Hye Youoooollls~
Berapa umur korang? 84? Dah tua2 pun baca blog aku? Haha
Umur aku dah 21..*Letak tangan kat dada. Bagi aku zaman remaja aku dah lepas. Sedih kan. Dah tak boleh nak menggedik2 macam dulu lagi. Ala remaja tu boleh la dikira dari zaman sekolah menengah dulu sampai Tahun 1-2 dalam universiti. Tapi kalau korang masuk universiti umur 28 tak payahla nak perasan remaja lagi. Sedarlah diri woiii!! Oleh kerana ketuaan yang makin meningkat, perkara-perkara berikut bagi aku tidak relevan lagi untuk dilakukan oleh aku. (itu bukanlah bermaksud aku melakukannya dlu. Owhhh!~ :
1) Tidur pukul 3 pagi, bangun tido pukul 2 ptg. Ingat perempuan je tak boleh? Lelaki pon tak boleh! :P
2) Berlari-lari anak di kawasan public. Apa lagi berlari2 bapak! Kecuali korang adalah sprinter. Or atlit lawnbowl. Or lari lah ketika bersukan je. Bukan dalam pasaraya.
3) Guna email ladybirdszz2yahoo.com atau sayacomelsgt@gmail.com atau kacaksz88@yahoo.com atau cantiktaksaya@yahoo.com atau emailmintakpenampar@gmail.com sbg email anta resume.Hello! *buat muka annoying (kecuali untuk account facebook. haha. terasa aku)
4) Posing mulut muncung dan tangkap gambar sendiri. Sudahlah tangkap sendiri, edit lagi dalam photoshop kasi cantik. Udahlah edit dalam photoshop, post lagi dalam FB. Setiap hari 1 gamba. Unacceptable. Bajet artis? Urghh~
5) Accept friend request orang yang tak dikenali atau lelaki hensem sahaja, atau wanita cun sahaja.
6) Menggedik di tempat awam dengan niat sengaja mencari perhatian. Dalam FB pun di kira tempat awam kan.
7) Gunew Bahasew Rojakz Cam Na Mintax Penampax Aqew~ Gedik tahap dewa. Apela bebudak zaman sekarang ni. Ni patut masuk list *perkara yang paling annoying dalam dunia*
8) Merajuk tak tentu pasal.
Kita kan dah besar. Kenalah jadi orang matang macam saya. ngeh3~
No comments:
Post a Comment