Le Sponsers

Friday, October 15, 2010

perpisahan

4 Oktober 2010

Tarikh keramat buat kami sekeluarga. Buat pertama kali kami kehilangan insan yang disayangi. Buat pertama kali rumah ini menerima berita kematian seseorang yang dekat dengan kami. Zahiruddin bin Zainal Abidin, suami kepada kakanda ku Ruhana binti Bohari, telah selamat kembali ke rahmatullah. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa kami sedih dan pilu dengan kehilangan beliau. Lebih aku terasa kasihan dengan kakak ku yang sedang menganding 7 bulan. Hanya 2 bulan sahaja lagi untuk menyambut insan tersayang, tanda ikatan kasih mereka berdua, arwah meninggalkan kami semua. Sesungguhnya kami redha dengan perpisahan ini. Ya Allah ya Tuhanku, berikan kekuatan kepada kakak ku. Tanpa suami di sisi, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Jadikan kami kekuatan buatnya. Al-Fatihah.

1 comment:

Mohamad Syazwan said...

Smg rohnya dicucuri rahmat...Insya'Allah

SukeLagi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DikuasakanOleh