Le Sponsers

Sunday, April 29, 2012

Bersih 3.0

Salam 1 Malaysia.

Amaran aku. Ini blog aku so semua yang aku tulis is based on my opinion. Aku tak kisah korang setuju ke tak. Sebab, ni blog aku. Muahaha. Semua orang berhak bersuara sebab ni Malaysia. Cuma tak boleh kat Dataran Merdeka. So, blog ni sekarang adalah Dataran Merdeka saya. Chey

Pada 28/04/2012 yang lalu aku telah pergi menyertai demonstrasi aman Bersih 3.0. *wink
Sebenarnya aku tak balik Puchong minggu ni sebab aku join Walk for Autism yang diadakan pada hari yang sama dengan Bersih 3.0 kat Bangsar dengan kawan aku sorang ni. Tetapi, sebab walk tu pagi, kul 7.00 am.  Aku pun tak terjaga nak pergi. Aicececeh. Kul 10 aku bangun, aku say sorry la kat kawan aku tu sebab tak pergi. Then dia tanya, “nak pergi bersih tak? Aku bole bawak kau kalau kau nak tengok”. Aku ni, niat tu memang ada. Sebab aku tak ada masalah dengan Bersih. Tapi aku cuak la juga. Mau kena tangkap tak glemer aku? Haha. Tanpa di sedari (tak sedar la sangat), aku reply, “nak! Jom!”. So aku pergila. Haha. Yang penting aku tak ada paksa sesiapa untuk ikut, dan aku pergi pun sebab rela. Niat memang nk datang secara aman.

Sebab-sebab saya join Bersih,
 
  • Bersih 2.0 dulu, aku banyak baca kat blog, FB, tengok youtube, and tengok Buletin Utama. OK, orang cakap Buletin Utama memang banyak pusing cerita. Akhbar Metro, Utusan Malaysia, tu semua media berat sebelah la kira. So, aku tak puas hati. Aku nak pergi tengok sendiri.
  • Aku tak pergi Bersih 2.0 
  • Dia cakap, DUDUK & BANTAH. So, aku rasa perhimpunan ni selamat untuk aku pergi. (Aku siap pakai baju putih sebab takut kena tahan. Haha. Apada)
  • Aku nak tangkap gambar. Itula dia sebab utama. Nak buat aktiviti adventure untuk penuhkan weekend.
  • Aku datang sebagai rakyat. Bukan sebab UMNO, PAS, DAP atau PKR apa lagi AMBIGA atau ANWAR.
Siap telan panadol 2 biji, sarapan, bawak coklat untuk tenaga, bawak kain takut ada tear gas. Aku naik LRT dari Kerinchi ke Bangsar. Then jalan kaki ke Brickfields untuk berkumpul dengan group kat sana. Then aku jalan dari Brickfields ke Pasar Seni. Kelasss~ Kalau takda Bersih mampos aku taknak jalan kaki. Haha. Memang ramai orang. Rasa macam terhiba pun ada jugak sebab terasa time tu sangat bersatu dengan semua orang walau tak kenal. Sepanjang perjalanan aku melihat kumpulan-kumpulan Polis Diraja Malaysia begitu ramai sekali. Tapi diorang tengok je. Everything is fine. 






Kitorang terus berjalan melalui Petaling Street, then berhenti kat depan Malaysian Bar Council. Jam lebih kurang 1.30 – 2.00 pm, Orang ramai sangat dah memenuhi kawasan tu. Turut berada di situ geng-geng #OccupyDataran. Yang aku kenal, Fahmi Reza. Yezza. Rasa excited dah time tu. Malaysian Bar Council tu hanya lebih kurang 300 m je dari Dataran Merdeka. Tapi Polis dah block jalan dan melarang semua peserta masuk kawasan Dataran Merdeka. Semua peserta melaungkan perkataan “Hidup Bersih”, “Hidup Rakyat”, dan “Buka Pintu” (block kat Datarn Merdeka tu). Tak kurang jugak yang melaungkan  “Jatuh BN” which is aku rasa kurang tepat untuk konsep Bersih ni, tapi part tu tak ramai orang menyahut. Haha Boo yah!









Perlukah aku cerita details? Haha. Biarla kan.

Then aku dengan membe aku gerak pergi Masjid Jamek untuk solat.

Then, after solat, aku dengan membe aku nak gerak balik ke depan Malaysian Bar Council. OTW tu aku nampak area belakang Masjid Jamek, ramai dah orang pergi basuh muka. Polis dah lepaskan tear gas. Sampai depan Bar Council, keadaan dah lengang sedikit sebab, ntah~ Then aku nampak FRU dah bersedia berbaris kat simpang. Aku rasa semua peserta akan ada 1 alat perakam. Handphone, DSLR atau kamera yang canggih gila. Diorang dah ready untuk rakam anything kat depan diorang. So, berani kau buat kecoh? Siapa yang berani tu memang aku respect. Tapi dalam masa yang sama aku suspect kau ni mesti kena upah provoke2 orang kan?*aku monolog dalam hati*




 




Nak dijadikan cerita, membe aku ni haus. Dia pun ajak aku cari air. So kitorang gerak ke arah Majid Jamek balik where kitorang jumpa kedai runcit bukak. Lepas tu senyap je keadaan. Kitorang pun duduk depan kedai bersama-sama orang lain yang sedang duduk. Jam lebih kurang 3.30 pm. Tiba-tiba aku nampak orang bertempiaran lari. Nampak dari kejauhan tear gas dah dilepaskan mungkin lagi sekali. Punca, aku tak tahu. Aku pun, lari la jugak. Drama betul. Aku kena sikit je tear gas tu. Tapi sakit sengal. Aku rasa orang yang tak lari mungkin dah pengsan kat tengah jalan. Maksud aku, kalau polis kena tear gas, diorang pun akan lari macam orang gila. Bodoh apa nak tunggu situ. Mata pedih, the gas was like choking your throat, and your nose will start to flow. Guess what, semua orang bawak garam time tu sebab garam boleh neutralkan rasa pedih kat tekak. Fuh. Pengalaman.

Then aku rasa aku pusing-pusing jugak kat area Pudu, kembali ke Petaling Street. Kawan aku ni memang saviour la hari tu, dia cakap nak cari air tebu plak. Eh mengada pulak tekak kau. Ingat kita tengah bersiar-siar ke? So, instead of terus ke Petaling Street, kitorang patah balik. And then, tiba-tiba polis lepas tear gas lagi dekat kawasan Petaling Street. Aku  menyaksikan polis berkali-kali melepaskan tear gas. Aku pun tak tahula kenapa. Then ada peserta yang dah bengang agaknya, diorang baling balik tear gas tu kat polis. Oppss~ Statement kan. Ni gambar:

Gle gagah bro ni. Panas kot tear gas tuh. Ikut apa aku baca, Kain kuning kat lengan menunjukkan SB=Special Branch=Polis. Adakah ini 1 bukti provokasi? Well lu pikir sendiri.


Aku ngan member aku jumpa beb air tebu. HAHA

After about 10 minutes, tiba-tiba keluar lori water cannon, meluncur laju ke arah kami. Semua lari tak cukup tanah, dan tanpa disangka-sangka, ada 1 bas melintas selamba badak depan lori tu, make them stop. Semua orang bersorak. Thanks BAS!! Haha. Jam time tu dah pukul 4.45 pm. Sebab aku dah penat lari, aku pun cakap ngan membe aku, aku nak balik. So, aku naik train dari Pasar Seni balik Kerinchi dengan selamat.

Part aku tu OK je. Alhamdulillah. Serius kitorang demo aman je. Tapi sedih gakla dengar kawasan area Sogo dan Dataran macm huru-hara gila. Kereta polis terbalik la, polis belasah orang, orang belasah polis. What a mess! Then aku jumpa POST nie. Rupa-rupanya polis start tembak tear gas sebab ada orang bagi arahan suruh rempuh kawasan Dataran and ikut post tuh, Anwar. Ntahnye~ OK I need clarification from somebody named Anwar. Politician cannot be trusted. Baik belah kiri, baik belah kanan. Haihhh~

Then after that, mengapakah di tembak kami jugak? Kami tak buat apa-apa pun. *nangeh

As an observer (poyo), ini adalah apa yang saya rasa setelah poyo-poyo join Bersih:

  • Peserta dan penganjur Bersih tak belajar dari kesilapan lama. Dah tau polis akan tutup jalan, halang Bersih, nak jugak buat kat Dataran. Maybe Stadium tu idea bijak jugak. Tapi, well… u know. Nanti mesti ada drama tetiba ada event kat Stadium LOL.
  • Polis dan kerajaan tak belajar dari kesilapan lama. Dah tau kalau ko halang pun rakyat akan turun, ko bukak jela jalan. Buat liputan, masukkan dalam Buletin 3 suku, things may be different. People will respect you even more.
  • Ada 4 jenis manusia yang pergi Bersih. Pendemo bijak (berhimpun secara aman), pendemo bengong (melakukan provokasi dan mengganas kat polis), Polis bijak (mengawal keadaan dan bersabar), Polis bengong (melayan provokasi dan  mengganas kat pendemo). Based on pembacaan aku, ada Special Branch (SB) yang memakai baju Bersih/biasa untuk menyerap ke dalam peserta Bersih. Sama ada diorang yang provoke polis, buat kacau, or tak, wallahua’lam. Tapi tak semua polis bersalah, dan tak semua pendemo bagus. Vise Versa.
  • Ramai orang kutuk Bersih. Sebab Buletin Utama ke? Hohoh~ Bersih kali ni memang kucar kacir. Ada effect baik, ada effect buruk. Tapi aku percaya yang keluar Buletin Utama tu yang buruk saje. POLITIK sangat.  Padahal KEBEBASAN MEDIA adalah salah 1 tuntutan Bersih. Well, kalau salah tunjuk salah. Kalau betul pun tunjuk betul.  kalau pun korang nak kutuk, fine la. Go on. You have a right to express your opinion. So do I hokeyy (gaya mak Jemah). Tapi at least peserta demo Bersih yang korang kutuk tu, yang lari-lari tu, dah tolong buktikan yang media Malaysia ni memang Bias tahap bola lawnbowl. So, sebelum nak kutuk, dari buat dosa mengutuk, kaji la dulu. "Typical Malaysian". 
  • Bersih tak sepatutnya di politikkan. Tapi tanpa sedar, benda ni tersangat lah politik. Akhirnya rakyat juga jadi mangsa. Benci Politik. Arghhh~
  • Aku semakin tak faham dengan permainan dunia politik. But something is wrong la. 
  • Bila kita baca paper, tengok berita, baca blog, baca status orang, tak kira la pasal Bersih ke, pasal isu semasa ke, jangan nak setuju sangat dan jangan nak emo sangat lah. At least, do some research before you jump into conclusion.
Kepada yang cintakan keamanan, aku jumpa pantun...

Takpe depa sesah duit rakyat janji aman..
Takpe depa tipu pilihraya janji aman..
Takpe bia jer depa mnyeleweng janji aman..
Takpe biar jer depa mbunuh janji aman..
Takpe biar je depa jadi tokey kilang arak janji aman..
Takpe biar jer depa simpan penyedap janji aman..
 
Anyway, itulah pengalaman saya. Hihi, Nasib mak tak marah aku join Bersih. Alhamdulillah tak ada apape. Haihhh... Dunia2~

Wednesday, April 18, 2012

Accidentally Accident

8 April 2012

Seperti biasa. Asal weekend je kepala aku pusing, asal kepala aku pusing je mesti weekend. Lebih specific, asal weekend n aku tak ke mana-mana je mesti aku sakit kepala duduk rumah. And today, is a very long day. Sebab pertama, aku tak keluar dating. Sebab kedua, aku duduk rumah je dan bangun lambat. Sebab ketiga, aku kemalangan. Specifically, boyfriend aku yang kemalangan. Specific lagi, aku dan kereta aku kemalangan.

Last 3 weeks, abang aku pinjam kereta aku. So, last 3 weeks was the worse weeks ever cause I can’t go anywhere at anytime I want. Aiceh. Takdelah maksudnya aku marah abang aku pinjam kereta. Takdelah takdelah. Mak dan abah cakap, today is his day, who knows when is your day kan. So, hari ni adalah hari gembira sebab I got my car back. Sangat exsaited wa cakap lu. Malam tu seperti biasa aku pun nak drive balik rumah sewa kat Kerinchi. Abah tanya aku, siapa hantar? Aku cakap, Dayah drive la. Cam taknak kasik je. Sambil wat muka tak puas hati sebab aku nak sangat bawak balik kereta malam tu. Aku memang suka balik lambat, lewat malam sikit sebab federal highway kan jam setiap masa. Tetbe kul 9 mak aku tanya, bila nak balik? Aku pun, tengok jam… Ok la dayah balik sekarang. Majuk. :P

Time drive, macam-macam benda lah fikir. Memang time drive la aku akan aktif berfikir sebab aku drive sorang. Ala macam drama tu.  Satu lagi tabiat buruk aku setelah aku beli kereta sendiri, aku suka drive laju sebab aku drive kereta aku. Kih3. Rempit pun paling laju 140 km/j je. Wa memang rempit la tengah jalan tu. Memang lane laju jela kan. Lagipun time tu malas nk isi minyak, so memang fikir nak cepat sampai je.

Nak dijadikan cerita, tengah drive ni, ada 1 Myvi Silver ni mencilok2. Peh memang kalah aksi rempit aku. Dalam hati aku dah maki-maki. Federal hway kot bai, gila apa. Maybe disebabkan itu (aku pun tak tau), semua kereta jadi hati-hati. Ada 1 kereta ni terlebih hati-hati padahal yang drive nye lelaki, dia emergency break kat lane laju tuh. Sekelip mata……(tak tahu nak buat bunyi macam mana), bonet depan aku dah terjungkit. T_T

Ada 4 kereta, aku kereta ke3. Aku tak cedera apa-apa, seatbelt dah selamatkan aku. Tapi kenapa airbag aku tak terbukak pun? Chiss… Tak cukup drama la kemalangan tu kan. Punya la kuat aku langgar kereta depan, kereta belakang langgar aku. Sampai pintu driver pun tak boleh bukak luas2 lagi. Abes kereta gua abes abes T_T. yang aku peliknya, less than 5 minutes after accident, 1 kereta sampai and claimed yang dia org insurans, boleh tolong tow kan kereta aku, settle A-Z katenye. Aku cuak, A-Z tu maksudnya bawak lari kereta aku ke apa. Memang sangat saiko.  Aku tak tau la nak kasi nama apa untuk orang macam ni, tapi memang dia settlekan kereta aku, claim insurans aku, n masukkan kereta aku ke bengkel dengan selamat la. Alhamdulillah diorang ni baik. 

Sebenarnya, selaku pemandu wanita kita sangat banyak risiko di langgar, melanggar, di tipu dan juga di aniayai oleh insan tak bertanggungjawab. SKEMA TETIBA. So, selain menasihati diri sendiri, meh aku nak nasihat korang. Oi perempuan baca ni.

  • Kalau accident, sila call ahli keluarga/suami/tunang/boyfriend yang baik dan tunggu sehingga mereka sampai. Jangan layan kalau ada orang tetiba claim yang diorang boleh tolong tarik kereta korang kecuali orang ni korang kenal. Paling selamat, call hotline insurans korang sendiri. 
  • Jangan sign apa-apa dokumen orang yang tak dikenali. Bila dah sign, orang berkenaan berhak buat apa sahaja dengan kereta kita sebab kita dah authorize kuasa kat dia. Kadang-kadang tanpa kita disedari accident was planned. And orang yang datang tetiba offer diri nk tarik kereta korang tu kan, ntah-ntah pencurik. Cepat plak dia datang kan. Hati-hati la ye. 
  • Jaga barang berharga di dalam kereta. Jangan percayakan orang workshop 100%. Check sendiri kereta, and sahkan checklist yang diorang buat tu betul. Even agen tarik kereta aku tu baik, namun pekerja bengkel tu berniat nak curi tools dalam kereta aku. Chis. Kurang hajar sungguh. 
  • Kalau kereta boleh jalan lagi, sila la jangan menggatal suruh orang tow sebab nak nampak dramatik, drive sendiri kereta tu pergi balai polis. Tak pun suruh boyfriend drive. Itula gunanya boyfriend.
Dan selaku pemandu wanita yang berwibawa, aku memang tau beli kereta, bayar bulan-bulan dan drive sahaja. Oh aku tau buat banyak benda lagi. Isi minyak, basuh kereta.. hehehe. Semua orang akan fed up tanya info kereta aku. Kereta awak ni insured under insurans apa? Ha? Apa itu insurans? Memang rasa nak tampar je muka sendiri. Bila mamat tu kata, nanti pergi bengkel jangan lupa bawa geran kereta dan polisi insurans. Hah? Geran kereta pun aku lupa aku simpan kat mana. Aigo kejadah~

So, perempuan... Sila ambil tau perihal kereta anda. Jangan jadi cam aku. Mengaku boyfriend tapi apa pun tak tahu. Sekarang claim saya sudah di luluskan, so kereta dah boleh start baiki! Hureyyyyyy!

Enjoy. Sekitar aktiviti kemalangan saya.


Kereta myvi yang dilanggar saya 

Mamat tarik kereta yang saiko



Kereta Saga yang langgar saya

Boyfriend saya





SukeLagi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DikuasakanOleh