Saya suka buat entry time saya tengah busy tahap gaban.wakaka.
Saya cuma nak cakap...
Kehidupan ni memang mencabar kan. Semakin kita dewasa, semakin kita nak habis belajar, semakin kita hampir dengan realiti kehidupan sebenar dan percayalah realiti tu tak semudah sekarang. Kita diuji setiap hari dengan pelbagai perkara duniawi, keseronokan dunia, kebendaan, harta dan kekayaan. Kita berjumpa dengan lebih ramai orang. Macam-macam orang la. Tugas kita untuk memilih, sama ada nak menilai sesuatu tu dari sudut nafsu, akal, atau iman. Sebagai orang Islam, kita ada limit kita sendiri. Tak boleh nak act sesuka hati. Sentiasa lah ingat asal usul dan agama kita. Kadang-kadang aku pun terlalai sekejap, buat benda bukan2. isk. Muhasabah diri balik. And janganla Allah tarik nikmat iman dan hidayah kerana dosa-dosa aku tu. Cemana nak survive the real world ni!
No comments:
Post a Comment