Le Sponsers

Sunday, October 13, 2013

Pecah Rumah

Hari ni aku pergi kerja. Tapi Aleks suruh balik setelkan kereta so hari ni aku sayang Aleks lebih. haha

Nak dijadikan ceghita, khamis malam jumaat lepas rumah saya (rumah sewa bapak saya) dipecah masuk orang tak guneh!

Malam tu kami balik lambat dari kerja sebab hujan lebat kat KL, jem gila katanya. So pergi tengok movie bagai nak elak jem punya pasal. Balik dah pukul 10 lebih, letih memasing, terus siap2 tido. 

Sebelum tidur, selalunya aku takdela menggatal nak main ipad. ipad tu, bole guna time ada ada wifi je. So, jarang la main. Kadang-kadang sampai sebulan duduk dalam drawer, batery abes mcm tu je idok plak nak main. Malam tu aku godek2 sekejap, letak atas meja solek. Hp aku pulak, selalunya aku caj kat meja. Tapi hari ni aku main candy crush sampai mengantuk, letak tepi bantal. So, tido tido tido, tiba-tiba syai kejut. (nampak sangat aku tido mati). Aku ingat dah pagi nak pergi kerja. Tengok jam kul 3.15 am. Syai tanya, ipad mana? Aku tengok meja solek.. (terbeliak biji mata). Ipad takdo dah abeeeeee~~ T_T. Modem 4G YES atas ipad, pen ipad turut hilang sama. Aku cari beg laptop, hilang. Aku tanya syai, hp kamu ada? Takdo.. Aku raba-raba bawah bantal cr hp aku, fuhh..ada. 

Cemas. Aku tanya Syai ape jadi. Dia cakap dengar orang tutup pintu dapur. Dia bangun pintu bilik dah terbukak luas. Dia tak berani nak kejar orang tu sebab takut jadi benda lain pulak. Aku cek beg aku, dia tak sentuh purse. Tapiiii... Kunci spare kereta hilang. T_T
Semua barang yang hilang adalah barang di dalam bilik dimana kami tido! What are you up to perompak? Barang luar bilik tak diusik langsung.





Rumah sewa tu betul-betul tepi jalan. Kalau dia larikan kereta aku, memang 2 saat jelah dia berjaya. Aku tengok kereta, ada. Fuh. Tapi kunci spare hilang. Aku dah mula risau. Aku ckp kat syai, kunci balik pintu. Jom hantar kereta kat rumah mak. Luckily rumah mak aku belakang rumah aku je. Hantar kereta kat sana sebab rumah mak aku berpagar. Sebelum pergi rumah mak aku, aku whatsapp Group Boharians (semua adik beradik aku lah). Aku bagitahu rumah kena pecah, so abang aku pun datang rumah. Cek pintu dapur, tak ada kesan pecah. Padlock pun hilang truih. Just aku memang lupa selak pintu tu dr dalam. Aku lupa sejak hari ahad kot! Isnin tu aku tdo sorng syai pergi Miri, nasib baikla dia tak masuk time tu. Wuwuwu~ Ngok.

So what to do next??
Barang pun dah hilang, so lets protect our personal details from the intruder!



Kitorang try locate hp syai and ipad thru iCloud. Tetapi tak dapat sebab phone tu off, and location services pn off. Lagipun memang kitorang tak teringat nak on kan 'Find my iPhone' kat situ. So, kitorang just lock, and play sound je hopefully berjaya lah. Bila kita set iPhone/iPad lost mode, kita boleh tinggalkan message kat screen tu. So aku time tu dipengaruhi 9gag tulis kat hp syai 'I dont know who you are. But I will find you and I will kill you'. heh? Seriously dayah? haha. Ngok gila lupa tinggalkan no tpon. Tapi kat iPad aku aku letak la no tpon. All these things will only work if they turn on the phone and connect it to the internet. Syai pun, sebab dalam phone dia banyak sgt maklumat, dia set kat iCloud delete everything dlm phone tu. Hopefully berjaya jugak. Amin amin. Dalam ipad tak ada apa sangat. Gamba pun sikit-sikit je harap tak ada la gambar censored kitorang dalam tu. hehe. Tak ada pun.


Laptop pula, nak dijadikan cerita. Laptop tu baru format. So, tak ada apa-apa kat dalam. Siot la. AKu baru format kot! huk2. Save la dr segi maklumat peribadi bagai. Cuma, hilanglah laptop yang syai hadiahkan tu. ;(

YES 4G pula, just reset pasword kat laman web YES, diorang tak akan boleh guna dh. Just, u lost the device and terpaksa beli balik device tu dengan harga RM480! I hate you perompak.

Kunci kereta saya yang hilang itu pula, amatlah merisaukan. Maka hari jumaat tu jugak aku call Honda set appointment tukar all the key to the new set and all that cost RM1800. I hate you perompak very very much! Sebab tu hari ni kena halau dengan Aleks. Dia suruh tukar kunci cepat-cepat. 

Harap boleh claim insurans la sebab dah report polis bagai.

Apapun, bersyukur la perompak tu tak letak pisau dekat leher kitorang. Huhu. Kalau tak tak tahu apa yang akan terjadi. Bila aku duduk sekejap, fikir. Apa yang aku hilang ni macam nothing la nak compare kepada keselamatan diri aku and suami. Sedih. Berdebar-debar rasa. Tidur pun dah tak lena. Berhati-hatilah semua orang please please. Kunci pintu. Always check. Dunia dah tak selamat. MAna-mana pun ada orang jahat. So, kita kena sentiasa berfikir mcam orang jahat so that kita berjaga-jaga. 

After kejadian tu, kitorang dah tambah kunci kat semua pintu. Tambah 2 stereng lock untuk kereta. Beli baseball bat untuk keselamatan. And, biar nampak miskin supaya orang tak target kita sebagai mangsa. Nanti aku tulis la langkah-langkah mengelak diri dari menjadi mangsa jenayah. Panjang la pulak aku tulis ni. Haihh. Be safe everyone. Protect yourself. protect your belongings!


SukeLagi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DikuasakanOleh