Le Sponsers

Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Tuesday, November 10, 2015

Kek Pisang Lembut

Hai.
It is 11.44 pm already. Ha memanglah aku kalau nak masak kek malam2 buta baru jadi hahaha
Taklah, siang busy la dengan budak kecik. Kalau cuti, start buka mata sampai 9 malam i will be busy with him. Siapa cakap surirumah tak penat? Kalau kerja rasa rindu pulak dengan keletah dia. Hehe

Oklah. Hari ni aku cuba buat kek pisang. Sebab pisang beli kat pasar aritu dah nak hitam uols! Adoidoii... Banyak pulak tu pisangnya. Tapi aku buat 1 jela, kalau aku habiskan pisang tu bole bisnes kek pisang aku esok. 

Resepi ni dari blog kak Azlita Masam Manis. Kakak hebat! Dah dua resepi kakak saya cuba menjadi. Sebelum tu tak menjadi sebab ingat buat kek pisang macam cekodok, main belasah je haha

Kena faham teknik je sebenarnya. Masak kek bukan macam masak daging masak kicap campak2 siap..ha tahu dok! 

Ok jom tengok resepi!

Bahan-bahan

7 biji pisang emas
4 biji telur gred A
1 cawan gula castor
2 cawan tepung kek/superfine flour
1 susu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
3/4 cawan minyak jagung
1 sudu teh Esen pisang/esen vanila

Pisang aku pisang ape r, aku taktau hahaha. Tapi besar dr pisang emas. Selalu ada kat pasar. Sebab dia besar, aku guna 5 biji.

Lets get started!

Panaskan oven dulu selama 15 minit sebelum kita start bakar kek. (170 degC, api atas bawah)

(1) Lenyek pisang. Tambahkan soda bikarbonat dan sedikit garam dalam pisang yang sudah dilenyek. Ketepikan.

(2) Dalam bekas lain, campurkan baking powder dan tepung kek. Ayak kan kedua2 nya. Ketepikan.

(3) Dalam mixer, pukul telur, esen pisang dan gula castor sampai adunan kembang dan ringan. Masukkan pisang yang telah dilenyek tadi. Gaul dengan spatula sehingga sebati.

(4) Masukkan campuran tepung dan baking powder tadi kedalam bekas adunan. Kacau dengan spatula sehingga sebati.

(5) Setel! Masukkan adunan ke dalam loyang 9 inch yang telah dilapik parchment paper & butter di sekelilingnya.

(6) Bakar di dalam oven pada suhu 17degC, api atas bawah selama 45 minit atau sehingga masak. 

(7) Enjoy! Makan dengan aiskrim pun sodap. Tapi kan dah malam ni. Maka kita simpanla buat sarapan daniel, daddy, mummy, nenek, and atok esok! Hehe


Serius lembut and sedap. Maunya aku tak kagum dengan diri aku ini muahahahaha.

Terima kasih kak Azlita for sharing the recipe :)


Saturday, September 28, 2013

Resepi Pavlova

Resepi Pavlova ni saya ambil dari blog Fatin Liyana Asri. Ala adik ipar owner blog pelik tu. hik2

Aku ni pelupa. Bila pelupa setiap kali nak buat pavlova setiap kali tu lah nak google bagai. Letih weh letih! Tapi kalau tulis kat blog pun sama gak. Tapi takpelah. At least blog sendiri lagi senang ingat. ahahah.

::MERINGUE::

4 biji putih telur
175 Caster Sugar
1 sudu kecil cuka masakan
1 sudu kecil tepung jagung
1 sudu kecil esen vanila


::HIASAN::

Non-diary whipped cream/Thickened Cream
Strawberry/ Blueberries

::CARA-CARANYA:: 

(1) Oven

Panaskan oven 170 degree C

(2) Meringue

Pukul putih telur dengan electric mixer sampai dia kembang. Nak tau ckup ke tak, sampai putih telur tu tak jatuh kalau kita terbalikkan bekas. 

Then, sambil-sambil sambung pukul masukkan 2-3 sudu gula and pukul lagi. Camtulah sampai gula abis. Pastikan pukul betul2 sampai gula hancur sebab kalau tak nanti bila bakar meringue ni menangis (ada lelehan air gula keluar dari meringue. Tak cun ah weh.

Pastikan meringue form a soft peaks and berkilat. Kalau kita angkat mixer tu dia akan ada bentuk tajam tapi jatuh cam rambut ikal mayang gitu. Pastikan jugak bila kita terbalikkan bekas adunan tu tak jatuh. Kalau ok bole la masuk masterchef! ;P

Then boleh guna mixer or spatula jer. Masukkan cuka masakan, esen vanila and tepung jagung. Pukul smpai sebati. 

Untuk bakar, jangan guna cake mould or loyang. Guna baking tray yang tak ada dinding (teruk bahasa kau ni). Lapik dengan baking paper yang telah kita lukis bentuk bulatan dibelakangnya. Kemudian tuang adunan ikut bentuk bulat tu. Agak-agakla saiz dia sebab nanti meringue ni akan kembang. 

Kalau nak buat layer, just separate adunan into two lah.

Better buat tengah2 rendah dari tepi so nanti kita bole hias dengan cemerlang. Takdela jatuh-jatuh stobery kite ye puan-puan.

Then, bako bako bako selama 30-40 minit. Bila dah masak, buka sedikit oven dan biarkan dia sejuk dalam oven. 

(3) Hiasan

Pukul whipped cream sampai kembang. Honestly aku tak berjaya lagi. haha. Selama ni pavlova daku pakai instant whipped cream and whipped cream tak jadi tapi saya tak pernah mengalah! haha.

Ala tensen la ahahaha. Nnti dah berjaya aku bagitau lah. ahaha. Tapi aku tengok kat blog FL dia guna Pauls Thickened Cream. Berdasarkan pembacaan aku, kalau guna non-diary whipped cream lagi ok daripada dairy whipped cream. Dairy whipped cream cepat mencair.
Based on reading jugak, pastikan smua alatan termasuk mixer, mangkuk, and whipped cream tu sejuk dalam peti. Pukul whipped cream dengan ais di bawah mangkuk pun maybe membantu yang penting sejuk. Tambah 2-3 gula if nak manis. Tapi meringue dah manis so up to you. Don't over-whipped kalau x nanti whipped cream akan berketul. Oh my menakutkan betullah. ahaha.

Then spead all over the meringue. Hias dengan buah-buahan yang masam to balance the sweetness of the meringue. Strawberry giant dan sebagainya. Berries susah nak cari ces.

Gamba pavlova saya ada dalam instagram. Maka sila follow saya di www.instagram.com/nurhidayahb. ahaha diva. 

Sejak jadi isteri ni rajin la masak. hmmmm ;D





 

SukeLagi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DikuasakanOleh