Le Sponsers

Thursday, March 5, 2015

Mewujudkan Tabiat Tidur Yang Baik Untuk Bayi

Assalamualaikum kawang-kawang. Suami saya orang terengganu. ;p

Ha gempak tak tajuk tu. Baru anak 1 dah ajar orang tidurkan anak hahah.
Oklah saya share pengalaman saya je. Patut tukar tajuk, cara-cara tidurkan Daniel. Gitu haha

Okay. Bayi ni sebenarnya bijak. dari lahir-lahir diorang terus belajar. Belajar matematik, sains, akaun semua itulah. Ok saya suka mengarut. Sebab ayat saya nak tulis tadi hilang dah.

Bayi baru lahir memang banyak tidur. Dalam 1 hari diorang akan tidur selama 17-18 jam sehari sampai la umur 3 bulan. Tapi, bayi juga akan bangun menyusu setiap 2-3 jam sekali. And ingat ye kawan2, kalau baby tidur lama sangat kejutkan dia menyusu sebab awal-awal ni penting utk mereka minum susu ibu. 1st, doktor saya cakap untuk hilangkan jaundis. Ye, anak saya kuning sikit je tak perlu rawatan pape pun sebab maintain jadual menyusu beliau (Setiap 2 jam pandai dia bangun sendiri haha)

Memang awal-awal ni korang akan bertukar menjadi panda sebab setiap 2 jam nak breastfeed baby. Idok mengapalah kan dah kawin, ajak suami jadi panda sekali. Kadang-kadang baby susah nak tidur balik lebih-lebih lagi waktu malam. Sebab diorang, tak dapat bezakan lagi malam or siang. Ajarlah mereka membezakan malam dan siang dengan melakukan perkara berikut:

(1) Bila siang bawak keluar dr bilik, bawak jalan-jalan kat luar rumah ke waktu pagi so diorang terbiasa keluar dr tempat tidur/crib. So diorang taula nanti, 'ooo terangnya dah ciangla mama ooww wow' gitu

(2) Jadikan waktu tidur malam sesi yg amat membusankan untuk bayi anda. Tutup lampu or gunakan cahaya yang malap. Kalau boleh tuka pampers pun jangan buka lampu. Jangan ko nak baa cak baa cak die lak time ni. 

(3) Ajar baby tidur sendiri. Bila dah susukan, tengah dia mamai-mamai tu letak je atas crib bia dia settle down sendiri. 

(4) Kalau baby merengek malam-malam, biarkan dulu dia nangis, so dia paham takde org nak layan die ekeke. Jahat bebeno bunyik dia. Kadang-kadang dia mengeliat je ko dah panik. Rilek je k. Kata seorang ibu yang panik haha.Sebab pas bersalin kena rehat banyak-banyak. Bila baby tidur, ibu kena tidur jugak rehat. Tabiat ni juga membantu ajar baby belajar tenangkan dri sendiri, and tidur balik.

(5) Buat rutin yang sama untuk dia tidur. Cthnya, mandikan, bedung dia, dodoi2, menyusu, then tidur. Buat yang sama hari2 supaya dia paham.

Memang macam senang je baca, tapi susah nak praktik haha. Jangan risau, bukan anak anda seorang je tak boleh tidur. Anak saya pun waktu 1-2 bulan kerja mengamuk je sebelum tidur. Menangis macam kena pukul. Stress mak dia. Bapak die tak stress pun rilek je sebab tu sekarang dia manja daddy.

Sejak Daniel 2 bulan macam tu, dia dah ada pattern tidur dia sendiri. Actually bukan aku yang buat rutin tu tapi daniel pilih sendiri. Ceyhh. Kul 7 mlm je dia dah ngantuk2, so kul 7 je kitorang bawak dia masuk tidur, gelapkan bilik. Sorang kena tunggu dia dalam bilik, so sejak drpd itu kitorang jarang dpt dinner bersama, always take turn. Very the pengorbanan.
7 malam masuk tidur memang awal la tapi bagus jugak, dia dapat tidur yang cukup, and bagus untuk parent dia yg bekerja nih.

Smpaila sekarang dah 6 bulan dah budak kecik tayang mummy ni, dia still masuk tidur jam 7. Kadang2 lambat sikitla..8, 9 malam tp biasanya not more than that dia dah selamat tidur. Then kami praktiskan teknik2 di atas, so malam daniel hanya bangun mintak susu 2-3 kali (2-4 bulan), 2 kali (4-6 bulan), sekarang dia bangun menyusu sekali je. Lena beliau tidur. Cuma sekarang dia terjaga2 sebab dia asik berguling2, tersangkut kat dinding baby cot. Haha. Haih dik nak king bed kah? hoho

Kita ni, lagi2 as mom biasa akan cepat kesian bila tengok baby nangis te dok. Panik 1 hal lg. Xpe, rilek rilek. Aku pun still nak belajar rilek ni. Hehe. Baby bole rasa apa yg kita rasa so bila kita panik, die pun panik sama. So kita kena bertenang sentiasa and percaya, bukan baby kita je nangis, semua baby nangis ;)

Ok Why not try kan? Takdela nanti nak start kerja pening kepala baby tak tidur2. Lagipun I believed kita kena jaga tidur dia sbb baby membesar ketika tidur. Bila dia cukup tidur, dia sihat! Alhamdulillah.

Eh btw, aku baru tau adala jugak orang baca and komen katt previous2 post. huhu
Aku jarang bukak blog, apa lagi tengok komen. Maka jika korang nak tanya something yang penting2 emailkan saja di nurhidayahbohari@gmail.com. Kalau penting la. Kalau setakat nak kata aku poyo ha komenla ko kat comment box tu sorang2. hahaha

SukeLagi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DikuasakanOleh