Le Sponsers

Saturday, May 30, 2015

Exclusive Pumping Mum

Assalamualaikum.

Jika anda rasa anda keseorangan dan seorang ibu yang teruk sebab tak dapat latch baby dengan baik, jangan risau kerana anda sebebenonye tak keseorangan wakaka

I am exclusive pumping mum. Amende tu? Ok anak saya tak direct breastfeeding, dia minum susu ibu dr botol sebab mak dia pam susu tu keluar. Awak tak suka saya? Ok fine saya bukan suka awak pun 😡😝
Hahaha

Saya pertama kali jadi ibu. Pertama kali breastfeed baby. Memang rasa menyesal sebab dulu sebelum beranak taknak belajar ilmu nursing bebetul, ingat menyusukan anak tu senang je. Rupanya susah der!
So bila dah salah latch, breast pun luka, saya jadi trauma. Macam lagu trauma tu. so instead of cekalkan hati, bertenang and keep on breastfeed saya jadi takut. Saya terus pump susu keluar and bg baby susu dr botol. Tambahan pulak time tu susu tak berapa nak keluar sebab belum urut2 semua. Bagi baby hisap pun dia nangis2 macam tak cukup susu je. Tak ke sedih tu? 

Sebenarnya memang nak bg guna bottle for temporary moment je tapi macam tak dapat2 nak latch dgn betul sampai luka lama berdarah kembali. Sobs.
So aku pun terus pam je susu sebab nak juga bagi susu badan. Syai plak rasa selesa dengan cara tu sebab dia pun nak menyusukan Daniel jugak, plus aku selalu demam lepas bersalin, selalu tak sihat. So sampai sekarang la saya pam pam. There you go.

Syai pun really helpful and memahami. Yayyy thanks yang you are the best!

Sebenarnya jadi EP mum ni bukan senang tau dok? Nak g mana2 kena bawak pam, botol bagai. Lepas tu setiap 3 jam nak lari pam susu. Aku menyesal jugakla tak direct nursing je tapi ada suatu ketika ada la jugak senangnya. Contoh, aku takda masalah anak aku taknak botol. So cukup 2 bulan aku dengan selamba pergi kerja, daniel tak kisah pun aku takda hahaha. Cis ok kidding.
Then kalau aku nak keluar tinggal daniel pun senang, susu ada dalam peti ais. Malam2 aku ngan Syai take turn jaga daniel sebab dua2 kerja. Well that is really helpful jugakla. See, there are always a good thing in every single choice u do so in order to be happy with what u choosed, focus on a good thing. ;)

Itulah sumber kejayaan. Sekarang daniel dah 9 bulan still minum susu badan.(ok ada campur sikit susu tepung bila stok down tetiba)

The downside is, kurang masa dengan daniel. Kena selalu lari pam susu. Dulu risau jugak orang kata breastfeed ni time ibu bonding dengan anak, tapi dan aku berbonding dengan pam pulak. Risau plak daniel tak saya g aku lebey. Haha. Boleh la, daniel rapat dengan syai. Aku balik kerja nak amik dia, dia tak pandang pun. Pandang bapak dia je. Motip? Adik lupe ke siapa yang bawa adik ke donia ni? Bahaha

Tapiiii...malam2 nak tido dia nak melepek kat aku je. Sampai tido atas dada, perut, kaki, tangan. Asalkan ada mummy la kira. So, daniel syg je aku kan? So aku bonding je kan? Yes, your argument is invalid! Hahaha

The choice is yours mum! Walaupun aku dituduh menjaga breast sebab taknak direct nurse daniel, aku malas la nak fikir. Sebab Mr and Mrs know it all ni diorang ingat diorang je betul. What works for you, that is the best way of doing it. If you like direct breastfeed, anda berjaya lakukannya buat pertama kali, saya ucapkan tahniah. Kalau tak berjaya macam saya, so what? I do what I can do lah. Tak direct feeding anak bukan tak sayang anak. Tak bagi susu badan pun bukan sebab tak sayang. The are always a reason, and every mom dont have to explain it to you, mr and mrs know it all.

Afterall, banyak lagi perkara yang perlu kita lakukan untuk menjadi ibu dan ayah yang baik. So, get over it. Stop judging. Eh ttbe

Its not easy but it works! Kepada semua exclusive pumping mum, i am proud of you. Ini suatu pengorbanan besar. Bekerja keras utk bg anak yg terbaik. Keep calm and keep on pumping!

There is group in Facebook for people like us. And believe me this is the best group ever! Everyone is very supportive and very helpful at the same time. Go find 'exclusive pumping mum' and get supported now. Saya bukan ejen berbayar. Saya share je. Maybe next posting will be on how to survive on this journey.

Maybe jugak, anak kedua saya bole try direct nursing. Dengan daniel ni, dah terlambat da. Dia nak botol dia je kakaka.

Until then. Be well!

SukeLagi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DikuasakanOleh