Le Sponsers

Sunday, November 25, 2012

Legoland Malaysia

Hai Hai Hai !
Sambil tercungap-cungap. Penat la duduk rumah mak ni, asyik makan makan makan. Macam mana nak mainain body nih. Muahahaha salahkan omak ekau pulak kan.

Last deepavali, aku telah menumpang kedua-dua kaki ke rombongan murid darjah 6 SRAI 19 ke Legoland Malaysia! Tahniah untuk saya huurey! Disebabkan itu, saya tak bayar la tiket. Kakak saya yang bayar. Kih3.

Legoland Malaysia terletak di Nusajaya, JB. Waktu pergi ni pun, aku taktau tempatnya kat mana. Aku guna Waze je. Waze ni sangat bijak! So, first things first aku offer korg, diulangi.. offer korg (mcm waze n aku punya haha) untuk download Waze ke smartphone korg kerana ia sangat berguna di kala korang sesat dan di kala korang berada di dalam jam! 


 Once open apps ni, kena sign in lah dulu. Then, dia automatic detect location kita.

Boleh tengok report sepanjang route navigated by waze like accident, police road block, cameras, hazard on the road etc etc.



Kita pun boleh report traffic, accident or what mentioned above. Boleh chat orang kereta sebelah kalau bosan. Mana tau jodoh LOL. Wakaka

Tapi kalau dari KL, keluar ke exit ... Erm korang bukaklah peta k. haha. Tak ingat jalan. Rule aku senang je. Cari signboard g Nusajaya. Ikut je nanti dah dekat-dekat tu adela signboard ke Legoland. Hah senang! :P



Last time aku pergi, kena bawak budak-budak bersiap and mandi kat Masjid Lapangan Terbang Senai sebab bertolak dari KL jam 12 malam. Then, just ikut highway je ke Nusajaya tu senang sangat. Sebab kalau kita ikut jalan dalam, lalu bandar, alamat nya lambat la kome. Sesat lagik. Waze pun takkan tnjuk la jalan dalam tu hahaha.

Legoland beroperasi 7 hari seminggu dari jam 10 pagi ke 8 malam. Kalau boleh, belila tiket online, beli awal-awal. Sebab kalau beli time tu, pehhh kenala datang awal sebab ramainya orang Subhanallah. Pelik aku. 

Tiket untuk masuk ialah RM140 untuk orang dewasa dan RM110 untuk kanak-kanak. Tapi kalau book onine, dapat RM105 untuk dewasa dan RM85.20 untuk kanak-kanak dan veteran more than 60 years old.  Wooo baru tau.

Tapi kalau buat rombongan sekolah, kakak aku dapat harga RM75/person camtuh, sekali dengan RM15 food voucher. Boleh makan dekat mana-mana restoran yang disediakan di dalam legoland. Emm quite berbaloi la jugak sebab bayar sekali je, dalam tu kau main la sampai muntah.

Untuk Singaporean, don't worry and don't bother to change currency because there, they accept Singapore Dollar.

Just for review, Legoland adalah satu tempat yang PANAS. Sebab pokok dia kecik-kecik lagi. Then, tambah pulak ramai orang. Fuh. Tapi, game dia semua best2. Tinggal tak berani nak naik je sebab cam scary sangat, dah tua kan.. takut kena heart attack plak. Ekekeke. Then, kalau dah sampai lambat tu jenuh jugak la nak beratur everytime nak main kan. Standard Genting Highland lah. Letih gila. Sampai aku and akak aku pergi tido jap dalam surau dr kul 12.30 sampai kul 2. Har3.

Kagum juga dengan binaan dalam tu. Semua buat dari lego. Fulamak gigih-gigih. Selain dari jalan-jalan tengok bangunan yang di buat dari lego, banyak juga permainan yang disediakan. Syok!

Untuk sape-sape nak pergi lepas ni, 1 je pesan aku. Sila bawak ice-box yang penuh dgn air tin ke apa ke. haha. Sebab, barang kat dalam Legoland bagi aku adalah sangat mahal. Air pepsi RM5 sebotol, ribena RM6, makan pun boleh tahan. Souvenir? Hmmm..... mahal nak mampus kot. wakakaka. Paling murah aku jumpa keychain bentuk lego kecik RM12++ satu. Aku plak, bawak anak buah aku sorang. Time tu aku tak cucuk duit sangat sebab memang tak berniat nak beli apa-apa kat dalam. Aku bukan peminat lego. And tak minat barang mainan. FYI! Dia semangat nak cari hadiah untuk adik-adik dia. Fuh jenuh nak mencarik. Nasib aku bawak ko sorang je kak. Kalau bawak adik-adik ko botak dah makcik ko ni.

Anyway, for more information, log on to www.legoland.com.my.


Enjoy your visit to Legoland! Eceh cam Legoland bayo aku plak.



Friday, November 23, 2012

Bengkel Bermasalah-City Hundred Motor

Salam.

Hari ni aku nak buat aduan secara public tentang bengkel yang repair kereta aku time aku accident bulan 4 yang lepas. Nama bengkel tersebut ialah City Hundred Motor, beralamat di Lot 1043, Jalan Cempaka, Kampung, Sungai Kayu Ara, 47400 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Aku hantar kat sini sebab bengkel ni bengkel panel insurans aku. Actually banyak insurans yang endorse bengkel ni (ntah betul ke x ayat aku) wakaka. Time tu, aku yang sengal ter'sign' surat kebenaran untuk membawa kereta aku ke bengkel tu. Oh bengong sungguhla aku. 

Sebelum accident, kereta aku cantik, putih, kalau basuh memang cun melecun habislah. After aku hantar kat bengkel ni, yang katanya menggantikan kerosakan kereta aku dengan barangan Honda yang asli, hm ranap! Penipu besar. Dah la charge aku sampai RM10k++ untuk repair, lepas tu bagi cat cap ayam kat aku. Dalam 3-4 bulan after aku ambil kereta, sikit-sikit cat aku tertanggal kat bahagian hood depan.Semuanya kat parts yang di ganti dan di cat baru. Then, aku tersangatla busy, aku dah start duduk dengan mak aku, so memang limited gila masa nak pergi bengkel sebab pikir 1000 kali nak pergi kerja macam mana. Isk3. Dia bagi warranty kat aku 6 bulan. So, bulan 9 (2 minggu sebelum warranty tamat wakakaka) aku datang bengkel suruh dia betulkan cat aku. Boleh tak dia cakap, ni kena batu kecik ni, bukan sebab cat punya kualiti. Kepala hangguk kau. Apsal bahagian lain tak ape-ape pun? Then aku tak puas hati la, aku suruh dia cat balik.

Dia kata dia nak tampal tampal je. Aku cam..................haromjadah. -__-'
Aku suruh dia cat semua tapi dia macam nak taknak je. Huh membazir je aku bawak abg aku yg muka garang tu. Idoknye menolong aku provoke cine tuh. haha.
Then aku cakap, you buat la macam mana pun, aku tau kereta aku kembali bersinar. Bukan mcm kereta buruk.

2 hari lepas aku hantar, dia cal... Dah siap. EH? Cepat gila. Then, kan aku cakap... Aku takda masa nak delay-delay amek kereta tu sebab aku takda transport nak g kerja. So, Aku terus datang amek tapi aku sampai lambat (6.30 ptg). Bengkel dah tutup, and dia just suruh pekerja dia tunggu aku sampai untuk aku amek kereta. Aku ni pun 1, bengong. Aku malas nak check-check ni. Lagipun datang cam kelam kabut kan. SO, sampai rumah baru aku cek. Jeng2 sila lihat apa dia buat kat kereta aku...


Dia tak cakap pulak boleh cat guna liquid paper je. Kalau boleh takdela aku hantar kat ko sengal! Sakit pula hati kita ni. Aku cam.... -___-' Akanku balas...segala perbuatanmu...
Ko nak tampal pun, ko tampal la elok-elok skit. Camni aku suruh anak buah aku pun boleh.

Dan, setelah 2 minggu.... Aku pun gigih hari tu, basuh kereta sendiri. Busy kot tak sempat hantar bengkel. :P Lihatlahhhhh~






Memang aku tak basuh kereta lagi time nih. Muahahaha tetapi kekotoran di atas adalah kekotoran abadi kot. Hantar carwash pun tak hilang. So, bukan salah aku tak pandai cuci kereta. 

And more!

After like 2 months...



U have no idea how 'happy' I am. Kereta aku baru setahun 2 bulan kot. Dah tau aku claim insurans, bayar kau beriban-riban, kau cat la elok-elok sikit. Aku takda mood betul la nak jumpa apek atau secretary apek tu. I'll definitely make a report to my insurans and padan muka kau!

Kalau insurans aku taknak amek tindakan, aku puas hati jugak sebab dapat sebarkan ketodakprofessionalan kau ni. 

Akhir kata,

Kalau accident, please please and please avoid signing anything. Tolonglah call Honda, Nissan, Proton, Hyundai sendiri and suruh diorang bawak ke centre. Please avoid bengkel ni sebab pekerja dia tak pandai buat kerja! Dia ada sijil mewarna kanak-kanak je kot. Kalau dia kata bawak g centre tu lama, kau terajang je sebab orang Honda cakap kat aku takpun. Hm padan muka aku dan kau! Terpaksa aku liquid paper kan kereta aku sendirik. (Nangeh)

Monday, November 5, 2012

The Important of CPR: Part I

Hai uols. Nak tau tak? Selain dari menjadi engineer berjaya kat company i (aminn), i pun Safety Floor Manager. Gempak kan bunyi dia? Haha. 



Bekerja di Twin Tower adalah satu kelebihan, tetapi jangan lupa, sebenarnya banyak juga kelemahan bangunan tinggi ni. Lagi tinggi ekau, lagi susah ekau nak turun ha den kabo kat ekau ni. KLCC Urusharta perlu memastikan pelan keselamatan efektif di kedua-dua menara Petronas ini kerana ia akan memudahkan proses menyelamatkan diri oleh semua pekerja apabila berlaku kecemasan. So, setiap floor dalam Twin Tower akan ada 4 orang floor manager yang bertugas memastikan semua aspek keselamatan ketika bekerja terjaga. Mereka juga dipertanggungjawabkan untuk membantu proses menyelamatkan diri ketika berlaku kecemasan. Bak kata bos aku, 'you will be the last person to left the floor'. Selain dari itu, kami juga diberi taklimat khas, dan kami dapat melawat Skybridge! Hm, suka tak? Suka kan. Glemer gitu. Kakaka. Batak gila.

So, last week aku dapat emel dari HSSE Department, diorang dah enrolled kan aku dalam 'CPR and First Aid Training'. Aku pun, alahai~  Busy tahap kritikal la pulak sekarang. Report nak submit blablabla tapi, pergi la jugak atas nama tanggungjawab. Hah gituuuu. :P

But actually, when I enter the class, I realized something. CPR and first aid skills is quite important and crucial even in my daily life. Accident happen everywhere, and malang pun tak berbau. So, somehow I feel grateful that I have this opportunity. I'm not attend this training for Murphy. I attend this training for myself, my family, my friends, and for people I love. 

Ok let me tell you what is what and why this is important.

What is CPR?

CPR is Cardio-Pulmonary-Resuscitation. Emm... Aku ni dulu tak belajo bio. So I'll explain in a very simple way, a human language. kikiki. CPR yang aku faham, bantuan pernafasan untuk mengekalkan pernafasan dan membantu jantung mengepam darah. Keep the brain alive!

Why CPR is so important?

Just bayangkan...
You are watching TV, when suddenly your father, or mother, or your kids, collapse. You are on vacation, your kids went swimming, suddenly there are people shouting, somebody is drowning and it is your child. You are alone with your husband, suddenly he got heart attack. You went for dinner with your friends while suddenly she/he collapse. What will you do?

You can seek for help if you are in public area, but just imagine the worse case scenario when you are the only hope. Tak naya ko?

In any case above, timing is very critical. Why? When people collapse and unconscious, they stop breathing, and their heart stop pumping blood. We called this CLINICALLY DEATH and this is reversible and temporary. People still can be save. We breath to get oxygen, and the oxygen will be transfer to the whole body and brain by blood circulation. Getting the oxygen in our body is important but the most crucial part is, the BRAIN. Kalau tangan tak dapat oxygen, tangan mati, potong tangan. Kalau otak mati, nak potong kepala? -__-' 
When the brain stop getting oxygen, the brain will die. When the brain died, the body is permanently died. CPR, helps to keep the brain alive. Thats why la it is very IMPORTANT.

How long it takes for the brain to die?

Without CPR, the brain will start to die after 4 minutes the person is unconscious. Can you wait for ambulance in 4 minutes? Kat Malaysia ni, jangan harap la. -___-'

With CPR, you can helps the person to breath, and circulate the blood to their body parts and BRAIN. At least, until the victim is conscious, or until the ambulance arrive.

Who can do CPR?

Any body can!! 

I want to share how to do CPR, but i'm afraid you will misunderstand the technique. Sebenarnya, practical CPR adalah sangat perlu untuk memastikan teknik yang betul, dan kualiti CPR yang bagus. But still, roughly it was so simple. 

Use the concept of DR CAB

D : Danger. Keep the victim away from danger to avoid you to become a second victim. When everything is clear, proceed to R.

R : Response. Tap their shoulder and ask, are you ok sir? Abang ok abang? Yang, you kenapa yang, you okay tak you okay tak??! *nangeh. wakaka. Calm down je ok. If no response, and there is no pulse, call 999 and ask for ambulance. Or if there is somebody else, ask them to call 999 and return to the victim. Scan their body, whether there is a sign of breathing or not about 10 second. If there is no sign, start C (compression) without further due.




C : Compression. Start to compress their chest. Tetapi, harus pastikan tempat yang betul. The right place is right in the middle between their nipple line. For adult, compress at least 2 inch deep, start count until 30. For kids, compress about 2 inch. For baby, compress about 4 cm. Pump hard and fast for 30 times (about 100 compressions per minute), faster that once per second. Perhatikan kedudukan tangan. Pastikan tangan lurus, 90 degree.





A : Airway. Buka salur pernafasan dengan menolak kepala ke bawah, dagu ke atas. 




B : Blow. Buat pernafasan dari mulut ke mulut sebanyak 2 kali. Pastikan dada mangsa terangkat untuk memastikan udara berjaya masuk. If not, it is because there is no airway sebab wrong technique (please reposition the head), or that is the sign of choking. (assumption kalau anda tak menyaksikan kejadian mengapa dia pengsan).


30 Compression and 2 blow is 1 cycle. Continue until 5 cycle, and check the pulse at the neck. Macam mana nak tau kat mana? Ok, pegang leher masing2. Kalau lelaki ada halkum, pergi about 1-2 inch ke kanan atau kiri leher. Kalau perempuan pun sama, tapi bukan pada halkumla. Kita dapat rasa jugakkan kan macam ada otot kat leher, so, 1-2 inch ke kiri atau ke kanan leher. Kalau salah betulkan la eh, maklumla tak blaja bio. Hehe. Kalau after 5 cycle dia still tak response, buat sampai dia sedar.

Bila kita harus berhenti?
(1) Bila mangsa sedar or
(2) Bila anda penat gila. Kalau tak ade lak orang ke2 pengsan or
(3) Bila bantuan sampai

Kalau mangsa muntah, balikkan badan dia ke arah kita, bersihkan muntah, dan sambung CPR kalau dia tak bernafas lagi. 

Penting kan? Arghhh aku jadi stress sebab semakin aku tau risiko kemalangan and cara mengatasi, semakin aku takut family aku berada dalam situasi tu. Oh my -___-''

Part II after aku tengok Adam dan Hawa yang lembab ni! haha

SukeLagi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DikuasakanOleh