Le Sponsers

Friday, February 3, 2012

Putus Cinta

Hello. Uols. I busy la. Laptop takda. (Aaaaaaa nak laptop!)



Curik laptop adik jap.


Cerita ni cerita kaum perempuan.


Kenapa kita perlu putus cinta? Arghh kenapa? Siapa tak pernah putus cinta mesti tak laku. chey. Cili mulut nak? Dulu cikgu aku cakap, bercinta time kat universiti la, sebab time ni la kite boleh kenal dgn pasangan tu betul2. Mak aku pulak cakap, takyah bercinta sampai kerja sebab daripada sekolah sampai universiti sampaila kerja kita akan jumpa macam-macam orang. Tapi mak, rugila kalau pakwe ensem kat Universiti tu dibazir2kan kan? Maksud mak aku tu, kita akan jumpa org lain yang lebih baik setiap hari. Tapi kalau nak kejar yang terrrrbaekkkk tu mmg sampai tua la tak kahwin kn. OMG seram mak jemah.


Ada seorang membe, bercinta 4 tahun kat universiti, tau2 dah keje kantoi pakwe beliau curang selama ni. Putus. Ewah cakap orang, aku pun dulu putus cinta jugak. Penat je setia kan, kalau tau I pasang keliling pinggang buat backup.Pas clash...hah kau...10 fakta mengenai lelaki pun keluar.


Lelaki memang gatal


Lelaki memang gatal


Lelaki memang gatal


dan 7 fakta yg sama seterusnya.


Pastuh, frust gile la. Nak gelak pun ada teringat zaman2 batu putus cinta dulu.


Kenapa kau tinggalkan aku demi perempuan buruk tu. Dia tak sedar ke awak gatal!


Aku la paling memahami mu sayangggg erkkk


Rasa macam nak kena langgar kereta ke, lenyek ngn lori ke, pastu masuk hospital. Then bia ex-bf dtg dgn rasa bersalah. Menangis airmata darah. And hope time tu aku dah hilang ingatan sbb ingatan terhadapmuuuuu kekasih tu la yg buat jiwa sengsara. Pastu ex-bf tu akan hidup sengsara seumur hidup sebab tinggalkan aku. Hah pastu aku mati, jd hantu menghantui hidup dia.


Hari2 dok dalam bilik menangis. Then pasang lagu paling sedih yg ada dalam koleksi supaya airmata jatuh di pipi seolah2 drama cinta dalam tv tuh.


Rasa macam taknak bercinta lagi sebab tak de dah lelaki paling mulia romantik kacak terbaekkkkkkk dalam dunia ni. LOL


Teringat semua kenangan2 manis yang dua tiga kerat tu je.


Tak boleh kua jalan2 kat public sebab akan jiwa kacau bila tengok pasangan couple lalu. Gile.


Tak boleh tengok gamba beliau. Bukan gamba je, nama dalam fb pun tak boleh tengok, sadis abes.


Remove ex-bf, Deactivate fb, tutup hp tanda protes bajet cam ada org kisah. Padahal ex-bf dah syok date ngn perempuan lain. Pastu on balik fb, stalk ex-bf and makwe baru. Pastu nangis balik cam kat atas tadi. Pastuh rasa menyesal remove ex-bf sebab aktiviti stalking jadi terhad. Haha


Dan lain2 yang aku rasa semua orang yg clash n putus cinta pun buat. LoL. Standard ah tu. Time tu kita rasa kita seorang jela dalam dunia ni yang putus cinta. Kisah putus cinta orang lain tak sesadis cerita kita. Rasa macam boleh buat filem kot. Pastu mintak nasihat membe, tapi ibarat bau kentut je. Bau kejap. Terasa busuknya, peritnye ahhh busuknye tapi pastuh lupa. (eeeeee..ape contoh gini)


Owhh plissss...


Wanita-wanita sekalian... Bangunlah dari kesedihanmu itu.


I know, the feeling is so right. Hurt too much. Serius shit. Sape yang tak pernah rasa tak akan faham walaupun diorg ckp..'saya faham'. Tapi sedih lama-lama pun, bukan dapat apa-apa. Buat dehydrated je. Abis airmata suma. Bengkak mata. Pastuh jadi tak cantik da. Kurus takpe. Cam aku. Muahahaha


Daripada korang fikir kenapa kenapa kenapa lelaki gatal tu menggatal... kenapa lelaki gatal tu tak hargai korang, baik korang fikir macamana nak gembira. Dah lelaki tu namanya pun gatal, kok dipikirin lagi. Langgar je dengan kereta. Abes cerita. Dah tak ada jodoh kan?


Agak-agak nak lelaki gatal ni jadi ayah kepada anak-anak korang?


Agak-agak pas curang ngan korang dia takkan curang lagi? OMG. kerat jari.


Tak payah rendahkan diri korang serendah-rendahnya demi lelaki camtu. Sebab kalau die lelaki yang macam ini, takdela die buat korang macam itu kan?


(suara2 hati menjerit...tak2 die baik!! dia caring...dulu time birthday saya dia mainkan gitar utk sayaaaa.....)


Ahhhhh itu dulu. Sekarang dia mainkan utk perempuan lain.


Pastu, tulis2 blog sedih. Cam aku je.


Terima jela hakikat yang lelaki baik buah hati korang itu sudah curang. Kalau boleh, sehari pas clash, pergi kedai mekap, beli make up. Pergi sogo, beli baju cantik banyak2. Pergi kedai honda, beli kereta honda 1. Pastu esok dress up, lalu depan lelaki tu. Pastu hon kuat2. Lagi best kalau lelaki tu naik moto je. Padan muka diorang sebab tinggalkan perempuan terbaik yang setia ni kan. Tapi kalau lelaki tu pakai ferrari, pergi pecahkan cermin kereta ferrari dia tu. Bayar ganti rugi belakang cerita, yang penting hati puas. :P


hehehehe


Pergi sibukkan diri dengan aktiviti menarik. Keluar dengan kawan-kawan, pergi skydiving, panjat bukit, lari 10 km, kerja 24 jam, tido opis. Yang penting jangan ingat ex-bf korang tu. chey


2 tahun kot aku Jiwa Kacau. haha


Its not easy but worth trying :')


Better dari nangis. Seriously. Nangis sehari je cukupla.


Takkan kalau aku heal 2 tahun, korang nak heal 2.5 taun plak? Kalau aku heal 2 hari je dulu mesti aku dah kerja Schlumberger sekarang ni kat Jerman tau. Nasibla Murphy nak. Patut kita bersyukur sebab clash, watpe bersama dengan orang tak setia.


Ingat Tuhan dan berdoalah banyak-banyak supaya dikuatkan hati. Sesungguhnya Allah tak menguji hamba-hambanya dengan ujian yang kita tak boleh tanggung. Pasti... suatu hari nanti ada lelaki yang lebih baik untuk kita. Jauh-jauh-jauh lebih baik. Maybe kalau kita still dengan lelaki tu, hidup kita akan jadi lebih teruk. Kadang-kadang kita tau je yang hidup kita tu memang teruk, tapi dok tahan je sebab CHENTA katenye. Ehhh cinta2 kalau sengsara baik single tau. Jadi bodoh sekali takpe, jangan bodoh berkali. Sebab tu la dia suruh kita bertemu dengan orang yang salah dulu. Belajar dari kesilapan. Kan Allah Maha Mengetahui.:D


Lagipun, kalau couple ni almaklumla macam-macam dugaan. Kahwinla cepat-cepat solosaiiii masalah. Then, bila bercinta, bersederhana lah...Yey nak kahwin dah. :D (Lempang diri sendiri)


Aritu aku nmpak ad orang post kat FB, couple tak semestinya kahwin. Aku nak komen tapi kang nampak poyo plak. Aku nak cakap camni je.


PALE HOTAK KO! Duhhh~ budak2 tak matang...

SukeLagi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DikuasakanOleh