Hai uols.
Mesti penat denga pasal Bajet 2013. Tak kira nak tulis komen i jugek~ haha
Kalau post kat FB ngan twitter takut kena hantam. LOL. Sebenarnya malas nak komen balik sebab tak cukup space. Haha over.
Jumaat aku halfday. So, aku sempat la tengok bajet 2013 tu semua kot. Gigih tak. mak aku pun tak tahan tengok muka abang Jib kita. Ok memula pembukaan kata, dia duk puji-puji kepimpinan dia. Fine la. Maybe kalau aku jadi PM aku buat camtu jugek kot, BAJET kan. Tapi kalau banyak sangat + indah kata-kata dari rupa, hurm Mckayla Marooney is not impressed!
Then, start lah sudah Bajet yang sebenar. Intipati Bajet 2013 itu adalah seperti berikut...
Pertamanya, saya menyambut baik beberapa perkara yang memang membawa manfaat kepada keseluruhan rakyat Malaysia. Terdapat pelbagai insentif yang dilakukan kerajaan BARISAN NASIONAL untuk menjadikan Malaysia sebuah negara makmur, maju dan berdaya saing. Janji
Tetapi, pada pendapat saya... Banyak perkara yang dinyatakan di atas lebih kepada perkara bersifat jangka masa pendek. Contohnya, pemberian RM200 kepada orang bujang, pemberian BR1M kepada warganegara Malaysia yang layak. RM500 besar nilainya. Tetapi besar manakah? Sampai ada iklan TV yang bagi aku sangat overrated, kononnya tanpa BR1M itu melarat lah hidup semua rakyat Malaysia ini. Oh My God. Over yalls! Kan bagus kalau ada bantuan yang bersifat lebih menyeluruh, lebih bersifat kangka masa panjang, seperti, kurangkan harga minyak contohnya. Apa guna kau bagi orang RM500, lepas tu kau naikkan harga gula. Dengan saranan Kementerian Kesihatan?? Hoi, boleh tak kau bagi alasan munasarawak sikit? *ok la kita positifkan minda, Najib ni bagus ni bagus ni*
Then, rebat Smartphone 3G RM200 kepada orang berumur 21-30 tahun. Perlukah? Hah? Hah? Hah? So how the hell that thing will help to improve the economy? Blerghhhhhh~ Tu umur-umur budak baru masuk universiti. Kau bagi kurang yuran lagi bagus. *ok la kita positifkan minda, Najib ni bagus ni bagus ni*
Skim Perlindungan Takaful padi. Insurans kan ni? Ni projek kroni ke apa? kah2. *ok la kita positifkan minda, Najib ni bagus ni bagus ni*
Bonus kepada kakitangan kerajaan. Semalam, after aku tengok Bajet 2013 ni, aku saje je berseloroh kat FB mintak bonus untuk kakitangan swasta. Tak serious pon post benda tuh, saje nak menyindir saje. Bukan nak suruh Najib kasi bonus kat kaitangan swasta pun. Terfikir, kalau semua rakyat Malaysia kena bayar cukai, kenapa bila sampai bab-bab keistimewaan je dapat semua kat kakitangan awam? Orang akan cakap, orang kerja swasta ni kaya. WTF. Abes, kakitangan awam tak ada yang gaji besar? Harusla kakitangan swasta pun ada yang gaji kecik. Sebab tu, wealls yang kerja swasta ni berharap untuk kerajaan bagi 1 insentif yang secara tak langsung menguntungkan semua orang. Lepas tu, ada pulak orang cakap kita tak bersyukur. Hello. Bersyukur kepada Tuhan, kalau dapat kerajaan yang jaga kebajikan rakyat. Kalau tak, berdoalah supaya kerajaan yang tak amanah akan diganti baru. Duit yang kerajaan spend tu, bukan duit Najib bagi dari poket dia. So, tak payah la kau nak bekap dia sangat. Eh sapa kau yang aku maksudkan? sapa2 lah. hahahaha. *ok la kita positifkan minda, Najib ni bagus ni bagus ni*
Bajet ni, pada pandangan rakyat marhaen macam aku yang tak berapa nak berpengetahuan ni, lebih kpd memancing undi. Benci ok i benci. *sepak2 bantal*
Ni belum PRU13 depa nak kasi macam-macam. Bagi duit sana-bagi duit sini. Pasni kalau depa menang, depa naikkan harga barang nak cover balik kos. Kalau depa kalah, boleh la dia jadikan Pakatan Rakyat kambing hitam. Pfff
Lepas tu, macam tak perlu je abang Jib kita nak kutuk-kutuk pembangkang di akhir kata beliau. Aigoo.. PM aku ke ni. Tak professional langsung lah. =.='' Not impressed at all.
Apapun, aku bersyukur, sebab aku cukup serba serbi. Kalau aku nak komplen pun, anggapla aku komplen untuk golongan yang kurang bernasib baik. Then, terpulang lah kepada diri sendiri untuk menilai. Pembangkang tak semestinya sentiasa salah, kerajaan tak semestinya sentiasa betul. Kalau dia nak bagi sangat, hah nak bagi sangat duit kat kita kn, amek jela! Tak kira la sokong keerajaan ke tak sokong ke, tu duit taxpayer bukan duit dia. Aku tak sokong kerajaan pun aku baya cukai okay. Boleh bagi exemption tak? Nak sangat orang kenang-kenang budi. So, takyah nak bekap sangatlah! wakakaka