Le Sponsers

Tuesday, August 23, 2011

Hantu lah sangat. Hantu betul.

240811 : 10.42 am
Gila kentang. Mata aku mengantuk gila. Gila-gila punya la. This is the second week of ketiadaan Aleks, my mentor yang kacak. Beliau balik UK untuk bercuti selama 2 minggu. So sepanjang ketiadaan beliau, aku menggantikan tempat beliau. Cehwah. Bukan la, aku cuma bekerja di workstation beliau sahaja. Dengan 2 skrin besar yang membolehkan aku tulis blog kat office sebab angle die terbaik terlindung dari mata kasar orang lain. Muahaha. Aleks suruh aku run 50 simulasi untuk mengira Stock Tank Oil pIn Place by Facies dimana ia bermaksud, kita nak tahu berapa banyak oil di dalam thin beds serta thick beds. Gila la penat nak run semua ni. Aku cuba mengekalkan momentum keseronokan, tetapi semua tu tak bermakna lagi apa ila beberapa run fail dengan jayanya. Tu yang mengantuk tu. Tu yang tertidur2 tu. Tetapi ini bukanlah kali pertama aku mengantuk kat office. LOL.
 
Fenomena kemengantukan kat office semakin menjadi-jadi sejak bulan puasa ni sebab tak boleh nak minum coffee. Well aku memang sleepy head sejak dulu kala lagi sebab tidur aku tak pernah tetap sejak dahulu kala itulah. So inilah kesannya. Aku mengantuk dimana sahaja. Meeting. Jangan cakapla. Meeting berdiri pun aku mengantuk gila walaupun dah cubit diri sendiri setiap 5 saat. Isk3..
 Tadi aku memang mengantuk gila. Aleks kongsi bilik dengan Gary. Tadi Gary keluar. So, sebab aku ngantuk, so aku layankan je mengantuk tu, aku pun tidur atas kerusi. Tak tertahan lagi. Lena tahap. Lepas tu tiba-tiba aku dengar orang panggil aku. Hidayah, saya nak kenalkan awak dengan Datuk K. Aku nak bangun tapi aku tak boleh bangun. Aku cuba dan cuba tetapi tak berjaya. Aku fikir, alamak jatuh standard aku. Apsal Datuk ni nak datang time aku tidur dengan muka huduh begitu. Tak ayu lagi. Uwaa.. Then dalam lena tu aku teringat, aku mungkin mengalami sleep paralyse. Pehh hebat jugak otak aku time mengantuk. haha. Then aku nak buktikan yang selama ni aku cakap aku selalu di himpit hantu walau di mana sahaja aku pergi itu adalah suatu perkara palsu belaka. Aku cuba capai 1 pen, then cuba patahkan pen tersebut. Aku tengah pegang pen ni. Serius. Then, sebab aku takut imaginasi Datuk K aku tu betul (malu lak aku kan), aku pun cuba bangun.  Bersusah payah gila aku rasa. Hantu tol. Then aku terjaga. Ternyata tiada siapa di bilik itu. Dan aku tidak memegang pen. Maksudnya, semua tadi tu imaginasi belaka. =.=''
 
Haaaa kan betul aku ada sleep paralyse. hehe. Penat je menjaja cerita yang selama ni hantu suka kacau aku tidur, Hahaha...  Tapi sangat melampau la sebab sampai ke office sleep paralyse aku tu. Aiyoo.. Aku nak mula menjaga jadual tidur dari sekarang!!

Ok dah segar. :')

SukeLagi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DikuasakanOleh