Le Sponsers

Tuesday, November 10, 2015

Kek Pisang Lembut

Hai.
It is 11.44 pm already. Ha memanglah aku kalau nak masak kek malam2 buta baru jadi hahaha
Taklah, siang busy la dengan budak kecik. Kalau cuti, start buka mata sampai 9 malam i will be busy with him. Siapa cakap surirumah tak penat? Kalau kerja rasa rindu pulak dengan keletah dia. Hehe

Oklah. Hari ni aku cuba buat kek pisang. Sebab pisang beli kat pasar aritu dah nak hitam uols! Adoidoii... Banyak pulak tu pisangnya. Tapi aku buat 1 jela, kalau aku habiskan pisang tu bole bisnes kek pisang aku esok. 

Resepi ni dari blog kak Azlita Masam Manis. Kakak hebat! Dah dua resepi kakak saya cuba menjadi. Sebelum tu tak menjadi sebab ingat buat kek pisang macam cekodok, main belasah je haha

Kena faham teknik je sebenarnya. Masak kek bukan macam masak daging masak kicap campak2 siap..ha tahu dok! 

Ok jom tengok resepi!

Bahan-bahan

7 biji pisang emas
4 biji telur gred A
1 cawan gula castor
2 cawan tepung kek/superfine flour
1 susu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
3/4 cawan minyak jagung
1 sudu teh Esen pisang/esen vanila

Pisang aku pisang ape r, aku taktau hahaha. Tapi besar dr pisang emas. Selalu ada kat pasar. Sebab dia besar, aku guna 5 biji.

Lets get started!

Panaskan oven dulu selama 15 minit sebelum kita start bakar kek. (170 degC, api atas bawah)

(1) Lenyek pisang. Tambahkan soda bikarbonat dan sedikit garam dalam pisang yang sudah dilenyek. Ketepikan.

(2) Dalam bekas lain, campurkan baking powder dan tepung kek. Ayak kan kedua2 nya. Ketepikan.

(3) Dalam mixer, pukul telur, esen pisang dan gula castor sampai adunan kembang dan ringan. Masukkan pisang yang telah dilenyek tadi. Gaul dengan spatula sehingga sebati.

(4) Masukkan campuran tepung dan baking powder tadi kedalam bekas adunan. Kacau dengan spatula sehingga sebati.

(5) Setel! Masukkan adunan ke dalam loyang 9 inch yang telah dilapik parchment paper & butter di sekelilingnya.

(6) Bakar di dalam oven pada suhu 17degC, api atas bawah selama 45 minit atau sehingga masak. 

(7) Enjoy! Makan dengan aiskrim pun sodap. Tapi kan dah malam ni. Maka kita simpanla buat sarapan daniel, daddy, mummy, nenek, and atok esok! Hehe


Serius lembut and sedap. Maunya aku tak kagum dengan diri aku ini muahahahaha.

Terima kasih kak Azlita for sharing the recipe :)


Thursday, November 5, 2015

Postnatal Depression dan Meroyan

Salam sejahtera kawan-kawan dan rakan bloggers. Gitu.
Rindu tak kita membebel? kahkah

Hari ni tetiba semangat blogging. Biasalah tu, nak period. 

Walaupun tertinggal kereta api, kita nak jugak cerita.
Ingat tak berita wanita terjun dari tingkat 10 tu? Ha, Wallahua'lam la dia terjun sebab apa, tapi most probably sebab postnatal depression or meroyan kata org melayu.
Ramai org ambil mudah benda ni sebab sebelum beranak kan waras lagi. Ishhhh takkanlah aku meroyan kot. Ko tengok muka aku? Sikit punya ceria, happy, kelakar lagi. Gitu. 
Sebenarnya kita tak sedar benda ni berlaku kat kita.

Waktu berpantang dulu, honestly aku stress lah. haha. Trend mak mak zaman sekarang ni, bajet perfect kan. Beranak normal, perfecttttttt... Gentlebirth, amazingggg... doktor yang sambut perempuan? Terbaikkkkk... Fully breastfeed? Gila hebatttttt... Wahhh mahal baju anak ko ni! Kayaaaaa! Anak tak nangis? Pandai jaga anak la awk ni! So org yang tak perfect macam saya ni, rasa offended tanpa dipinta. hahah

Soalan yang ditakuti ketika berpantang:

(1) Ceaser ke? Kenapa ceaser? Kenapa tak beranak normal? Sayang kan terlepas pahala beranak... 
(2) Anak hisap puting kenapa? Tak elok tau puting ni nanti rosak gigi!
(3) Anak minum susu apa? 
(4) Eh kenapa bagi botol awal sangat? Kenapa pump susu?
(5) Kenapa tak direct breastfeed je?
(6) Kenapa tak pakai stokin? 
(7) Kenapa tak ikat rambut tinggi-tinggi?
(8) Kenapa mandi lepas berurut? erkk
(9) Kenapa anak ko ni asik lapa je ni..topup susu tepung nak?
(10) Kenapa tak cuba latch baby lagi?
(11) Kenapa tak cuba latch baby lagi? kenapa? kenapa?
(12) Kenapa tidur dalam bilik aircond ni?

Okla itu soalan kat aku la taktaula kat kau wakakaka. Aku ada jawapan aku sendiri, and aku tak kisah kalau kau tak suka, dan kebanyakan jawapan adalah suka hati aku. Tapi aku mampu cakap camtu lepas pantang la, dulu time pantang cam clueless, speechless walaupun tau jawapan tapi nak nangis je. Tak pun nak mengamuk. wakakaka

Ko tau tak penat? Ko tau tak aku baru beranak? Ko pernah kan beranak, dah kenapa kau nak tensenkan aku? Yang tak beranak lagi tu lain cite la tapi sensitipla sikit khennn..walaupon throwback masih membara perasaanku ini haha

Ibu baru ni masih nak biasakan diri dengan keadaan. Dulu baby ada, tapi dalam perut. Pandai tidur sendiri, makan cukup, membesar dengan sihat, tak bangun malam.
Sekarang baby dah keluar, kebanyakan perasaan yang ada adalah RISAU. Sayang ada, tapi lebih RISAU.

Risau anak lapar
Risau anak tak cukup susu
Risau anak sakit
Risau tak pandai jaga anak
Risau kalau tertidur terhimpit anak
Risau anak nangis, sakit ke? tak selesa ke?
Risau kenapa anak aku ni lepas menyusu berak lepas menyusu berak, cirit birit ke normal?
Risau kenapa aku aku taknak tidur
Risau kenapa dia menangis beria sangat
Risau susu tak keluar
Risau breast bengkak 
Risau segala2lah

Bila risau, takleh tido, Dok la google kenapa kenapa, pastu try solution tak menjadi, risau balik..ha ulang lagi sampai anak ko ok. Penat mentally, penat physically. Nak2 pulak ko dtg tensenkan aku je. I'm trying you know, I'm trying really hard to make myself perfect mother but I'm still not. Siapa yang tak sedih bila mcm tu? Dahla stress, sedih lagi. Kau pulak dok tanya macam-macam. Apa-apa jela wey! haha

Time aku pantang, boleh dikatakan every week aku demam, Sampai satu tahap aku sesak nafas, tak boleh baring langsung, tidur duduk. Ko bayangkanlah. Pergi klinik, duduk klinik 3-4 jam masuk air and ubat, doktor cakap 'awak ni ada postnatal depression', banyakkan berehat. Aku terkejut gak, cam... Ye ye je doktor ni.. hihi
Tapi taktahulah. Aku dengar daniel nangis je terus panik. Rasa macam nak marah ada gak. Kesian Daniel mummy! waaa

So ibu2 yang bakal beranak, don't underestimate benda macam ni. Tips paling penting untuk kekal bertenang ialah,

(1) Tarik nafas, bertenang. Ibu, semua baby nangis. Bayi anda normal. Jangan panik. Tapi kalau dia mennagis lama sangat sila lah panik, tapi ajak suami sekali supaya panik bahagi 2 ahaha

(2) You are the best mother to your child. Other mother are the best mother to their child so biaq pi la depa nak kata apa. Asalkan kita dah buat yang terbaik, baby sihat, kita happy, suami happy sudahla. Kalau suami ko tak happy g bincang apa yang yak happy setel leklok.

(3) Tell others how you feel, terutamanya suami. Cakap camni, 'saya tak tahula kenapa bila baby nangis je ase panik and nak marah. Bila kamu tak tolong eh lagila saya rasa nak marah yang..Tolong cuci berak die bole x?' Hee

(4) Jangan duduk sorang2, berpantanglah bersama ibu atau suami atau adik, atau bibik. Kalau tak ada sesiapa, banyakkan berzikir, banyakkan tengok cerita kelakar eh eh

(5) Orang yang suka kondem adalah busuk. Jangan kawan diorang

(6) You are not alone in this. If you feel sad, don't sad ok. Jaga baby elok2, itu zuriat kita tu. Time dia kecik ni sekejap je tetiba dah lari. Time tu baru ko rindu dia tido, and nangis comey2 gitu. Sekarang dah lari2 kemas rumah panjat kerusi semua hailaa..comel jugak tapi! hahaha

Go mummy!

Nah tengok daniel ni omey tak kite aunti? Kirim salam baby ok?


Time ni mak kita dah pandai tidurkan kite taw hahaha

SukeLagi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DikuasakanOleh