Le Sponsers

Thursday, March 3, 2011

Hassan Chachok is Kampung Tengahian~

12.00 pm, 4 March 2011

Kedengaran lagu InsyaAllah dendangan Maher Zain...

Luvly mummy~

Mum : Hello, what are you doing on your bed?
Dayah : Mum, i woke up already. Roxar is here this morning.
Mum : Don't lie. Get up!
Dayah : Mum, I'm at the cafe.
Mum : Breakfast at twelve?
Dayah : Mum, you are so mean. I'm having my lunch!
Mum : What do you have for breakfast?
Dayah : =.= THIS IS LUNCH TIME MUMMMMMMMM~ I'm taking my lunchhhhhhhh~
Mum : Ooo really. What make you woke up early today?
Dayah : I always early what~ huahua. Grrr~ Roxar is here. 


bla bla bla



cot cet cot cet


Mum : Are you interviewed Hassan Chachok last time?
Dayah : Yup, at his office in TTDI. Why?
Mum : He's abah's friend. Don't you know it? He lived here, Lorong 2 Kampung Tengah.
Dayah : WHAT??????????????????????????
Mum : Yes it is.
Dayah : WHAT?????????? Are you teasing me?
Mum : I'm telling you the truth.
Dayah : WHAT?????????????????? OMG. If only i knew it a week before. I will never work that hard to get him and make an appointment at TTDI! and buy a honey color contact lenses to impress him and buy a new blouse and stay at damansara and sesat and and and... *mood surprise!!!*





He lived the same area as mine...

He is the boss in big company...

Owhh..I'm your neighbour, you friend's daughter, make me an engineer pleaseeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee..... ^^

اغفر لي

Ya Allah, saya nak jadi budak baik. Anak mak yang baik. Kawan yang baik. Pelajar terbaik. 
Kadang-kadang diri ini khilaf. Tapi Kau sentiasa mengingatkan aku kembali jalan yang benar yang patut aku ikuti. Kenapa susah benar hati ini mahu menerima. Ya Allah, janganlah kau pesongkan aku, setelah Engkau memberi hidayah kepadaku. Jadikan kami insan yang beriman dan bersyukur. Dan berkatilah perjalanan hidup kami.

Amin.

Tuesday, March 1, 2011

They are the real terrorist

Ye ye fine..
aku taula aku ade test welltest esok, aku nak update sikit je sebab ade orang puji aku tadi.
hahaha...
sengal, perasan gila.
lawat blog comel nie ha, ceqjay si budak kaki kurus, aku jeles..
-__-
aku jeles dia kurus.
inila balasan sebab puji aku tadi. *perasan gile dh ni*
sape nak link dia kat sini sila puji aku.
kih3
^^


semalam aku print screen gambo ni, aku lupe la nk upload. memang gambo ni kecik, sile la click utk tengok lebih jelas melainkan korg ade kanta pembesar.



sila bukak google translate

sila taip 

Amerika is terrorist, Jews is terrorist, Arab is terrorist

translate at google from english to arabic

then

copy the arabic words, translate it back to english...

then u see what i see...

actually bahasa arab tu dia dah tolong translatekan yang amerika and jews tu not terrorist (nasib bek aku belajo arab dlu.ngeh3)
kuang hajo kan google nie...
jews ngn amerika ni la kuang hajo, ingat kite bute it ke.
sepak google korang pastu tutup latop..
g sambung study... :P

Hassan bin Chachok al faqiir

24 Februari 2011

Subjek keusahawanan membawa kami ke kota Kuala Lumpur. 2 minggu sebelum perjalanan ini, kami telah membuat temujanji dengan seorang usahawan berjaya, En. Hassan bin Chachok. Beliau adalah Managing Director of Geowell Sdn Bhd. Idea untuk menemuramah beliau datang dari teman sebilik saya Siti Saodah Tajudin, yang pernah bekerja di Geowell selama 2 bulan ketika latihan industri semester yang lalu.

25 Februari 2011

Permulaan hari ini kurang baik. Temujanji kami bermula pada jam 11.00 pagi. Tanpa disangka-sangka kami terlambat bangun pada pagi tersebut. Namun, kita harus percaya pada kuasa Tuhan. Malam sebelumnya, saya terlupa menutup cermin kereta di sisi penumpang. Tepat jam 9.00 pagi, saya mendengar bunyi seolah-olah siren yang sangat kuat. Saya sangka ia datang dari pengecas hp serta bateri kamera yang saya pasang pada malam tadi, rupa-rupanya datang dari telefon rumah. Pengawal keselamatan memberitahu saya bahawa cermin kereta tidak ditutup. Nasib baik saya terlupa, kalau tak siapa nak kejut kami pagi tu? Everything happen for a reason kan? Nasib baik tak ada barang yang hilang, kalau tak nak nangis juga rasanya. 

Perjalanan dari Petaling Jaya ke TTDI mengambil masa lebih kurang 20 minit, kami sempat sampai 15 minit sebelum temujanji. Pertama kali melihat Haji Hassan bin Chachok, saya rasa amat tenang. Muka beliau bersih, berlainan sekali dengan imej yang saya  bayangkan. Beliau hanya berbaju melayu coklat pada hari tersebut, dengan kepala ditutupi songkok hitam. Barangkali jika kita terjumpa beliau di kiri kanan jalan, kita tak akan pernah menyangka beliau adalah seorang Managing Director di sebuah syarikat Oil and Gas di Malaysia. 

Berketurunan Bugis, berasal dari Sulawesi Selatan, beliau mempunyai latar belakang akademik di dalam bidang akauntan dan sastera. Tidak aneh la bila temuramah dijalankan di dalam Bahasa Melayu, kerana menurut beliau, ‘saya cinta bahasa melayu’. Perbualan dengan beliau dijalankan lebih kurang selama 1 jam. Pelbagai cerita dikongsi dari sudut peribadi, business dan lain-lain lagi. Apa yang membuat saya tertarik untuk menulis mengenai beliau ialah, sepanjang perbualan kami, beliau tidak pernah berhenti menyebut setiap kejayaan beliau adalah di atas izin Allah, kelebihan yang beliau ada juga dari Allah, kebergantungan beliau terhadap kuasa Allah, dan bagaimana cintanya beliau terhadap Al-Quran dan Islam. Saya sangat menghormati beliau, beliau sangat rendah diri dan pandai memberi nasihat. Temubual tu turn out like a father giving his daughter some advices in life. Tak puas rasanya nak berbual.

Kata beliau, sebagai manusia, 10% daripada kejayaan kita setiap hari berpunca dari segala kerja yang kita lakukan sepanjang hari. Tetapi, 90% adalah kerja kita di waktu  malam, solat, serta amal soleh. (Macam ini tau baru boleh jadi orang berjaya). Kalau saya bertanya kepada diri saya sendiri, lengkapkah 100% kejayaan saya setiap hari? Bagaimana dengan anda?

Beliau juga memberi nasihat, untuk berjaya di dalam suatu bidang, jadilah sebahagian dari ahlinya. maksudnya kita perlu betul-betul mendalami bidang kita, belajar dan terus belajar. Tapi apa yang kita lihat sekarang?

“Suatu hari seorang lelaki Arab Badwi datang bertanya kepada Nabi: “Bilakah hari kiamat?” Ketika itu Nabi sedang berucap, dan tidak mengendahkan soalan itu. Namun setelah tamat berucap Nabi berkata: “Manakah orang yang bertanya mengenai hari kiamat tadi?” Lelaki itu berkata: “Aku wahai Rasul Allah”. Nabi menjawab: “(Kiamat akan datang) Apabila amanah telah disia-siakan”. Orang itu bertanya lagi mendapatkan penjelasan: “Bagaimanakah mensia-siakan amanah itu?” Nabi menjawab: “Apabila urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah kiamat.” – (Maksud Hadis Bukhari dan Ahmad)

Saya juga tertarik dengan kata-kata beliau, setiap nafas adalah TAWAKAL. Betul kan? Bukan selepas berusaha untuk menjawab test je perlu tawakal, tetapi seharusnya setiap Nafas adalah Tawakal. Tersedar aku dari lamunan tipu daya dunia seketika. Meeting him was a bless. 

Beliau juga telah membuat kajian dan artikel mengenai 'Hakikat Tauhid yang Menjadi Dasar Tawakal'. Menarik, tapi belum sempat nak baca habis lagi. Ada masa nanti saya tolong kupaskan. :) 

Percaya tak, kadangkala ada satu masa kita rasa sangat lost, tension, tertekan, hilang arah...(eh sama lah dengan lost). Kita berdoa untuk mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah. Allah menolong dan menyedarkan kita di dalam banyak cara. Ustaz aku cakap dulu, mungkin kita akan terbaca artikel tentang masalah orang lain tapi ada kaitan dengan masalah kita, ada kawan kita bagi nasihat tiba-tiba, atau... hmm macam2la. Macam ni, terjumpa En. Hassan. Dia bagi nasihat yang sangat-sangat berguna.

So, sentiasa la percaya dengan kuasa Allah dan perancangan Dia adalah yang terbaik... :)

p/s : sungguh fail mengarang ayat skemas. muahahaha. gambo dalam memory card lagi. nnti upload kemudian. :P

Monday, February 28, 2011

Entry untuk abah saya

Hari ini 1 MAC 2011. 

SELAMAT HARI LAHIR ABAH

:)

Sabtu aritu mereka kat rumah buat makan-makan tapi aku tak ada sebab tengok teater. Sobsob~Derhaka sungguh. huahua
Tak apa, dah jumpa abah dah semalam. hehuu

Kita selalu pentingkan mak dalam segala perkara. Yela, harus la mak mak mak baru abah kan. hehe. Sayang dua-dua. Abah saya abah yang terbaik saya ada. Dulu abah garang, tapi sekarang tidak lagi. Abah sangat comel. hehe. Teringat aku ketika aku kecil. Masa tu abah boleh dikategorikan sebagai garang gila. Wuu. Mungkin time tu kitorang masih kecil, nakal tahap gaban. Aku la tu yang nakal. Ada sekali tu, aku main hp abah. Time tu tahun 199* something, hp pun kira kalau ada macam bangga gila la kan. Tekan punya tekan hp yang besa boleh baling anjing tu, sim kena block. Lepas tu, buat-buat tak bersalah jela. Time tu aku darjah 2-3 kot. Mana tau apa-apa. Abah tanya aku, Dayah main hp abah ya? *bukti cukup menunjukkan aku yang main* wakaka. Kena marah, lepas tu abah suruh tidur kat luar rumah. Meronta-ronta aku. Then masuk bilik, aku duduk kat atas katil double decker hujung dinding. Mak panggil makan, aku taknak keluar. Sebab abah kata nak potong hidung aku sebab nakal sangat. *Nanti kua makan ilang la idung aku* huahua. Sememeh gile la aku~ Kuat nangis. Kalau pergi mana-mana, nakal sangat, nanti balik tunggu jela. Hmmm. Nak cakap betapa garangnya beliau, dari dulu sampai sekarang kalau mak kejut bangun pagi sejuta kali pun takkan bangun. Kalau abah, nampak bayang abah lalu jer, atau sekali abah berdehem tu, tegak terus aku, terus lipat selimut bangun mandi basuh pinggan kat dapur. huhu

Sekarang abah tak garang macam dulu, maybe sebab kami semua dah besar-besar. Tambah-tambah lagi aku, comel gila kot, mana sampai ati nak marah. hahaha xD

Abah selalu bagi nasihat and ceramah pagi selalunya weekend bila semua orang ada kat rumah. Ingat ayat abah, 'susah dulu senang kemudian'. Ayat wajib tu. Kadang-kadang sesi tu lama sangat, adik aku selalu lari. Atau aku yang buat-buat ada kerja sambil kenyit-kenyit mata kat adik aku dengan ucapan selamat mendengar. hehe. Jahat2.

Tapi saya begitu sayang sekali kepada abah. I can't afford to hear or see anyone hurt him. Yela semua orang pun sama kan. hehe. Time form3, balik dari asrama. Kakna amik, time tu nampak mak dalam kereta. pelik gak, hostel aku kat Shah Alam je, apesal semua orang semangat amik aku. Then masuk beg, Kakna kata, nak pergi hospital ni, abah kat hospital. Terkejut. Diam je dalam kereta. Abah saya sakit jantung. Sampai sana je, abah sedar, and start to talk and bagi nasihat etc. Ayat memang sedih. Wa tak tahan beb. Wa ratu airmata kot. Terus aku masuk toilet kat wad tu, tak keluar sampai abes masa melawat sebab sedih sangat. huhu... >_< 

Saya janji saya nak jadi budak baik!

Tapi sekarang abah sihat alhamdulillah. Semoga Allah panjangkan umur abah saya, semoga sempat saya balas jasa beliau menjaga dan mendidik saya selama ini. Saya sayang abah saya. 

SELAMAT HARI LAHIR ABAH!



Sunday, February 27, 2011

...Layan Saja...

Sedang bajet dia macam hot gila. Sedang perasan ramai orang sedang kejar dia. Tadi dia khusyuk gila baca journal tapi sekarang dia sedang taip blog lepas dapat tau EOR anta next thursday.. Erk, betul ke? Dia tengah banyak berfikir sekarang. Thats what she good at, its a curse and a gift. tapi mane boleh banyak fikir sangat bila buat assignment. Sampai sanggup stop semata-mata ternampak kuku kaki panjang sebelah. Stop baca journal sebab nampak habuk atas meja, amek tisu, lap, then sambung buat kerja balik. Lepas tu stop lagi bila nampak toolbar kat desktop ade 'Facebook(1)' --> eh3 ade org komen status! haha. Damn...! Easily distracted with silly things. 

Mengarut...


Mengarut....



Arghhhh mengarut~


Dia sedang melayan emo dia lagi. Ntah hape-hape la wei. Benda tak payah pk pon, lagi pk lagi serabot. Tapi suke sangat pk, ape kehe ntah. Terasa nak tukar badan ngan Lisa Surihani jap, baru terasa cam cantik and hot gila kuase 18. Hey me, give me a little break. Can arr? =.=

tetbe lagu ni kuar dalam mp3. Thanks mp3!! Cam tau2 je! haha





Fine, layan saja assignment ni...

Lapan Enam


Alamak gamba kecik. Follower dah ada 86~ lalalala...
Thanks my dear follower... blog ni dah berusia 3 tahun, tapi follower dia baru banyak ni...
hahah~
86 mengingatkan aku kepada sese dua orang...
En. Fauzi my theatre club advisor y saya selalu rindu-rindukan and encik hakim a.k.a tulus a.k.a botak a.k.a artis yang hot...
sejak 1st year diorang kecoh pasal angka 86 ni, musykil aku sampai 86 ni menjadi 1 angka yang sangat spesel di dalam hidup kami (aa ayat xle bla)
dah 4 tahun dah aku kat utm, nak abes blaja tp xterurai lagi siapa atau apa atau berapa kah 86 ni..sengal betul... =.=
BAGITAU LA WOOIII~
apa-apa pun aku tak nak follower aku 86 je. haha
moge-moge jadi 8686 atau 86868686...
wakaka








Saturday, February 26, 2011

Terima Kasih Cinta

Kenapa ada filem CINTA, lagu CINTA, sajak CINTA, syair CINTA, teater 'TERIMA KASIH CINTA'?

Because love is something real. They told us about love in so many ways.  Standard of love story in the world. Love and happiness is real. Love and hurt is real. Love needs sacrifice is real. Love and hate is real. Love always doesn't make any senses. Love create happiness and hate. No parameters or instrument to measure it. Difficult to explore compared to oil in a deep reservoir, high temperature and low permeability. 

Do you ever lied to your friends, skip the class, do something stupid for you loved ones?
I did. -_-

LOVE is weird. We don't know why it happened. We still love the person that screwed up with our live because of LOVE and LOVE is always lead to crazy unlogical things.

CINTA TAK BOLEH DIPAKSA~

*mungkin ada yang termuntah2 srkg* -__-

Aaaaaa jiwang la ko ni...Come on, move on, dont be silly. Aku doakan kau rasa sekali, then you will shut up ur mouth. *wooo woooo*

Depends on you la.. kan? 

*emo bila cakap sal cinta nih* 
Well, I am weird. I'm happy to be weird.:)

Cinta kepada Pencipta, itu je yang kekal abadi.

Cinta kepada manusia, tak kena cara, selalu membawa kemusnahan. Aku benci insan yang mencemari keindahan CINTA sebenar. 
 
mood baru lepas tengok teater 'TERIMA KASIH CINTA'

tak tahu nak tulis apa, tapi nak tulis. haha....

sok balik umah!






Wednesday, February 23, 2011

Thank You mr. BANANA!


hahahahahahaha....

Thank you PISANG...

I really appreciate it, but I still improving the content of my blog actually...

blog serabut..hooo

Segan tol... waaarrghhh

Yours is better~ Update la selaluuuu... ^^

Check his blog out guys!~ 


He is my clasmate...

Damn, he is handsome, cute and smart yet still single... woottt woottt
 Isn't that cool~....?

^^

Kenapa wanita COMPLICATED

Aku sedang taip dalam keadaan emo nie. Cewah... Seringkali berlaku di dalam dunia ni ketidaksefahaman wanita dan lelaki. Statistik menunjukkan pergaduhan antara wanita dan lelaki berlaku 5 kali di dalam masa sesaat(tipu). Pertelingkahan selalunya disebabkan oleh lelaki. Wanita merungut, lelaki tak faham wanita. Aisehh... Setelah 88x wanita tu merungut sekalipun, percayalah kebanyakan lelaki memang tak akan faham atau  buat-buat tak faham je sebab mereka tahu inilah sifat semulajadi wanita, iaitu COMPLICATED dan tidak boleh difahami. *bapak sedih gile jadi wanita nie* -__-



Tapi janganla kita sebagai wanita bersedih. *muka gembira balik*. They said we are COMPLICATED. That's because we are and we have to, so be proud of it! :)

Kenapa kitorg nak jadi complicated?

1) Sebab kebanyakan lelaki pelupa.*suka buat-buat lupa*. Kami tak mahu menjadi pelupa kuasa dua belas, nanti suami kami tak sayang kami. Suami suka lupa letak spender kat mana, lupa kunci kereta kat mana, lupa kat mana laci stokin, lupa dah kahwin, lupa ada isteri.lol... Kami suka mengingatkan kaum lelaki sentiasa. ngeh3

2)Sebab kami nak jadi mak yang baik. Wanita kan hati dia lembut dan lebih dekat dengan anak-anak. Mak yang kejut pagi-pagi, mak banyak nasihat, mak jugak yang selalu cover line bila kita pergi jalan-jalan ngan bf/gf. Kan kan kan? Even lelaki pun, kalau ada masalah komfem pergi mengadu kat mak jugak. Sebab tu wanita perlu complicated, serta mempunyai pemikiran yang kritis untuk menjadi pendengar, penasihat serta peng'coverline' yang baik.

3) Sebab perempuan banyak tanggungjawab serta berkaliber. Lelaki lebih cenderung untuk fokus kepada satu perkara dalam satu masa. Contoh, tengok bola. Tak payah cakap dengan beliau time ni, baik cakap dengan kura-kura sebab diorang ngah fokus kot. Lain dengan perempuan yang lebih multitasking. Wanita mampu masak, layan anak, membebel, basuh kain, cuci pinggan, kemas dapur, jawab telefon dalam 1 masa.  7 in 1 tu... Kerja ofis lagi. Cuba bagi lelaki buat. mau terbakar dapur, hari-hari kena panggil bomba. Sian bomba tu.

5) Sebab wanita tulang belakang kepada lelaki-lelaki yang berjaya.  Lelaki kalau nak berjaya tak boleh hilang fokus. Contohnya, mereka mudah terganggu terhadap godaan2 wanita. ecece *sile jangan jadi wanita penghilang fokus lelaki*. Sebab tu wanita perlu curiga, cemburu serta bersikap overprotected. Bukan kami nak, tapi kami terpaksa sebab kami perlu memastikan kejayaan teman hidup kami. Chaiyok2 abang!.

4)  Sebab kami perlu memperbaiki generic skills kami terutamanya communication skills. Membebel membantu kami bercakap dan berkomunikasi dengan lebih lancar. Dengan membebel, kami juga tidak akan gementar ketika melakukan presentation depan client dan bos. Kami akan terasa lebih berkeyakinan dan berkarisma. Bantulah kami dengan mendengar kami membebel~ yay!

5) Kami perlu berlatih menangis dan beremosi dengan over supaya Yusuf Haslam akan mengambil kami berlakon. Dengan in kami mampu membantu suami untuk meningkatkan ekonomi rumahtangga. Baik kan kami?

5)Sebab kami boleh period. Kami ada alasan untuk emo dan complicated. Lalalalala~ korang tak ade... 

hehe





SukeLagi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DikuasakanOleh