Le Sponsers

Monday, July 14, 2014

Cabaran Hamil Trimester Pertama dan Tips Melaluinya

Hai. Saya hidayah. Ni blog saya. Ingat tak? hahahaha
Tak lupa ada blog cuma tak ada masa je nak update.

By the way saja nak share pengalaman mengandung anak pertama. Yayyy
Sekarang sebenarnya dah 32 weeks. Tapi sebab trimester pertama belum update lagi kan, so bear with me ahahaha.

Rezeki dari Allah. Alhamdulillah. Saya hamil anak pertama selepas 9 bulan berkahwin. Sebenarnya rancang nak honeymoon setahun tapi apakan daya ekeke. Ini semua rezeki la ni. Aku takdela merancang pun, cuma buat cam biasa and berdoa, 'yaAllah, kurniakanlah kami zuriat bila kami telah bersedia'. Sebabnya baru kahwin kan, ingat nak mengada2 dulu ngan laki barang setahun dua. Cehceh.. Awal-awal makan juga pil, tapi aku ni pemalas, and takut gemuk so abaikan je semua tu and serahkan segalanya kepada Dia yang maha kuasa. 

Honestly ada la jugak perasaan cam, alamak tak bersedia lagiiiiiiii... Ok poyo.

Macam mana tau pregnant? Rasa macam badan lain macam. Sorry la censored sikit.

Antara tanda-tanda hamil:

(1) Breast sakit tak sama macam period. Nipple jadi lebih sensitif.
(2) Kuat makan 
(3) Instinct hahaha
(4) Period lambat

So atas dasar curiosity yang sangat kuat, di petang yang hening aku pun senyap-senyap buat pregnancy test. Sekali......................dua line dow.....'berpeloh2'

Excited yang teramat tapi rilek-rilek dulu sebab takut pregnancy test ni contaminated (pengaruh PVT sample).

Then syai kata, tunggu lewat 2 minggu baru g cek doktor. Cek-cek betul la ade..Tapi doktor tu apsal dia bagitau aku dengan muka straight face je. Tak macam dalam drama tu pon hahaha.

Elok je confirm pregnant, terus mabuk kau! Macam motif hormon ni. muahaha

So apa yang telah saya rasai dan mungkin anda akan rasai? Jengjeng. Baik korang cuak sebab pengalamannya amat dahsyat. haha

(1) Morning sickness
(2) Afternoon sickness
(3) Evening sickness
(4) Night sickness
(5) Tak boleh bau orang menumis, bawang, goreng-goreng, even nasi. So, saya tak boleh masak langsung. Kesian suami makan bungkus je. Dengan aku-aku sekali kesian.
(6) Peti ais tiba-tiba bau busuk. Tak boleh bau peti ais. Tak boleh minum air dari peti ais. Tak boleh makan apa-apa yang keluar dari peti ais. I hate my fridge like so much. So beli buah ke apa letak luar je. Penuh meja makan aku.
(7) Tak boleh bau badan suami, bau mulut dia apetah lagi haha. Perfume, deodoran, even sabun mandi kesukaan ramai. Terus tukar sabun baby emm emmm sampai sekarang ha.
(8) Tak boleh bau sabun basuh jugak. So saya tak boleh basuh kain. Best tak? :P hahaha
(9) Tak boleh pergi cafe, mahupun mendekati cafe kerana baunya astagfirullahalazim. Mengundang sickness.
(10) Hilang selera makan
(11) Hilang interest nak peluk suami
(12) Tak boleh bau pewangi kereta. Tukar, still tak bole bau. Naik kereta menjadi suatu perkara yang dibenci. Udahlah opis aku kat KLCC. Nanges.
(13) Asek marah suami je.
(14) Cepat lapar tapi tak boleh makan
(15) Tak suka soalan 'nak makan apa?' sebab memang tak tau bole makan apa tanpa muntah hoho

Terukla kiranya. Bukan mengada-ngada punya. Rasanya syai pun terkejut dengan perubahan drastik ni. Dia pun macam blur je aku tengok. Sampai aku muntah 8x 1 malam dia pun blur tak tau nak buat apa. Terus kena marah...'hantarla saya pergi hospital!' haha. Ampun yang.

So, if suami korang macam tak memahami je kan, jangan la salahkan diorang sebab diorang memang tak paham pun haha. Kena kasi dia paham la, saya tak boleh macam ni macam ni macam ni. Mak aku cakap anak pertama memang macam tu. Nanti anak ke 2 3 4 5 dia tau dahla nak handle kite. Cewah.

Beberapa tips yang boleh mengurangkan kesengsaraan mabuk trimester pertama ialah:

(1) Jangan berlapar. Bangun pagi terus minum nestum ke apa. If muntah pun at least rasa nestum LOL. Dari rasa pahit pekat melekat tu.
(2) Sentiasa ada biskut di mana-mana sahaja. Kalau boleh biskut yang wholemeal ke, yang berkhasiat la. Kita memang tak boleh lapar. Lapar bakal mengundang kesakitan dan kemarahan.
(3) Lepas makan, pastikan sendawa. Sebab kalau tak sendawa, korang akan muntah. So ko nak sendawa ke muntah?
(4) Jauhi benda-benda yang trigger rasa loya. Tak payah pakai perfume. Bia hodoh dan busuk janji tak muntah. :P
(5) Beli seasick band. Ada jual kat farmasi, bole pakai time naik kereta or pakai je 24 jam. Don't know if it works to other people but it works for me. 
(6) Don't be sad or down. Sebab emosi mempengaruhi kesihatan kita sangat time ni. Bila gelak-gelak sebenarnya lupa je ade morning sickness bagai tuh.
(7) Banyakkan jalan-jalan amek angin kat luar.
(8) Minyak angin, minyak cap kapak, mungkin bole membantu mengurangkan rasa loya. Or bau lemon pun boleh.
(9) Paling last in case semua tak jadi, mintak pil tahan muntah kat doktor. Ye inilah pil yang membolehkan saya pergi opis dan mengulau hoho. I know some people tak setuju guna pil sebab takut memudaratkan baby. Saya pun tak tahulah but I just trust the doctor sebab dia yang pakar and i am helpless. So far pregnancy went well without any complication just baby besar je. Tak tahulah sebab apa maybe sebab banyak minum milo! haha
Up to you la ok!

Hopefully semua okay-okay je. Goodluck mommies to be out there! You can do it!

2 comments:

Siti Noriza Saleh said...

saat saat kehamilan mmg best..cuma kita bertahan atau tidak saja..salam kenal dari saya :)

Yuk Baiq said...

time mengadung mmang bnyak cabaran...sabar jelar...

nak tngok set tilam and bakul baby yg cute mute bleh follow blog sy

http://perniagaan-yuk.blogspot.com/

SukeLagi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DikuasakanOleh