Le Sponsers

Tuesday, November 10, 2015

Kek Pisang Lembut

Hai.
It is 11.44 pm already. Ha memanglah aku kalau nak masak kek malam2 buta baru jadi hahaha
Taklah, siang busy la dengan budak kecik. Kalau cuti, start buka mata sampai 9 malam i will be busy with him. Siapa cakap surirumah tak penat? Kalau kerja rasa rindu pulak dengan keletah dia. Hehe

Oklah. Hari ni aku cuba buat kek pisang. Sebab pisang beli kat pasar aritu dah nak hitam uols! Adoidoii... Banyak pulak tu pisangnya. Tapi aku buat 1 jela, kalau aku habiskan pisang tu bole bisnes kek pisang aku esok. 

Resepi ni dari blog kak Azlita Masam Manis. Kakak hebat! Dah dua resepi kakak saya cuba menjadi. Sebelum tu tak menjadi sebab ingat buat kek pisang macam cekodok, main belasah je haha

Kena faham teknik je sebenarnya. Masak kek bukan macam masak daging masak kicap campak2 siap..ha tahu dok! 

Ok jom tengok resepi!

Bahan-bahan

7 biji pisang emas
4 biji telur gred A
1 cawan gula castor
2 cawan tepung kek/superfine flour
1 susu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
3/4 cawan minyak jagung
1 sudu teh Esen pisang/esen vanila

Pisang aku pisang ape r, aku taktau hahaha. Tapi besar dr pisang emas. Selalu ada kat pasar. Sebab dia besar, aku guna 5 biji.

Lets get started!

Panaskan oven dulu selama 15 minit sebelum kita start bakar kek. (170 degC, api atas bawah)

(1) Lenyek pisang. Tambahkan soda bikarbonat dan sedikit garam dalam pisang yang sudah dilenyek. Ketepikan.

(2) Dalam bekas lain, campurkan baking powder dan tepung kek. Ayak kan kedua2 nya. Ketepikan.

(3) Dalam mixer, pukul telur, esen pisang dan gula castor sampai adunan kembang dan ringan. Masukkan pisang yang telah dilenyek tadi. Gaul dengan spatula sehingga sebati.

(4) Masukkan campuran tepung dan baking powder tadi kedalam bekas adunan. Kacau dengan spatula sehingga sebati.

(5) Setel! Masukkan adunan ke dalam loyang 9 inch yang telah dilapik parchment paper & butter di sekelilingnya.

(6) Bakar di dalam oven pada suhu 17degC, api atas bawah selama 45 minit atau sehingga masak. 

(7) Enjoy! Makan dengan aiskrim pun sodap. Tapi kan dah malam ni. Maka kita simpanla buat sarapan daniel, daddy, mummy, nenek, and atok esok! Hehe


Serius lembut and sedap. Maunya aku tak kagum dengan diri aku ini muahahahaha.

Terima kasih kak Azlita for sharing the recipe :)


Thursday, November 5, 2015

Postnatal Depression dan Meroyan

Salam sejahtera kawan-kawan dan rakan bloggers. Gitu.
Rindu tak kita membebel? kahkah

Hari ni tetiba semangat blogging. Biasalah tu, nak period. 

Walaupun tertinggal kereta api, kita nak jugak cerita.
Ingat tak berita wanita terjun dari tingkat 10 tu? Ha, Wallahua'lam la dia terjun sebab apa, tapi most probably sebab postnatal depression or meroyan kata org melayu.
Ramai org ambil mudah benda ni sebab sebelum beranak kan waras lagi. Ishhhh takkanlah aku meroyan kot. Ko tengok muka aku? Sikit punya ceria, happy, kelakar lagi. Gitu. 
Sebenarnya kita tak sedar benda ni berlaku kat kita.

Waktu berpantang dulu, honestly aku stress lah. haha. Trend mak mak zaman sekarang ni, bajet perfect kan. Beranak normal, perfecttttttt... Gentlebirth, amazingggg... doktor yang sambut perempuan? Terbaikkkkk... Fully breastfeed? Gila hebatttttt... Wahhh mahal baju anak ko ni! Kayaaaaa! Anak tak nangis? Pandai jaga anak la awk ni! So org yang tak perfect macam saya ni, rasa offended tanpa dipinta. hahah

Soalan yang ditakuti ketika berpantang:

(1) Ceaser ke? Kenapa ceaser? Kenapa tak beranak normal? Sayang kan terlepas pahala beranak... 
(2) Anak hisap puting kenapa? Tak elok tau puting ni nanti rosak gigi!
(3) Anak minum susu apa? 
(4) Eh kenapa bagi botol awal sangat? Kenapa pump susu?
(5) Kenapa tak direct breastfeed je?
(6) Kenapa tak pakai stokin? 
(7) Kenapa tak ikat rambut tinggi-tinggi?
(8) Kenapa mandi lepas berurut? erkk
(9) Kenapa anak ko ni asik lapa je ni..topup susu tepung nak?
(10) Kenapa tak cuba latch baby lagi?
(11) Kenapa tak cuba latch baby lagi? kenapa? kenapa?
(12) Kenapa tidur dalam bilik aircond ni?

Okla itu soalan kat aku la taktaula kat kau wakakaka. Aku ada jawapan aku sendiri, and aku tak kisah kalau kau tak suka, dan kebanyakan jawapan adalah suka hati aku. Tapi aku mampu cakap camtu lepas pantang la, dulu time pantang cam clueless, speechless walaupun tau jawapan tapi nak nangis je. Tak pun nak mengamuk. wakakaka

Ko tau tak penat? Ko tau tak aku baru beranak? Ko pernah kan beranak, dah kenapa kau nak tensenkan aku? Yang tak beranak lagi tu lain cite la tapi sensitipla sikit khennn..walaupon throwback masih membara perasaanku ini haha

Ibu baru ni masih nak biasakan diri dengan keadaan. Dulu baby ada, tapi dalam perut. Pandai tidur sendiri, makan cukup, membesar dengan sihat, tak bangun malam.
Sekarang baby dah keluar, kebanyakan perasaan yang ada adalah RISAU. Sayang ada, tapi lebih RISAU.

Risau anak lapar
Risau anak tak cukup susu
Risau anak sakit
Risau tak pandai jaga anak
Risau kalau tertidur terhimpit anak
Risau anak nangis, sakit ke? tak selesa ke?
Risau kenapa anak aku ni lepas menyusu berak lepas menyusu berak, cirit birit ke normal?
Risau kenapa aku aku taknak tidur
Risau kenapa dia menangis beria sangat
Risau susu tak keluar
Risau breast bengkak 
Risau segala2lah

Bila risau, takleh tido, Dok la google kenapa kenapa, pastu try solution tak menjadi, risau balik..ha ulang lagi sampai anak ko ok. Penat mentally, penat physically. Nak2 pulak ko dtg tensenkan aku je. I'm trying you know, I'm trying really hard to make myself perfect mother but I'm still not. Siapa yang tak sedih bila mcm tu? Dahla stress, sedih lagi. Kau pulak dok tanya macam-macam. Apa-apa jela wey! haha

Time aku pantang, boleh dikatakan every week aku demam, Sampai satu tahap aku sesak nafas, tak boleh baring langsung, tidur duduk. Ko bayangkanlah. Pergi klinik, duduk klinik 3-4 jam masuk air and ubat, doktor cakap 'awak ni ada postnatal depression', banyakkan berehat. Aku terkejut gak, cam... Ye ye je doktor ni.. hihi
Tapi taktahulah. Aku dengar daniel nangis je terus panik. Rasa macam nak marah ada gak. Kesian Daniel mummy! waaa

So ibu2 yang bakal beranak, don't underestimate benda macam ni. Tips paling penting untuk kekal bertenang ialah,

(1) Tarik nafas, bertenang. Ibu, semua baby nangis. Bayi anda normal. Jangan panik. Tapi kalau dia mennagis lama sangat sila lah panik, tapi ajak suami sekali supaya panik bahagi 2 ahaha

(2) You are the best mother to your child. Other mother are the best mother to their child so biaq pi la depa nak kata apa. Asalkan kita dah buat yang terbaik, baby sihat, kita happy, suami happy sudahla. Kalau suami ko tak happy g bincang apa yang yak happy setel leklok.

(3) Tell others how you feel, terutamanya suami. Cakap camni, 'saya tak tahula kenapa bila baby nangis je ase panik and nak marah. Bila kamu tak tolong eh lagila saya rasa nak marah yang..Tolong cuci berak die bole x?' Hee

(4) Jangan duduk sorang2, berpantanglah bersama ibu atau suami atau adik, atau bibik. Kalau tak ada sesiapa, banyakkan berzikir, banyakkan tengok cerita kelakar eh eh

(5) Orang yang suka kondem adalah busuk. Jangan kawan diorang

(6) You are not alone in this. If you feel sad, don't sad ok. Jaga baby elok2, itu zuriat kita tu. Time dia kecik ni sekejap je tetiba dah lari. Time tu baru ko rindu dia tido, and nangis comey2 gitu. Sekarang dah lari2 kemas rumah panjat kerusi semua hailaa..comel jugak tapi! hahaha

Go mummy!

Nah tengok daniel ni omey tak kite aunti? Kirim salam baby ok?


Time ni mak kita dah pandai tidurkan kite taw hahaha

Saturday, May 30, 2015

Exclusive Pumping Mum

Assalamualaikum.

Jika anda rasa anda keseorangan dan seorang ibu yang teruk sebab tak dapat latch baby dengan baik, jangan risau kerana anda sebebenonye tak keseorangan wakaka

I am exclusive pumping mum. Amende tu? Ok anak saya tak direct breastfeeding, dia minum susu ibu dr botol sebab mak dia pam susu tu keluar. Awak tak suka saya? Ok fine saya bukan suka awak pun 😡😝
Hahaha

Saya pertama kali jadi ibu. Pertama kali breastfeed baby. Memang rasa menyesal sebab dulu sebelum beranak taknak belajar ilmu nursing bebetul, ingat menyusukan anak tu senang je. Rupanya susah der!
So bila dah salah latch, breast pun luka, saya jadi trauma. Macam lagu trauma tu. so instead of cekalkan hati, bertenang and keep on breastfeed saya jadi takut. Saya terus pump susu keluar and bg baby susu dr botol. Tambahan pulak time tu susu tak berapa nak keluar sebab belum urut2 semua. Bagi baby hisap pun dia nangis2 macam tak cukup susu je. Tak ke sedih tu? 

Sebenarnya memang nak bg guna bottle for temporary moment je tapi macam tak dapat2 nak latch dgn betul sampai luka lama berdarah kembali. Sobs.
So aku pun terus pam je susu sebab nak juga bagi susu badan. Syai plak rasa selesa dengan cara tu sebab dia pun nak menyusukan Daniel jugak, plus aku selalu demam lepas bersalin, selalu tak sihat. So sampai sekarang la saya pam pam. There you go.

Syai pun really helpful and memahami. Yayyy thanks yang you are the best!

Sebenarnya jadi EP mum ni bukan senang tau dok? Nak g mana2 kena bawak pam, botol bagai. Lepas tu setiap 3 jam nak lari pam susu. Aku menyesal jugakla tak direct nursing je tapi ada suatu ketika ada la jugak senangnya. Contoh, aku takda masalah anak aku taknak botol. So cukup 2 bulan aku dengan selamba pergi kerja, daniel tak kisah pun aku takda hahaha. Cis ok kidding.
Then kalau aku nak keluar tinggal daniel pun senang, susu ada dalam peti ais. Malam2 aku ngan Syai take turn jaga daniel sebab dua2 kerja. Well that is really helpful jugakla. See, there are always a good thing in every single choice u do so in order to be happy with what u choosed, focus on a good thing. ;)

Itulah sumber kejayaan. Sekarang daniel dah 9 bulan still minum susu badan.(ok ada campur sikit susu tepung bila stok down tetiba)

The downside is, kurang masa dengan daniel. Kena selalu lari pam susu. Dulu risau jugak orang kata breastfeed ni time ibu bonding dengan anak, tapi dan aku berbonding dengan pam pulak. Risau plak daniel tak saya g aku lebey. Haha. Boleh la, daniel rapat dengan syai. Aku balik kerja nak amik dia, dia tak pandang pun. Pandang bapak dia je. Motip? Adik lupe ke siapa yang bawa adik ke donia ni? Bahaha

Tapiiii...malam2 nak tido dia nak melepek kat aku je. Sampai tido atas dada, perut, kaki, tangan. Asalkan ada mummy la kira. So, daniel syg je aku kan? So aku bonding je kan? Yes, your argument is invalid! Hahaha

The choice is yours mum! Walaupun aku dituduh menjaga breast sebab taknak direct nurse daniel, aku malas la nak fikir. Sebab Mr and Mrs know it all ni diorang ingat diorang je betul. What works for you, that is the best way of doing it. If you like direct breastfeed, anda berjaya lakukannya buat pertama kali, saya ucapkan tahniah. Kalau tak berjaya macam saya, so what? I do what I can do lah. Tak direct feeding anak bukan tak sayang anak. Tak bagi susu badan pun bukan sebab tak sayang. The are always a reason, and every mom dont have to explain it to you, mr and mrs know it all.

Afterall, banyak lagi perkara yang perlu kita lakukan untuk menjadi ibu dan ayah yang baik. So, get over it. Stop judging. Eh ttbe

Its not easy but it works! Kepada semua exclusive pumping mum, i am proud of you. Ini suatu pengorbanan besar. Bekerja keras utk bg anak yg terbaik. Keep calm and keep on pumping!

There is group in Facebook for people like us. And believe me this is the best group ever! Everyone is very supportive and very helpful at the same time. Go find 'exclusive pumping mum' and get supported now. Saya bukan ejen berbayar. Saya share je. Maybe next posting will be on how to survive on this journey.

Maybe jugak, anak kedua saya bole try direct nursing. Dengan daniel ni, dah terlambat da. Dia nak botol dia je kakaka.

Until then. Be well!

Thursday, March 5, 2015

Mewujudkan Tabiat Tidur Yang Baik Untuk Bayi

Assalamualaikum kawang-kawang. Suami saya orang terengganu. ;p

Ha gempak tak tajuk tu. Baru anak 1 dah ajar orang tidurkan anak hahah.
Oklah saya share pengalaman saya je. Patut tukar tajuk, cara-cara tidurkan Daniel. Gitu haha

Okay. Bayi ni sebenarnya bijak. dari lahir-lahir diorang terus belajar. Belajar matematik, sains, akaun semua itulah. Ok saya suka mengarut. Sebab ayat saya nak tulis tadi hilang dah.

Bayi baru lahir memang banyak tidur. Dalam 1 hari diorang akan tidur selama 17-18 jam sehari sampai la umur 3 bulan. Tapi, bayi juga akan bangun menyusu setiap 2-3 jam sekali. And ingat ye kawan2, kalau baby tidur lama sangat kejutkan dia menyusu sebab awal-awal ni penting utk mereka minum susu ibu. 1st, doktor saya cakap untuk hilangkan jaundis. Ye, anak saya kuning sikit je tak perlu rawatan pape pun sebab maintain jadual menyusu beliau (Setiap 2 jam pandai dia bangun sendiri haha)

Memang awal-awal ni korang akan bertukar menjadi panda sebab setiap 2 jam nak breastfeed baby. Idok mengapalah kan dah kawin, ajak suami jadi panda sekali. Kadang-kadang baby susah nak tidur balik lebih-lebih lagi waktu malam. Sebab diorang, tak dapat bezakan lagi malam or siang. Ajarlah mereka membezakan malam dan siang dengan melakukan perkara berikut:

(1) Bila siang bawak keluar dr bilik, bawak jalan-jalan kat luar rumah ke waktu pagi so diorang terbiasa keluar dr tempat tidur/crib. So diorang taula nanti, 'ooo terangnya dah ciangla mama ooww wow' gitu

(2) Jadikan waktu tidur malam sesi yg amat membusankan untuk bayi anda. Tutup lampu or gunakan cahaya yang malap. Kalau boleh tuka pampers pun jangan buka lampu. Jangan ko nak baa cak baa cak die lak time ni. 

(3) Ajar baby tidur sendiri. Bila dah susukan, tengah dia mamai-mamai tu letak je atas crib bia dia settle down sendiri. 

(4) Kalau baby merengek malam-malam, biarkan dulu dia nangis, so dia paham takde org nak layan die ekeke. Jahat bebeno bunyik dia. Kadang-kadang dia mengeliat je ko dah panik. Rilek je k. Kata seorang ibu yang panik haha.Sebab pas bersalin kena rehat banyak-banyak. Bila baby tidur, ibu kena tidur jugak rehat. Tabiat ni juga membantu ajar baby belajar tenangkan dri sendiri, and tidur balik.

(5) Buat rutin yang sama untuk dia tidur. Cthnya, mandikan, bedung dia, dodoi2, menyusu, then tidur. Buat yang sama hari2 supaya dia paham.

Memang macam senang je baca, tapi susah nak praktik haha. Jangan risau, bukan anak anda seorang je tak boleh tidur. Anak saya pun waktu 1-2 bulan kerja mengamuk je sebelum tidur. Menangis macam kena pukul. Stress mak dia. Bapak die tak stress pun rilek je sebab tu sekarang dia manja daddy.

Sejak Daniel 2 bulan macam tu, dia dah ada pattern tidur dia sendiri. Actually bukan aku yang buat rutin tu tapi daniel pilih sendiri. Ceyhh. Kul 7 mlm je dia dah ngantuk2, so kul 7 je kitorang bawak dia masuk tidur, gelapkan bilik. Sorang kena tunggu dia dalam bilik, so sejak drpd itu kitorang jarang dpt dinner bersama, always take turn. Very the pengorbanan.
7 malam masuk tidur memang awal la tapi bagus jugak, dia dapat tidur yang cukup, and bagus untuk parent dia yg bekerja nih.

Smpaila sekarang dah 6 bulan dah budak kecik tayang mummy ni, dia still masuk tidur jam 7. Kadang2 lambat sikitla..8, 9 malam tp biasanya not more than that dia dah selamat tidur. Then kami praktiskan teknik2 di atas, so malam daniel hanya bangun mintak susu 2-3 kali (2-4 bulan), 2 kali (4-6 bulan), sekarang dia bangun menyusu sekali je. Lena beliau tidur. Cuma sekarang dia terjaga2 sebab dia asik berguling2, tersangkut kat dinding baby cot. Haha. Haih dik nak king bed kah? hoho

Kita ni, lagi2 as mom biasa akan cepat kesian bila tengok baby nangis te dok. Panik 1 hal lg. Xpe, rilek rilek. Aku pun still nak belajar rilek ni. Hehe. Baby bole rasa apa yg kita rasa so bila kita panik, die pun panik sama. So kita kena bertenang sentiasa and percaya, bukan baby kita je nangis, semua baby nangis ;)

Ok Why not try kan? Takdela nanti nak start kerja pening kepala baby tak tidur2. Lagipun I believed kita kena jaga tidur dia sbb baby membesar ketika tidur. Bila dia cukup tidur, dia sihat! Alhamdulillah.

Eh btw, aku baru tau adala jugak orang baca and komen katt previous2 post. huhu
Aku jarang bukak blog, apa lagi tengok komen. Maka jika korang nak tanya something yang penting2 emailkan saja di nurhidayahbohari@gmail.com. Kalau penting la. Kalau setakat nak kata aku poyo ha komenla ko kat comment box tu sorang2. hahaha

Friday, January 30, 2015

Ahmad Daniel bin Ahmad Syairazi

Assalamualaikum semua! 
Gitu ala2 mak jemah

Alhamdulillah saya telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yg comel 5 bulan yg lalu. Kan. Ingatkan 5 hari yg lalu :p

Aritu cerita sal 1st Trimester... Tiba2 terus cerita dah beranak kan. Motip? Hahaha

Kan jelas ke'busy'an mak jemah ni.
Ala camane nak catch up semua post2 sebelum ni r, dh lapuk sgt da. Tapi nak share. Bole la k. Nak jadi blogger nak jadi blogger hahahaha

Lempang kang!

Ini Ahmad Daniel 7 hari. Photo taken by Photolicious lelicious.
Daniel dilahirkan secara c-section di Columbia Asia Hospital, Puchong . Berat ketika lahir is 3.01 kg. Comel kiut miut je, doh nape doc kata awok overweight dlm perut mummy? Your bulat face during the scan is very deceiving ok hehe.


Alhamdulillah. I'm a happy woman.

Meh nak cerita sikit.

So, sebenarnya saya takut nak beranak. Waktu 37 weeks saya pergi scan tapi baby still tak pusing. Perasan jugak sebenarnya sejak 3rd trimester kedudukan dia mcm sama je, pale kat situ je. Malas bergerak sgt dak kecik ni. So doc cakap oklah if 39 weeks dtg dia xpusing lagi awak pilih la nak c-sect ke cane. 

Aku ni pantang diberi pilihan mudah, mesti nak yg mudah muahaha. Cut the story short, daniel tak pusing jugak. And saya tak mahu diurut or whatsoever sebab taknak ambil risiko. Orang kata takut baby terbelit tali pusat dan sebagainya. Lagipun aku ni kan simple orgnya, why should we overthink about it. Orang semua kata...'ehh janganlah bedah, tunggula baby pusing. Elok beranak normal je'. 

Aku time 3rd trimester mmg letih sgt dah sebenarnya tak larat dah nj bawak perut. Agak heartbreaking jugakla bila kita plih nak c-sect org semua pandang i serong. Ayat mesti dramatic ok. Muehehe

Memang its true saya pilih c-sect sebab saya penat bawak perut. Tetapi jengjengjeng... I don't regret my decision. 

Time dibedah doc bgtau my uterus is bercabang (actually xsure uterus ke rahim ke ovary ahahahaha). So basically, kepala baby sangkut, n memang tak bole pusing langsung. So kalau tak plan for csec, mayb akan emergency csec so, its the right choice.

Actually,i felt guilty that i have to deliver my baby via c-sec. I am also afraid that other moms will judge me. Even my friend mempersoalkannya. Oh sgguh sedih. Really, bila masuk hal macam ni kenapa org selalu judge eh? Haha. I was kinda sick of it. Sampai kalau boleh kalau org tak tanya saya pun taknak bgtau saya c-sect sbb nanti org ingat saya tak kuat n tak power mcm orang beranak normal. Wuahhhh sad. I tak kisah ok macamana org lain beranak. Ingat potong perut tak sakit ka. Sakit wooo. Sobsob. At the end of the day kita juga yang rasa semua so, it's up to u, its up to me. But now i'm telling u... Hey frens, relatives, and all women in the world. Saya beranak bedah. Ok ckupla tu haha nak emo plak. 

Syai kata, 'ok jugak camni. Cepat, and kurang drama ekeke'. 

Tapi drama tak berhenti di situ saja. After orang sibuk2 macamana kau beranak, tak lama lepas tu orang akan sibuk333 macamana kau jaga anak pulak. Nanti kau rasalah.

Haha

Sekian drama saya. Sekarang Daniel dah 5 months! Waaa cepat sangat rasanya. :')


SukeLagi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DikuasakanOleh