ialah Hindu. Kebanyakan mereka ialah orang Indonesia, lol. Non-Muslim community lah kira. So kalau anda berhajat nak pergi Bali sebab nak makan ayam penyet, choyyyy... Mimpi lah. haha. Bole je but it is so hard to find a halal food here. Kalau kita jalan-jalan kat Bali ni, makanan yang biasa kita jumpa ialah babi guling. Sebijik ha atas kaunter. Mampu? :D

Ape la intro macam ni. haha


Where to go?

Last time I was in Bali, I am experiencing my honeymoon. Ngeh2.

(1) Jimbaran. Kami stay kat Pat Mase Villa kat Jimbaran sebab lokasi dia dekat dengan airport and Bandar Kuta. Hotel dia takla right to the beach. Macam ke dalam sikit but we got private pool! :P haha. Jimbaran ni juga terletak di tepi pantai. And they got a lot of seafood. Yay food! Pantai Jimbaran sangat cantik lebih-lebih lagi di waktu senja di mana sunset hanyalah di depan mata. OOo my so stunning. Restoran-restoran semua betul-betul di tepi pantai, sambil-sambil makan boleh buat sand castle gitu. So kalau anda suka pantai, dudukla kat Jimbaran!






(2) Bandar Kuta. Bandar Kuta juga terletak di tepi pantai close to the airport. Most of the hotels and accomodation memang betul-betul tepi pantai. Dekat dengan shopping mall juga tapi tak tahu la ada movie ke tak. Pergi Bali tengok movie? Eww
Dekat dengan pantai ni jugak banyak kedai cenderamata. Jangan risau kalau anda tak larat nak jalan kaki gi kedai tu, kedai tu sendiri akan datang kejar anda. Mau pak? Mau buk? Adoiyai. Kacau loh saya mau cumbu-cumbuan sama suami! :P Kuta agak meriah compare to other places in Bali. Ada banyak club juga. 




(3) Ubud. Ubud terkenal dengan elevated paddy nye. Paddy dia memang cantik! Gitu speaking. More kampung style compare to Kuta. Lebih sejuk mungkin. Agak jauh dari airport, about 1 to 1 1/2 hour perjalanan sebab Bali always macet (bad traffic). That is why you are not advised to drive by yourself. But yeah, if you are adventerous person, why not? ;D. Kat Ubud pun ada Monkey forest kalau korang nak jalan-jalan dan di kejar monkey. Haha. Don't like it much!







(4) Kintamani. Perjalanan ke Kintamani mengambil masa lebih kurang 4 jam menggunakan avanza dari Jimbaran. What they got here? Volcano! Geologist loves volcano right, I'm just pretending to like it because I'm a reservoir engineer. Heh~ Kita boleh nampak Mount Batur Volcano dari Kintamani. Cuaca di Kintamani lebih sejuk. Great view too. Sangat cantik. Tapi yang tidak menggembirakan hanyalah penjual-penjual yg sentiasa mengekori anda. huahua. Must go tau!






(5) Tanah Lot. Ok Bali sangat terkenal dengan kekuatan budayanya. And diorang juga kuat agama. Kat Bali banyak sangat Pura. Bukan pura2! Pura, is their Temple. So, kat Tanah Lot ni ada Pura yang terletak di tepi laut. Angin sangat kuat dan pemandangan sangat lah cantik. Pheww pheww syok gila wey lepak situ sambil makan jagung bakar. Tapi tudung memang cam harem. Lainkali datang sini pakai shawl! Time kitorang masuk sini, supir tu suruh kitorang cakap kat guard ti kitorang dari Jakarta sebab harga tiket for local people lagi murah. Tapi aku ni telinga pekak. Guard tanya dari mana, aku cakap dari KL. Dah kenapa kau. Kena beli tiket baru. Rugi2. huahuahua. Ingat pesanan aku ni!






 (6) Nak beli t-shirt and such?? Mintak supir bawak pergi 1 kedai ni memang jual t-shirt yang banyak namanya Krisna kat Kuta.

(7) Celuk. Gold and silver smith. Siapa yang minat boleh la stop by. heheh. I xstop pun. :D
Tak membantu gila kau ni haha

(8) Bali Pulina. Ok this is also one of the place yang kitorang singgah otw to Kintamani. Boleh tengok kat sini macam mana mereka proses Kopi Luwak(Musang). Diorang akan bagi Luwak ni makan biji kopi. Then, biji kopi tu akan keluar sebagai najis. Then, diorang kutip, keringkan dan bersihkan balik biji kopi tu. Kisar. Tadaaa! Luwak Coffee. Sedap. hihi. Boleh stop by and menikmati pemandangan hutan kat dia punya coffee shop. Dia akan hidang tak silap 12 jenis tea and coffee, and delicious tapioca snack. Nyummy. 





(9) The Barong Dance of Bali. It is for me like an open musical theatre. Menarik sebab tak pernah tengok, tak faham sebab dia speaking Bali pekat sangat. Har2.




Ok susah untuk aku sharekan perjalanan yang save budget sebab aku and husband pun macam gamble gakla datang sini. Bajet terer. Syai je pandai menawar, aku jangan harap ler. haha. So, some advise untuk yang mementingkan budget. Book everything in advance. All of it. Flights, Hotel, hotel-airport transfer, and also your supir. Sebab once kat sana, kita akan pening-pening oh my nak pergi mana and just go with our limited options. Then kena ketuk dengan orang Bali. hihihh. It is always good to plan ahead right?

Tukar duit, sila tukar kat Malaysia jugak. Sebab rate sini lain. Of course la kan. 

So, cukupla pengalaman sendiri ini ku kongsikan. Nak lebih banyak, you can start google from here.  ;D

 

Wednesday, September 11, 2013

Online Shopping

Hoih.
Trend sekarang kalau nak shopping tak payah keluar rumah, atau melangkah keluar dari opis. Lebih-lebih lagi orang macam aku ni, malas jalan. Kalau boleh nak letak roda bawah kaki, lepas tu tekan remote control je. kiri, kanan... set coordinate: IKEA. Sampai. Kalau boleh lagi, terus letak IKEA:sofa:black:cheap. Ha senang hidup. hahaha.

Actually aku tak suka online shopping baju sebab first time aku beli baju tu tak kualiti sangat, lepas tu saiz pun salah. Tapi ada satu website yang aku suka sangat sebab baju dia tak mahal sangat, design menarik dan kualiti tinggi. Jahitan kemas. Terbaik. Tak caya tengok bawah ni. Cun kan dress i, suka sangat design and material dia.




I am very picky kalau beli baju lebih-lebih lagi dari segi material and design, colour. I sangat high taste hokey, so kalau iols promote uols kena percaya. So, iols dengan sangat diva nak promote la kat kengkorang. ahahaha.

Kalau nak cari baju tops, dress, bottom yang cun boleh la pergi ke ZAWARA.com.

Harga lebih murah dari poplook tau! Lol. Postage sangat cepat (1-2 days dah sampai), comes in a box lagi. Kau hade. Sebab dia hantar dress tu dalam kotak terus jadi favourite shopping site. Gituh. haha. Recommended and approved by DayahB. ;D

Kalau rasa ragu2, boleh terus baca topik ROSMAN kat bawah. Lepas tu kalau rasa nak singgah lah website zawara tadi ehhh..gedik kan. You can simply click the banner at your left. Lepas click, beli! Tak beli siap. Eh macam Zawara tu aku punya ahahaha.

By the way now Zawara.com got new arrival Deana Dress sangat cantik and up to date. Chekidout!

Enjoy shopping!

SukeLagi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DikuasakanOleh